Friday, 3 April 2015

Bab 10.2 : Virus & Realiti Semasa


5.     Virus

Kewujudan virus cyber yang menyerang bukan sahaja peralatan elektronik, sistem keselamatan dan pertahanan negara, bahkan ia digunakan untuk mencuri info-info peribadi, merosak akaun sosial seseorang, serta menyebarkan video-video tidak sopan di alam maya.  Hal ini haruslah disedari dan dihadapi dengan ilmu.

Sebagai contoh seandainya pengguna Facebook mendapat mesej meragukan bersama dengan link-link tertentu. Jauhi dari klik link tersebut. Walaupun mesej tersebut datang dari orang yang dikenali. Boleh jadi ia adalah cubaan menghantar virus tanpa disengajakan oleh pemilik akaun yang telah di-hack. Sebaiknya info-info peribadi yang penting usahlah dikongsi di alam maya kerana ia terdedah kepada risiko tersendiri yang mungkin tidak dapat diduga. Kata pepatah, jangan sangka lautan tenang tiada buaya.

Selain itu, perkongsian foto atau video lucah turut boleh terjadi seandainya akaun Facebook digodam oleh virus, dan akibatnya posting mengaibkan ini boleh muncul di Wall/Dinding laman Facebook peribadi. Sama ada posting itu segera dibuang/di-delete, atau jika ia kerap berlaku dan tidak berhenti maka pemilik posting tersebut harus di-unfriend-kan buat sementara.

6.     Realiti Semasa

Akibat pendedahan tanpa kawalan  kepada pelbagai elemen seksual, maka kita kini menyaksikan beberapa kejadian negatif berikut, yang menggambarkan keadaan tenat dan serius akhlak masyarakat masa kini terutama anak-anak yang masih kecil..

a)     [Setelah kami periksa, memang benar, didapati anak-anak ini mengunakan internet yang diakses menggunakan ipad dan telefon pintar ini secara sembunyi-sembunyi untuk mentonton video-video lucah dan bermain game yang melalaikan. Mereka juga mencuri password broadband wi-fi RPWP. Gambar hiasan itu memuatkan beberapa senarai akses mereka dalam 2 hari terakhir.

Hasil siasatan kami terhadap anak-anak ini menunjukkan ada yang telah pergi lebih jauh dari sekadar menonton sahaja (nauzubillah). Penglibatan termuda ialah pada umur semuda 12 tahun dengan rakan sekolah dan sepupu sendiri. Lebih mengejutkan kami apabila ada yang mengakui pernah melanggani pelacur seusia 14 tahun]





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.