Saturday, 4 April 2015

Bab 11.2 : Akhlak Menyidai Pakaian Peribadi




Isu ini jarang dibicarakan secara terbuka, mungkin disebabkan rasa malu atau merasakan isu ini hanyalah perkara remeh. Namun mengakui hakikat bahawa perkara remeh seringkali menjadi punca kepada masalah yang lebih besar menjadikan kita perlu menangani isu ini.

Prinsip asas yang kita pegang dalam usaha melindungi moral diri, anak-anak, serta orang lain adalah dengan menjauhkan perkara-perkara yang berisiko menimbulkan ghairah seksual.

Oleh itu, tindakan menyidai pakaian dalam terutamanya pakaian dalam wanita di tempat terbuka adalah suatu tindakan yang wajar dielakkan. Anak-anak harus diajar bahawa pakaian dalam sebolehnya ditempatkan di bahagian rumah yang terlindung terutamanya dari mata orang asing.

Jika sebuah keluarga itu mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan, maka tugasan kerja rumah seperti mengurus kain baju (membasuh, menyidai, melipat) lebih sesuai dipercayakan kepada anak-anak perempuan. Ini sebagai langkah berjaga-jaga yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini, selain dari mengasingkan bilik tidur anak lelaki dan perempuan.

*Rasa malu yang tumbuh dalam diri ada hikmah-hikmah tersendiri. Antaranya adalah demi mencegah dari berlakunya perkara-perkara yang berisiko menjurus ke arah penyimpangan moral sama ada dalam bentuk fikiran mahupun tindakan. Namun, apabila manusia itu lalai dari memelihara martabat dirinya, maka rasa malu itu beransur-ansur hilang dengan sendirinya. Maka tidak hairanlah kita melihat wujud manusia-manusia yang tidak malu untuk mempamerkan pakaian dalam mahupun berkelakuan tidak sopan di khayalak ramai…

Ikuti perbincangan lanjut di link-link berikut:-


1.Di mana sepatutnya menyidai pakaian dalam?

2.Memelihara maruah ketika menyidai pakaian.

3.Ruang jemur kain 3 dalam 1

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.