Saturday, 4 April 2015

Bab 12.3 : Mahar



Perkahwinan antara Bibi Fatimah (Penghulu bagi Wanita seluruh Alam Semesta) dengan Imam Ali (Ketua Pemimpin Orang-orang Mukmin)

"Banyak peminangan untuk Fatima datang kepada Rasulullah SAW tetapi baginda selalu menolaknya dengan berkata bahawa baginda sedang menunggu perintah Ilahi. Akhirnya, Ali bin Abi Talib datang kepada Rasulullah SAW untuk meminang Fatima. Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah dan bertanyakan Fatimah mengenai peminangan Ali itu (sama ada terima atau tidak).

Fatimah hanya menundukkan kepalanya dengan sopan. Menurut Ummu Salama, isteri Rasulullah, "Wajah Fatima berseri-seri dengan kegembiraan, dan diamnya Fatima jelas menggambarkan jawabannya sehingga Rasulullah SAW berdiri sambil berkata 'Allahu Akbar, diamnya Fatimah adalah tanda setujunya."

Rasulullah SAW bertanyakan Ali mengenai mahar (maskahwin; hadiah perkahwinan yang diberikan pengantin lelaki kepada pengantin wanita). Ali berkata beliau hanya memiliki tiga perkara saja daripada harta benda di dunia ini; sebilah pedang, sebuah perisai dan seekor unta yang digunakan beliau untuk menyirami ladang-ladang. Rasulullah SAW berkata bahawa kamu perlukan pedangmu untuk jihad, dan untamu untuk mencari rezeki, jadi pergilah dan jual perisaimu. Ali menjual perisainya untuk kira-kira 500 dirham dan memberikan wang itu kepada Rasulullah SAW sebagai mahar. Rasulullah SAW menggunakan sebagian dari mahar itu untuk membeli jahiz (keperluan-keperluan dalam rumah, yang diberikan kepada pengantin wanita oleh keluarganya)

Jahiz bagi penghulu sekalian wanita ini terdiri daripada berikut : 1. sehelai pakaian, 2. sehelai kain tudung yang besar, 3. jubah hitam, 4. katil, 5. dua tilam, satu diperbuat dari kapas dan satu lagi dari fiber kelapa sawit, 6. empat kusyen yang diisi dengan daun-daunan wangi, 7. tirai/langsir diperbuat dari kapas. 8. tikar, 9. beberapa jag dan beberapa pinggan mangkuk, 10, bekas air diperbuat dari kulit dan beberapa barangan lain.

Lihat betapa mudahnya perkahwinan antara Ali dan Fatima ! Ia harus dijadikan pengajaran buat mereka yang berfikir seseorang itu harus memiliki 'kesemuanya' sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga!"18

_______________

"Dalam Islam perempuan bukan barang ataupun budak. Mahar juga bukan harga jual beli(transaksi) tetapi mahar adalah pemberian dan hadiah dari seorang laki-laki yang dia persembahkan kepada isterinya untuk menghormatinya dan menunjukkan tingkatan-tingkatan kasih sayangnya."19



Tanggungjawab Keluarga, Masyarakat dan Kerajaan dalam Usaha Mempermudah Perkahwinan

Imam Ali Khamenei :-


“Isu perkahwinan, adalah sepenuhnya perkara individu dan peribadi seseorang. Keluarga harus memikirkan tentangnya dan organisasi kerajaan serta bukan kerajaan seharusnya memberikan beberapa saranan umum. Saranan saya sendiri adalah anda seharusnya menjadikan perkahwinan itu mudah; jangan jadikan mahar terlalu tinggi, hantaran tidak seharusnya berat, dan majlis perkahwinan tidak seharusnya terlalu mewah dan berlebih-lebihan. Perkara-perkara ini harus dijadikan amalan. Adalah sangat baik jika ini disebarkan melalui budaya dan seni demi menjadikan orang ramai mengambilnya sebagai amalan.Jika cara ini diamalkan, saya fikir perkahwinan akan menjadi perkara yang sangat mudah.

Juga, umur bagi seseorang individu itu seharusnya berkahwin, di satu sisi ekstrim, anda mempunyai orang-orang yang berfikir bahawa perkahwinan harus berlaku pada usia yang sangat-sangat muda. Tidak, saya tidak bersetuju dengan pandangan ini. Tiada halangan jika seseorang mahu berkahwin pada usia yang sangat muda tiada langsung masalah dengannya, tetapi dalam hal ini, adalah tidak perlu bagi kita untuk menggesanya.

Dan tidak juga seharusnya (kita berpendirian di) satu sisi ekstrim yang bertentangan, seperti yang dilakukan orang-orang Barat, yaitu berkahwin pada umur 30-an atau 40-an. Tentu sekali, pada pandangan saya, sikap pentingkan diri boleh menjadi begitu menonjol sekali sehinggakan lelaki berumur 30, 40, 50-an tidak kisah berkahwin dengan gadis muda, maksud saya umur-umur sebegini adalah umur orang lelaki yang telah dewasa, tetapi masih juga dia mengejar gadis muda yang jauh lebih muda daripadanya dengan jurang umur yang besar antara mereka, yang mana tentu sekali, berlaku di sana (di Barat), betul-betul tempat yang sama berlakunya perkahwinan tidak selamat (di ambang perceraian), oleh itu terdapat ramai orang-orang bujang di negara Barat, di mana buat seluruh umurnya hidup berseorangan, suatu perkara yang mujurlah sangat jarang berlaku di Iran dan mana-mana negara Islam lain.

Pada setiap peringkat, perkahwinan harus dipermudahkan dan tidak harus dilakukan demi mengejar prestij (populariti), agar ia menjadi mudah bagi anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga. (Amalan) ini harus diwujudkan dalam keluarga-keluarga, antara anak-anak muda, dan dalam diri lelaki dan wanita muda itu sendiri. Tidak seharusnya wujud halangan bagi perkahwinan. Jika kerajaan boleh menyediakan kemudahan-kemudahan, itu adalah sangat bagus. Saya sudah sekian lama menggesa hal ini, dan sentiasa memberi nasihat kepada pihak berkuasa mengenai perumahan, pinjaman dan keperluan hidup lain untuk para belia.

Kita telah mengambil kira semua perkara ini, walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa tanggungjawab pada peringkat pertama dalam tugasan ini adalah keluarga dan diri sendiri,”21

Jumlah Mahar dalam Shari’ah  (leader.ir)

Soalan: Apakah terdapat jumlah mahar tertentu dalam shari’ah? Berapa banyak jumlah mahar yang dikira sebagai mustahab pada zaman ini?

Jawaban :  Ia tidak mempunyai batas maksimum atau minum. Walau bagaimanapun, adalah mustahabb agar ia tidak melebihi mahar Sunnah yang bersamaan dengan 500 dirham perak (setiap dirham bertanya 2.52gm)


Sumber:-
18. ‘Islam: Faith, Practise and History’ oleh Sayyid Muhammad Rizvi
19. “Bangga Menjadi Muslimah” oleh Ayatullah Ibrahim Amini


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.