Friday, 3 April 2015

Bab 6 : Mendisiplinkan Anak

Sayyid Hossein al-Qazwini

Berikut merupakan perkongsian oleh Sayyid Hossein al-Qazwini dalam ceramah beliau mengenai “Keibubapaan Islam di Barat”. Selain dari berkongsi tips-tips mengasuh dan mendidik anak, beliau juga menyentuh soal mendisiplinkan anak dalam ceramahnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.




Antara Tips2 Membentuk Jiwa Anak Soleh
Oleh : Sayyed Hussein Al-Qazwini


1. WUDHU: Ibu disarankan berada dalam keadaan berwudhu ketika mahu menyusukan anak. Keadaan spiritual ibu sangat mempengaruhi spiritual si anak.


2. SOLAT: Ibu bapa disarankan solat di tempat yang boleh dilihat oleh anak (ini adalah sebahagian dari proses didikan anak di awal usia mereka, Alunan azan, pembacaan al-Quran yang sentiasa didengari anak memberi kesan yang besar pada spiritual mereka.)

3. TARIK MINAT: Ketika usia anak menjejak 3 tahun, ajak dia solat di sebelahmu. Bentangkan sejadah untuk mereka. jadikan solat itu perkara yang disenangi mereka sejak kecil lagi. Jangan gunakan paksaan.

4. Usah terburu-buru dalam menunaikan solat. Sesetengah ibu bapa, balik kerja, baca berita, kemudian terus tidur. Jangan begitu. Ambil masamu untuk ajak anak lelaki atau anak perempuanmu untuk berdiri di sebelah dan melakukan solat.


5. PUASA: Ketika anak menjejak usia 5,6 atau 7 tahun, latih mereka untuk berpuasa, selama lima jam, kemudian enam jam dan seterusnya. Biarkan mereka berlatih puasa. Mulakan sejak awal usia.


6. CINTA: Tanamkan dalam jiwa anak supaya mereka cinta pada Allah, bukan sebaliknya. (apabila menyentuh soal halal/haram, katakan kepada anak: "Jika kamu jauhi perkara haram, Allah akan masukkan kamu ke dalam Syurga. Ceritakan mereka apa itu syurga.

Daripada asyik mengancam dan menakutkan mereka dengan neraka, sebaliknya, bagilah galakan kepada mereka dengan khabar gembira syurga. Sepertimana dalam Al-Quran, syurga dan neraka diceritakan secara seimbang, kita juga harus seimbang. Jangan asyik menakutkan mereka. Tetapi jadikan mereka mencintai Allah, berfikir baik tentang Allah.


7. SEBAB: Berikan penjelasan/sebab ketika menyuruh/melarang anak walaupun dengan penjelasan yang ringkas. Misalnya, mengapa harus menjauhi musik, jelaskan sebabnya . Kerana musik boleh mencemarkan minda, mencemarkan hati mereka. Mengapa tidak boleh memakan makanan haram. Kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Mengapa kita berpuasa, supaya kita dapat merasai apa yg orang miskin rasakan, dan seterusnya.

Berikan penjelasan. Jangan hanya suruh buat itu, buat ini. Kerana anak2 mahu tahu mengapa. Dan apabila mereka tahu sebabnya, itu akan lebih berkesan ke atas mereka.


8. KAEDAH CERITA: Lagi satu cara berkesan dalam mendidik anak, adalah dengan menggunakan cerita. Ada kalanya anak tidak mahu patuh. Misalnya apabila diingatkan supaya (menjauhi penggunaan bahasa tidak sopan).

Oleh itu, sebelum mereka tidur, atau ketika memberi mereka makan, gunakan imaginasi kita untuk ceritakan kisah menarik yang mengandungi pengajaran, yang menunjukkan apa akibatnya sesuatu perbuatan buruk itu. Saya menggunakan kaedah ini terhadap anak saya, Ali. Dengan kaedah teguran secara tidak langsung ini, kamu tidak menyakiti hatinya, dan dia tidak mudah memberontak.

Kita orang dewasa juga belajar dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran, apatah lagi kanak-kanak.

Kanak-kanak sukakan cerita. Jadi berikan mereka apa yg mereka suka. Dan dalam masa yg sama jadikan ia bermanfaat bagi diri mereka.Masukkan pengajaran, masukkan nilai-nilai moral dalam cerita.


9. TEKNIK DISIPLIN: Ada masanya ibu bapa perlu tunjukkan, rasa senang hati, dan rasa tidak senang hati. Jika anak berbuat baik, hadiahkan senyuman, puji mereka, bagi ganjaran pada mereka. Tetapi jika sebaliknya, tunjukkan rasa tidak senang hati. Misalnya dengan mengerutkan dahi. Jika tidak, anak itu akan berfikir bahawa dia melakukan perkara yang betul/baik.

Ini penting untuk menggalakkan anak berbuat baik dan menjauhi perkara buruk. Kerana manusia belajar untuk memperbaiki diri melalui sistem ganjaran dan hukuman. Secara semula jadinya, manusia lebih termotivasi melakukan perkara yang membawa ganjaran dan menjauhi perkara yang membawa hukuman. Oleh itu, adalah satu kesilapan jika ibu bapa buat endah tak endah dengan perlakuan anak.

Sewaktu saya kanak-kanak, (alhamdulillah ayah saya tidak pernah memukul saya) tetapi, hukuman paling teruk saya terima adalah apabila ayah saya tidak bercakap dengan saya, tidak melihat saya, tidak memberi perhatian pada saya dalam tempoh beberapa jam. Pada saya, ini adalah hukuman paling teruk sekali. Dan saya belajar dari kesilapan melalui cara itu. Saya tidak lagi ulangi kesilapan yang sama. Sekurang-kurangnyanya tidak di hadapannya.


10. PRIORITI AGAMA: Sebagian ibu bapa hanya memuji anak apabila mereka mendapat keputusan yang baik di sekolah. Tetapi bila menyentuh soal agama, ibu bapa tidak mengambil peduli.

Tidak. Soal agama seharusnya lebih utama. Apabila anak melakukan solat, puasa, atau membaca Al-Quran, berikan ganjaran pada mereka, puji mereka, supaya mereka lebih bermotivasi untuk melakukan lagi amalan tersebut. Dan jika anak melakukan perkara buruk, tunjukkan rasa tidak senang hati, hukumi mereka.


11. KESEDERHANAAN: Tetapi satu perkara harus ingat, apabila kamu mengkritik mereka, atau hukumi mereka, jangan melakukannya terlalu keras. Usah ucapkan kata-kata yang boleh membuatkan anak-anak merasa rendah diri seperti "kamu tak guna" "kamu tak boleh harap"

Ini adalah salah. Sangat salah. Jangan sakiti hati anak.Anak juga mempunyai perasaan. Kritik tingkah lakunya tetapi jangan kritik dirinya.Perkara ini sangat penting. Terdapat ibu bapa melafazkan kata-kata "Anak saya ini lebih teruk dari Syaitan, Syaitan pun belajar darinya"

Ini memberikan kesan negatif pada (psikologi) diri anak. Anak tidak akan lagi patuh padamu. Dan malah, mungkin dia juga akan lari dari rumah


12. KRITIK CARA BERHEMAH: Sebelum mengkritik sesuatu tindakan anak, sebaiknya letakkan pujian terlebih dahulu. Ini sangat berkesan. ia membantu anak bersikap positif dan mahu terus ingin memperbaiki dirinya untuk menjadi seperti yang diharapkan ibu bapanya.


Sayyid Mousfata Al-Qazwini

Berikut pula perkongsian dari Sayyid Mousfata Al-Qazwini, dalam ceramahnya yang bertajuk “Garis Panduan Mengasuh Anak”9





1. Untuk membesarkan anak-anak dengan selamat (dari kerosakan fizikal, moral dan spiritual) adalah bukan satu perkara mudah. Ia adalah cabaran yang besar. Ia memerlukan  usaha yang penuh gigih dan ikhlas dari kedua ibu bapa.

2. Jika kita memenuhi tanggungjawab kita, jika kita melaksanakannya dengan baik, jika kita mengambil berat akan hal anak-anak, dan kita buat yang terbaik dalam melindungi mereka, maka kita tidak akan kalah (dalam usaha ini). Kita tidak akan putus harapan dalam perkara ini kerana Allah Taala berjanji pada kita, jika anda melaksanakan bahagian (tugasan)mu, Aku akan melaksanakan bahagian-Ku (dalam membimbing anak-anakmu).

3. Tetapi jika kita tidak punyai masa, atau bersikap malas, atau tidak tahu bagaimana untuk mendekati persoalan ini, maka di situ mungkin kita akan gagal. Maka ia bergantung kepada usaha kita. Usaha kita akan menghasilkan perbezaan.

4. Kerisauan dalam usaha mengasuh anak bukan terjadi pada hari ini saja (terutama ibu bapa yang tinggal di Barat) bahkan sejak zaman dahulu lagi telah ada kebimbangan ini. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah : “Ya Allah lindungilah aku dan anak-anakku dari menyimpang, dari menyembah berhala.” Nabi Ibrahim memohon perlindungan Allah buat diri dan anaknya kerana 4000 tahun yang lalu zaman itu juga miliki cabaran tersendiri dalam membesarkan anak.

5. Tiga perkara :- yang perlu diberi perhatian hari ini, yang mana tiga perkara ini mempengaruhi anak-anak kita, mencorak identiti, pemikiran dan personaliti mereka, yaitu yang pertama:-


         i.            Persekitaran mereka (rumah, sekolah)
       ii.            TV, Permainan Video
     iii.            Rakan Sebaya


Jika ketiga-tiga perkara ini tidak diperhatikan dengan baik, maka seandainya ibu bapa meletakkan anak mereka dalam negara atau bandar yang kuat beragama sekalipun, anak-anak itu tetap tidak selamat dari kerosakan. Kerana ketiga-tiga perkara ini memberi pengaruh besar dalam diri anak-anak.

6. Pengaruh Negatif :- Ini tidak semestinya datang dari luar, boleh jadi ia datang dari ahli keluarga terdekat sendiri, atau bahkan dari orang-orang yang hadir ke pusat-pusat agama, yang sama-sama mendengar ceramah dan solat, tetapi tidak menjaga kelakuan mereka mengikut prinsip Islam. Oleh itu sikap buruk dan pengaruh negatif ada dimana-mana (tidak kira di kalangan Muslim atau bukan Muslim, Ab atau bukan Ab).

Begitu juga sikap baik ada di mana-mana. Saya pernah berjumpa dengan keluarga bukan Islam yang mempunyai disiplin yang baik. Mereka tidak merokok, tidak minum arak, tidak keluar rumah lewat malam. Mereka miliki disiplin yang baik.

Oleh itu, kita harus berhati-hati apabila berbicara tentang orang lain. Kerana kadang-kadang pengaruh yang negatif datang dari dalam komuniti kita sendiri.

7. Jurang Antara Ibu Bapa dan Anak : - Pertama sekali, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak tidak pernah terhenti walaupun anak itu melepasi umur 30,40, 50an kerana kita sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan dari ibu bapa, dari atuk nenek kita.

8. Yang kedua, kaedah terbaik untuk mendekati anak-anak kita, mempengaruhi dan mendidik mereka, adalah “PERSAHABATAN” antara ibu bapa dengan anak. Di mana ibu bapa menjadi rapat dengan anak-anak sehingga mereka menghormati anda, bahkan jika mereka tidak bersetuju dengan anda sekalipun, ia tidak akan membawa kepada pemberontakan dalam diri mereka.

Bahkan anak-anak terus mahu berbincang dan berunding dengan anda. Dan melalui perbincangan, anda mungkin mencapai penyelesaian. Kerana kadang kala, apa yang dikatakan ibu bapa adalah betul, dan kadangkala apa yang dikatakan anak adalah betul. Kita tidak mengatakan semua yang dikatakan bapa adalah benar dan yang dikatakan anak adalah salah. Kita tidak mengatakan ini. Ini adalah sikap bongkak. Sikap taksub.

Kadangkala pandangan ibu bapa adalah tidak tepat, dan pandangan anak lebih tepat. Dan perkara ini boleh diselesaikan melalui rundingan, perbincangan. Allah SWT mengurniakan manusia kebolehan untuk mengekspresikan diri kita melalui akal. Maka kita harus gunakan ia, duduk bersama-sama dan melakukan perbincangan tanpa emosi dari mana-mana pihak. Dengan sikap terbuka dan saling menghormati.

Kerana kadangkala, ibu bapa merendahkan anak mereka dengan berkata “kamu masih kecil tak faham apa-apa” atau anak merendahkan ibu bapa dengan berkata “saya belajar lebih tinggi jadi saya lebih tahu”. Kita harus ketepikan sikap ini. Ini adalah beremosi dan sikap angkuh.

Oleh itu ibu bapa dan anak akan mencapai penyelesaian melalui perbincangan secara baik. Jika gagal, maka temui orang-orang bijaksana di dalam keluarga kita atau dalam masyarakat kita untuk bertanyakan pandangan. Kaunselor, orang agama, pakar perubatan, pensyarah atau professor atau pakar terapi dan lain-lain.

9. Komunikasi yang Baik : Saya tidak bersetuju kita memaksa anak-anak akan sesuatu yang mereka tidak faham, atau tidak hargai. Institusi keluarga bukanlah institusi ketenteraan. Anda tahu, dalam ketenteraan, anda harus buat apa saja yang disuruh tanpa boleh bertanya. Dalam institusi keluarga, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kita ibu bapa harus jelaskan mengapa. Tidak ada masalah jika anak-anak saya bertanya, “Ayah, mengapa kita buat ini, atau pergi ke sini, atau bercakap begini.”

Dan adalah tanggungjawab saya sebagai bapa, bukan sekadar keluar mencari nafkah, tetapi juga berperanan sebagai seorang guru, sebagai pembimbing. Jika anak-anak saya bertanya kepada saya, saya harus menjawabnya. Saya tidak boleh berkata, “Cukup, tak boleh tanya lagi, kamu memang tak kan faham.” Saya harus menggunakan bahasa yang boleh difahami mereka. Kerana jika mereka tidak memahaminya dari saya, mereka akan mendapatkan pemahaman dari orang lain, yang mungkin akan mengajar perkara yang salah kepada anak-anak kita.

Oleh itu, kita ibu bapa adalah merupakan guru bagi anak-anak kita. Dan kita harus ada sikap toleransi, sabar dengan pertanyaan-pertanyaan, perbincangan, hujah-hujah dan kadang kala penolakan dari anak-anak.  Hanya ini sahaja caranya. Saya tidak menjumpakan cara lain. Jika tidak, kita akan terlibat dalam konflik, pergaduhan dan kemudian kita kehilangan anak-anak kita.

10. Perlukah Memukul Anak? : Kita belajar dari pemimpin-pemimpin kita. Kita tidak pernah membaca dalam sejarah Rasulullah SAW dan keturunan baginda, dan ahli keluarga baginda, serta para Imam, bahkan tidak ada walau satu pun peristiwa di mana mereka memukul anak atau mengenakan tindakan fizikal untuk mendisiplinkan anak. Mereka tidak pernah melakukan itu. Bukan kerana mereka tidak mampu bertindak sedemikian. Bahkan sebahagian mereka adalah pahlawan hebat , seperti Amirul Mukminin Ali, beliau adalah seorang hero. Tetapi di dalam rumah, beliau mempunyai personaliti yang berbeza.

Dalam membesarkan Imam Hasan, Imam Husain, Bibi Zainab, Bibi Ummu Kulthum, dan berhadapan dengan wanita terhormat, Bibi Fatimah Zahra, beliau adalah yang paling baik, paling lembut, teman terbaik, seorang bapa dan suami yang paling penyayang.

Mereka tidak pernah menggunakan kekerasan. Dan saya tidak fikir kita perlu menggunakan kaedah itu. Kerana, jika kita mempunyai pilihan lain, mengapa harus kita menggunakan pilihan paling teruk ini. Kita mungkin boleh ‘mengancam’ mereka. Sebahagian ulama dan pendidik mengatakan bahawa , katakan pada anak itu :”Dengar sini, jika kamu berbuat begini, saya tidak lagi membawa kamu keluar, atau tidak boleh lagi menonton TV,” Di sini anda mungkin boleh menggunakan kaedah ancaman, tetapi tidak sesekali menggunakan hukuman fizikal. Kerana, mendisiplinkan anak dengan menggunakan kekerasan fizikal, 99 kes dari tindakan itu membawa kepada hasil yang tidak baik.

Sebenarnya terdapat peristiwa di mana Rasulullah SAW datang ke rumah Fatimah Zahra, dan baginda mendukung Imam Husain as yang mana pada ketika itu dalam keadaan basah, Ummul Fadhl, pengasuh Imam Husain merasa sangat malu lalu segera menarik Imam Husain dari Rasulullah SAW. Pada ketika itu Imam Husain usianya baru beberapa bulan. Dia mula menangis. Rasulullah SAW berkata kepada Ummul Fadhl, usah melakukan itu. Kerana ini, (merujuk pada pakaian baginda yang basah) saya boleh membersihkannya dengan air, tetapi apa yang kamu ciptakan dalam hati bayi ini (yaitu rasa sedih) tidak boleh dihilangkan.

Ini adalah satu pengajaran buat kita. Tindakan (kekerasan) benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada personaliti, hati dan jiwa anak. Mereka tidak akan pernah melupakan memori itu. Terdapat sebahagian orang yang mencecah usia 40, 50, 60-an tetapi mereka masih ingat satu peristiwa di mana ibu mereka, ayah mereka, atau atuk mereka memukul mereka. Mereka masih ingat memori itu.

Oleh itu, mari kita elakkan tindakan itu. Dan berhentikannya. Kita boleh disiplinkan anak-anak dengan cara lain. Dengan menarik kembali kelebihan yang kita berikan sebelum ini pada mereka. Misalnya, “Anda tidak lagi boleh makan ais krim, anda tidak lagi boleh makan gula-gula jika anda berbuat begini, tidak boleh bermain permainan video selama 3 hari” misalnya. Kaedah ini lebih berkesan . Ini adalah cara yang lebih baik dalam mendisiplinkan mereka.”

Perkongsian : Ahli Akademik

Nurul Faizah Halim

Saya nak berkongsi beberapa perkara di ruangan ini untuk renungan kita bersama. ini adalah daripada hasil pemantauan saya sepanjang 6 tahun mengajar pelajar2 ijazah sarjana muda di sebuah universiti awam. Alhamdulillah disamping mengajar, pihak pengurusan universiti juga memberi tangungjawab kepada saya menguruskan pembangunan sahsiah dan akademik pelajar.

antara bidang tangungjawab saya adalah menguruskan aktiviti pelajar, menguruskan pelajar lemah (pointer below 2.00) dan pelajar cemerlang (pointer 3.75). di sini saya nak kongsikan masalah2 dikalangan pelajar below 2.00 yang kesemuanya adalah pelajar Melayu.

kebanyakan pelajar2 ini bermasalah dengan subjek2 pengiraan dan analisis. kesilapan ini, datang dari diri sendiri dan didikan di usia muda yang tidak banyak mencabar minda mereka untuk menganalisa. mereka juga kurang fokus, tiada minat belajar dan tidak pandai menguruskan masa. bila ditanya tentang impian atau cita2, didapati mereka tidak mempunyai cita2 yang jelas. jadi bagaimana nak semangat belajar jika tiada matlamat yang jelas dan jitu. lebih parah lagi bila sebahagian besar menyatakan mereka mengambil bidang tersebut atas desakan keluarga (ibu/bapa), sedangkan mereka tidak berminat dgn bidang tersebut. alasan ibu/bapa adlh krn kursus ini mudah dapat kerja. banyak lagi alasan lain yang diberikan, pokok pangkalnya mereka ini rata2 mmg tiada kesungguhan, tiada strategi belajar yang efektif, tidak mampu memanfaatkan potensi diri dan tidak pandai mempengaruhi persekitaran.

sebagai ibu bapa, kenali minat anak2, kita memberi nasihat/dorongan ttp biarlah anak yang memilih. cth, biarlah anak2 memilih baju/seluar y hendak dibeli (self independence), puji pilihan yang dibuat (self esteem), dan tetapkan hanya satu pilihan (math), buat perbandingan warna/corak dll (analisis) dll. latihlah kemahiran ini (dalam semua aktiviti dalam rumah) sejak dari umur anak 2 tahun. libatkan anak2 dalam pemilihan menu makanan keluarga. jadikan aktiviti mengemas rumah suatu aktiviti keluarga dan libatkan anak2 dalam pembuatan keputusan2 tertentu, cth tema warna baju hari raya dll. insyaAllah, mereka akan membesar menjadi insan yang lebih praktikal, inovatif, yakin diri dan bijak membuat keputusan.

jika anak kita kurang bijak/lambat belajar janganlah berputus asa kerana 10% hingga 20% kepintaran dipengaruhi oleh tahap genius, manakala 80% lagi adalah usaha. ingat satu perkara, kerjaya anak2 atau pencapaian kademik anak2 bukanlah satu ukuran kejayaan semata2, jika ditakdirkan anak2 tidak cemerlang dlm pelajaran atau bekerjaya collar biru, janganlah bersedih dan sesekali melebelkan anak2 ini gagal. rezeki itu ditangan Allah,

apabila anak2 tidak berjaya dan kita telah berputus asa dgn mereka, inilah kegagalan kita y akan menjadikan anak2 hilang diri mereka sendiri... kenali kemahiran anak2 agar boleh dilentur menjadi kemahiran untuk kehidupan mereka nnt. ingatlah anak2 yang soleh itulah harta dunia akhirat bukan anak2 yang kaya dan bekerjaya. ttp jika dapat kedua2nya, Alhamdulillah.

saya juga mengendalikan bengkel2 kecemerlangan dan kaedah belajar, boleh tanya soalan2 u kaedah belajar, insyaAllah saya boleh kongsi. Kaedah2 belajar y saya ajar, adalah cara saya sendiri dari hasil pembacaan dan amalan yang saya buat, hingga mencapai kejayaan dan impian saya. saya dah cuba pelbagai cara belajar, tidaklah memberansangkan, hinggalah saya belajar di IPT, dengan kaedah belajar y menarik/praktikal, alhamdulillah, pelajar terbaik universiti telah menjadi hadiah termanis dalam hidup saya. (sekadar berkongsi, tiada niat riak)46




Cara Kreatif Disiplin Tanpa Kekerasan :  


Sumber : 

9. Sayyid Moustafa Al-Qazwini : https://www.youtube.com/watch?v=1Bya4FMmY8I

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.