Friday, 3 April 2015

Bab 9 : Didik Anak Cintai Alam Sekitar




Seorang Muslim itu bukan sahaja merasa dirinya bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan diri, rumah, bahkan alam sekitar juga. Tanpa kebersihan, maka kesihatan diri akan terancam. Apabila kesihatan diri terancam, maka pastinya ini akan mengganggu kualiti kehidupan kita. Sebagai contoh, andainya kebersihan sungai tidak dijaga, maka ikan-ikan akan mengalami keracunan, begitu juga manusia yang memakan ikan-ikan tersebut.

Pencemaran udara akibat asap (termasuk asap rokok), jerebu (akibat pembakaran terbuka), pastinya menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit paru-paru, menjejaskan pernafasan serta kualiti kehidupan kita dan keluarga.

Aktiviti pembalakan tanpa kawalan menyebabkan kemusnahan tempat tinggal flora dan fauna yang sangat bermanfaat bagi kehidupan kita. Selain itu, tadahan air hujan menjadi berkurangan yang mana mengakibatkan mudah berlakunya bencana seperti banjir.

Anak-anak harus dilatih untuk mencintai alam sekitar sejak mereka kecil lagi. Mudah-mudahan mereka akan menjadi lebih peka dengan isu penjagaan alam sekitar dan menjadi warga yang lebih prihatin serta bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi alam sekitar pada masa akan datang. InshaAllah..


Antara sikap dan usaha yang boleh disemai ibu bapa dalam diri anak-anak termasuklah :

1.      Menjauhi sikap membuang sampah merata-rata

2.      Menyemai minat aktiviti kitar semula (ini termasuklah minyak masak terpakai, sisa makanan dll)

3.      Melakukan aktiviti gotong-royong, membersihkan halaman rumah, sungai, longkang, membuang tempat takungan air (untuk mengelak pembiakan nyamuk) dll

4.      Mendedahkan anak-anak dengan aktiviti menanam (mudah-mudahan dengan ini anak-anak akan terdidik untuk menjaga tanamannya serta tanaman di sekelilingnya, bukan menghancurkan atau merosakkan tanaman.

5.      Pupuk kesedaran kepentingan memelihara alam sekitar dalam diri anak-anak dengan menjelaskan akibat kerosakan yang boleh terjadi seandainya manusia mengabaikan tanggungjawab ini.

6.      Ibu bapa seperti biasa harus terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik dalam aspek ini sebagaimana dalam aspek-aspek selainnya. 




Kempen Kitar Semula Minyak Masak

-Sisa minyak masak harus dikitar semula menjadi biodiesel, bukan dibuang ke dalam sinki/paip, itu boleh menyebabkan ia tersumbat, rosak, atau bocor.

-Jangan menggunakan minyak masak berkali-kali kerana itu boleh memudaratkan kesihatan badan, berisiko menyebabkan kanser, darah tinggi dan lain-lain. Amaran dari Pusat Racun Negara.

-Hati-hati peniaga luar boleh jadi menggoreng dengan menggunakn minyak masak yang dikitar semula. Ini juga tidak baik untuk kesihatan. Sebaik-baiknya kurangkan kekerapan makan di luar dan biasakan makan di rumah. Tabiat yang sama juga wajar disemai dalam diri anak-anak sejak mereka kecil.


***

[Politeknik Shah Alam (PSA) dengan kerjasama beberapa pertubuhan dan organisasi telah mengadakan Kempen Mengumpul Minyak Masak Terpakai di TTDI baru-baru ini.

Katanya, di samping mengelak minyak masak dibuang sewenang-wenangnya ke longkang, minyak yang dikumpul akan diserah kepada syarikat Kris Biofules untuk dikitar semula menjadi minyak biodiesel.]



***

[Seminar yang pertama di Malaysia itu diadakan memandangkan isu minyak masak adalah isu global dan berkait rapat dengan pencemaran alam sekitar serta kesihatan.

Pengurusan minyak masak terpakai yang tidak efektif seterusnya menyebabkan gangguan kepada saluran sinki, paip dan longkang tersumbat.

“Kita tidak mahu perkara ini terganggu kerana MBSA akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyelenggara kerja infra dan pembersihan kawasan khususnya longkang.]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.