Saturday, 4 April 2015

Bab 12.7 : Hidup Ber'Couple' di Sisi Islam



Memetik tulisan dari page FB/Membina Keluarga Sakinah:-

-Hidup Berpasangan di sisi Islam-

Islam tidak melarang manusia untuk hidup berpasangan, bahkan digalakkan. Kerana setiap makhluk ciptaan Allah tu sememangnya Allah jadikan supaya hidup berpasangan.. Cuma Islam memberikan garis panduan apakah cara terbaik untuk hidup berpasangan.. bukan hanya sekadar cintan-cintun, dan memenuhi hawa nafsu semata, tetapi hidup diiringi dengan rasa tanggungjawab, komitmen, pengorbanan, kerjasama, kerana hanya dengan cara hidup seperti ini sahaja manusia itu boleh bergerak ke arah yang lebih baik, menuju kesempurnaan.

Tetapi seandainya hidup berpasangn itu tidak mengikut garis panduan Islam, maka seseorang itu akan terdedah kepada risiko-risiko tertentu, dan risiko-risiko ini bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri bahkan terhadap orang lain. Islam tidak mahu perkara negatif ini berlaku.. Islam mahukan manusia hidup berpasangan dengan cara di mana ia memberi manfaat yang berpanjangan kepada diri, teman hidup, institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu kita dapat menyimpulkan bahawa Islam tidak menentang hidup berpasangan, hidup berkasih sayag, saling berinduan. Islam tidak melarangnya. Cuma biarlah ia dalam cara yang tidak merosakkn diri dan orang lain. Yaitu melalui ikatan yg halal (perkahwinan), yang Dia redhai.. Seandainya sesuatu hubungan itu Allah tidak redha, maka tidak mungkin kebahagiaan yang diidamkan itu dapat dicapai, dan seandainya ada rasa bahagia sekalipun, ia hanya bersifat sementara sahaja.

Garis panduan yang diberikan Islam adalah semata-mata demi menjamin kebahagiaan manusia itu di dunia mahupun di akhirat.
Ini termasuklah:-

- Kriteria utama dalam memilih pasangan hidup (agama dan akhlak)

- Tugas & tanggungjawab setiap pasangan dalam memelihara hubungan agar berkekalan

- Garis panduan melahirkan generasi soleh solehah yang bakal menyumbang kepada masyarakat serta mendoakn kedua ibu bapanya

- Garis panduan dalam membina Keluarga Sakinah,

- Tugas dan tanggungjawab keluarga, masyarakat, negara untuk membantu anak-anak mendirikan rumah tangga


Terjumpa blog ini, menarik perkongsiannya


Cuma, ada perbezaan pandangan sedikit di akhir penulisan blog. Dalam blog itu penulis dgn tegas memutuskn hubugn terus dgn pasangannya atas sebab bercouple itu haram, Admin pula berpandangn, dari diputuskan mcm tu, apalah salahnye jumpa terus ibu bapa si gadis untuk minta restu hubungan dan seterusnya jalinkan ikatan halal..?48



  

Nota: Jika wanita itu sejak awal-awal lagi menetapkan sesuatu prinsip buat dirinya, inshaAllah dia tidak mudah terikut-ikut budaya bercouple hari ini yang sebenarnya berisiko menjejaskan maruah serta membahayakan wanita itu sendiri.

1. Prinsip bahawa pertama, untuk tahu si lelaki itu serius berkenalan dengannya atas tujuan mulia atau tidak, suruh dia pertama sekali berhubung dengan ibu bapa gadis minta restu terlebih dahulu. (ini juga sebenarnya langkah perlindungn supaya wanita tidak mudah ditipu atau dipermainkan, di luar sana ada bermacam jenis lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas sifat lurus wanita)

2. Apabila ibu bapa memberi restu, maka komunikasi itu dibolehkan namun atas tujuan 'ta'ruf', saling kenal, untuk tahu apa prinsip moral dan tujuan hidup masing-masing. Bukannya untuk saling meluah rasa cinta rindu yang pastinya menumbuh gejolak nafsu. Hati-hati kerana ini dikira jalan mendekati 'Zina'.. Apabila perasaan menguasai diri, hati boleh menjadi buta untuk menilai, adakah dia ini bakal menjadi bapa/suami yang baik?

3. Selepas menjumpakan keserasian (tujuan hidup sama), prinsip moral sama, keseriusan dalam beragama juga sama, barulah melakukan proses ke arah perkahwinan - jumpa ibu bapa masuk meminang, dan seterusnya dan seterusnya..

Sumber:-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.