Saturday, 4 April 2015

Bab 12: Membantu Anak Berumah Tangga


Rasulullah SAW telah bersabda :

"Antara hak-hak seorang anak dari ayahnya adalah memberikan mereka nama yang baik, mengajarnya tulis dan baca, membesarkan dengan cara yang baik, mengajarnya Al-Quran dan mengahwinkannya bila dewasa."

Nasihat oleh Syed Mahdi al-Moderressi kepada ibu bapa perihal membesarkan anak-anak.





1.      Beliau menekankan pertama-pertama sekali, ibu bapa HARUS menjadi contoh “Role Model” yang baik untuk anak-anak. Adalah satu kesilapan meletakkan sepenuhnya kepercayaan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam, di sekolah-sekolah agama atau Madressah (tanpa ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak)


2.      Sebaik saja anak-anak mencapai usia dewasa, Syed menekankan supaya ibu bapa mempermudah pernikahan anak-anak. Syed berpendapat isu perkahwinan ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah (saw)


"Apabila seorang pemuda menikah pada waktu mudanya, Shaitan tertekan dan menjerit sambil berkata, "Akhirnya! Dia telah melindungi satu pertiga dari agamanya, sekarang dia akan melindungi dua pertiga lagi dari agamanya"

Syed menafsirkan hadis ini sebagai berikutKita boleh menghalang dua pertiga dari masalah-masalah sosial dengan cara mempermudah perkahwinan untuk anak-anak muda. Syed juga menambah: Tidak cukup dengan hanya mempermudah perkahwinan mereka, tetapi kita juga harus mendidik anak-anak muda ini tentang keperluan dan faedah perkahwinan serta menghulurkan bantuan dalam fasa pertama perkahwinan.


3.      Ajarkan anak-anak untuk mencintai Ahlulbayt. Syed berkata kita boleh menanam rasa cinta pada Ahlulbayt dalam diri mereka dengan cara menceritakan sejarah para ma'sumeen, kelebihan-kelebihan mereka, akhlak mulia dan pencapaian mereka. Syed melakukan ini hampir setiap malam menceritakan kisah Ahlulbayt kepada anak-anaknya.

4.      Syed menekankan bahawa agama tidak harus dipaksa ke atas anak-anak. Tetapi sebaliknya kita harus menyemai rasa cinta dengan cara menghubungkan kebaikan dengan agama. Syed berkongsikan hadis ini di mana Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s

"Buatlah hamba-Ku mencintai-Ku. Jangan memaksa (agama) ke atas mereka"

5.      Beliau juga berpesan : Kita harus melihat diri kita bukan sekadar Muslim sahaja, tetapi juga sebagai duta agama Islam dan sebagai orang-orang yang membuka jalan bagi kemunculan Imam Zaman (Imam Al-Mahdi)




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.