Thursday, 2 April 2015

Bab 4.2 : Fasa Kedua (8-14 tahun)


Rasulullah SAW bersabda, "Anak adalah.. seorang hamba bagi 7 tahun (yang kedua)." 

Oleh sebab ini adalah usia dimana minda anak boleh menangkap pemikiran logik dan dikembangkan untuk pendidikan formal - adalah penting bahawa anak itu bukan sekadar mendapat pendidikan tetapi, pada masa yang sama, dia harus dibesarkan dengan etika Islam yang betul.

Dengan mengatakan bahawa anak adalah 'hamba' dari umur 8 hingga 14 tahun, Rasulullah SAW mahu menekankan bahawa pada usia ini ibu bapa harus tegas dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. Seorang anak adalah 'hamba' dalam arti kata bahawa dia harus ikut arahan ibu bapa dan guru-gurunya. (*bukan dilayan seperti hamba dengan menengkingnya -bahkan para Imam melayan hambanya dengan lembut dan penuh kebaikan)

Dalam sabda Nabi SAW dan para Imam Ahlul Bait as, tiga perkara telah diberi penekanan bagi anak lelaki dalam tahap kedua asuhan mereka:

i) Celik pengetahuan sekular
ii) Celik pengetahuan agama
iii) Pendidikan jasmani dan seni pertahanan diri

Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda, "Adalah hak bagi anak lelaki ke atas ayahnya untuk… mengajarkannya Buku Allah (Al-Quran)… dan menunggang serta berenang."
Imam Ja'far as-Sadiq berkata, "Adalah tugas seorang ayah untuk mengajarkan anak lelakinya menulis."

Pendidikan agama adalah sangat penting pada peringkat ini supaya kepercayaan agama anak adalah berdasarkan pemikiran logik dan asas yang kukuh.

Imam Ja'far as-Sadiq berkata, "Bersegeralah dalam mengajar anak-anak mudamu hadis sebelum mereka didekati oleh murji'ite (sebuah ajaran sesat)"


Celik huruf, (kebolehan menulis membaca) pencarian ilmu secular, & agama sama-sama diberi penekanan buat anak perempuan dalam hadis-hadis kita. Bagaimanapun, hadis-hadis tersebut menekankan, bukan pendidikan jasmani, tetapi subjek-subjek khusus yang akan membantu anak perempuan menjadi isteri yang baik dan ibu yang berpendidikan.  Apa pun nasib generasi ummah akan datang, bergantung kepada para ibu yang terpelajar, tahu dan sedar akan peranan mereka dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertaqwa

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.