Monday, 6 April 2015

Bab 14.5.4 : Sampel Kontrak 1 (Sheikh Jehad Ismail - Australia)


Kini kita perhatikan beberapa contoh kontrak perkahwinan bersyarat:-
   
e)    Sampel Kontrak 1 (Sheikh Jehad Ismail – Australia):-

Dengan Nama Allah
Kontrak Perkahwinan bagi Mereka yang Berkenaan :-

Dengan kontrak ni kami, Encik……………………………………………………………………… …………dan Cik…………………………………………………………………….dengan rela hati bersetuju dengan syarat-syarat berikut dengan nama Allah.  Perlu diambil perhatian bahawa mulai saat ini Encik……………………………………………………………… …………….akan dikenali sebagai suami dan Cik………………………………………………….. …………….akan dikenali sebagai isteri di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.


1.      Di bawah undang-undang Islam, suami mestilah tidak menganiaya isterinya sama ada secara fizikal atau lisan, begitu juga sebaliknya.

2.      Semua pekerjaan hendaklah dikongsi sama rata antara suami dan isteri dalam rumahtangga.

3.      Suami tidak dibenarkan untuk menghina, menjerit, menyumpah atau membuat tuduhan kesalahan palsu ke atas isterinya, begitu juga sebaliknya

4.      Suami tidak dibenarkan meminum arak pada bila-bila masa, begitu juga sebaliknya, di bawah undang-undang Islam.

5.      Suami tidak boleh menggunakan apa jua dadah narkotik, yang mana boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan mental, begitu juga sebaliknya.

6.      Suami tidak boleh mengizinkan tubuh isterinya disentuh lelaki lain atau di tempat pekerjaan contoh: demi mendapatkan wang atau kedudukan.

7.      Isteri harus menghormati, bersifat rendah diri serta menjadikan isi rumah aman dan selesa untuk suami, begitu juga sebaliknya.

8.      Suami dan isteri tidak boleh dipisahkan/berpisah melebihi dari 6 bulan kecuali atas persetujuan bersama.

9.      Negara tempat tinggal mestilah dipersetujui bersama antara suami isteri.

10.  Semua yang dibawa atau dibeli oleh isteri haruslah menjadi milik asetnya dan akan sentiasa menjadi miliknya walaupun jika perpisahan berlaku. Semua pemberian hadiah yang diterima oleh suami atau isteri adalah milik si penerima dan tidak perlu dipulangkan walaupun perceraian berlaku. Apa-apa pertikaian undang-undang atau perkara-perkara lain harus diselesaikan di Mahkamah Keluarga di Australia.

11.  Suami tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan secara daim atau mut'ah tanpa persetujuan isterinya.

12.  Suami dan isteri menerima Islam sebagai agama mereka dan akan mematuhi semua tugas-tugas di bawah undang-undang Islam untuk menghormati, dan menjaga satu sama lain begitu juga masa depan anak-anak di masa susah, senang, sakit dan sihat untuk mengekalkan kontrak ini.

13.  Suami bersetuju untuk menyediakan makanan, tempat tinggal dan keselesaan untuk isteri dan keluarga.

14.  Suami bersetuju untuk memberi hadiah ( sebagai mahar) kepada isterinya untuk perkahwinan :

(Contoh : Separuh dari mahar diberikan pada waktu aqad nikah dan separuh lagi selepas perkahwinan disempurnakan – melalui hubungan intim suami isteri)

------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------


Jika mana-mana peraturan dalam kontrak perkahwinan ini dilanggar oleh mana-mana pihak, sama ada oleh Encik……………………………………………………………. ……………………………dan Cik……………………………………………………………….. dalam apa jua keadaan maka mana-mana pihak memiliki hak  untuk bercerai di sisi Islam tanpa apa-apa komplikasi undang-undang oleh Pihak Berkuasa Islam. Pampasan maksimum dari mana-mana pihak tidak boleh melebihi jumlah yang telah dinyatakan dalam klausa 14.

Lima belas syarat di atas ditulis dan dipersetujui pada …………………………………… …………………………..di negeri ………….. di Australia pada …………………………………………………………………. ……………….oleh suami dan isteri dengan kehadiran :



Pihak berkuasa Islam:

……………………………………

Tanda Tangan Suami

………………………………..

Tanda Tangan Isteri

………………………………..


Saksi Pertama

……………………………

Saksi Kedua

……………………………..

Semoga Allah memberkati kedua-dua pihak.

Nota: “Syarat-syarat ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat sama yang dirumuskan oleh pihak berkuasa agama di Iran.” –Sheikh Jehad Ismail-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.