Thursday, 2 April 2015

Bab 4.3 : Fasa Ketiga (15-21 tahun)



Rasulullah menyifatkan tahap ini sebagai berikut: "Anak.. adalah seorang penasihat untuk 7 tahun (seterusnya)." Pada usia 14, 15 tahun dan ke atas, seorang anak Muslim diharapkan telah menjadi seorang remaja yang bertanggungjawab. Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda bahawa ibu bapa kini harus melayan mereka lebih sebagai seorang 'kawan' daripada seorang 'hamba'.


Pada tahap ini, ibu bapa perlu membimbing dan membantu anak remaja mereka dalam membuat keputusan yang betul untuk diri mereka sendiri. Pada pertengahan dan lewat usia remaja, anak itu harus memulakan latihan atau pendidikan yang khusus untuk kerjaya yang mahu diceburi supaya kelak dia boleh berdiri di atas kaki sendiri. Ia juga adalah masa di mana anak tersebut menghampiri usia perkahwinan.


Islam telah menekankan bahawa ibu bapa perlu mengahwinkan anak-anak perempuan mereka pada usia yang muda ketika mana mereka telah mencapai kematangan mental - pendidikan tinggi mereka boleh diteruskan bahkan selepas perkahwinan, tetapi perkahwinan tidak seharusnya ditangguhkan atas apa pun alasan. Kematangan mental tidak boleh diukur dengan umur atau masa. Penekanan yang sama diberikan juga buat anak-anak lelaki.

Pada usia 21, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka berakhir. Jika sesiapa membesarkan anak-anaknya berdasarkan nilai-nilai Islam, maka pasti anak itu akan menjadi penyejuk mata buat ibu bapanya dan menggembirakan hati mereka; dan adalah anak-anak, yang mana gilirannya pula diharapkan bagi menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapanya.

Rasulullah SAW bersabda,

"Anak yang soleh ibarat sekuntum bunga dari bunga-bungaan Syurga."


_________________________________________________________________________________________________________

Setakat ini kita telah pun mendapat sedikit sebanyak gambaran secara ringkas, mengenai hak-hak anak, kaedah didikan mengikut fasa-fasa berbeza, pentingnya hubungan baik suami isteri dalam membentuk psikologi anak serta beberapa amalan Sunnah yang boleh diamalkan sebelum dan selepas melahirkan anak. Kasih sayang, perhatian, disiplin, pendidikan sekular dan agama telah sama-sama mendapat penekanan dalam usaha mengasuh anak-anak dan memelihara psikologi mereka yang sihat.

Kini kita akan sama-sama bincangkan secara terperinci tentang setiap aspek tersebut mudah-mudahan kita beroleh pemahaman yang lebih matang dan mendalam lagi. InshaAllah.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.