1. Ibu bapa seharusnya berusaha
membina hubungan karib dengan anak-anak terutama sejak dari mereka kecil lagi.
Suatu hubungan di mana ibu bapa memperoleh kepercayaan dari anak-anak
sehinggakan mereka menjadikan ibu bapa sebagai tempat untuk mengadu, mendapatkan
nasihat dan bimbingan.
2. Anak-anak yang kekurangan kasih
sayang dan perhatian ibu bapa adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk
jatuh ke dalam perangkap orang-orang yang menyimpan niat yang tidak elok.
3. Ibu bapa perlu memberikan sedikit
sebanyak garis panduan agar anak kecil boleh mengenal pasti tindakan/kelakuan
yang bagaimana adalah tanda kepada gangguan fizikal/seksual.
4. Gangguan fizikal/seksual terhadap
kanak-kanak andai tidak ditangani dengan segera akan menyebabkan gangguan
psikologikal seperti trauma yang berpanjangan dalam diri si anak. Mereka juga
mungkin akan mempunyai beberapa tabiat yang diluar kebiasaan.
5. Sikap hati-hati ibu bapa dalam
melindungi anak dari gangguan fizikal/seksual tidak seharusnya terhad hanya
terhadap orang asing, bahkan dari anak jiran, ahli keluarga sendiri, sepupu
lelaki, ayah sedara bahkan orang-orang yang berumur 50-an ke atas. Tidak kurang
kes-kes sebegini berlaku, akan tetapi jarang orang mahu mengetengahkannya.
6. Hubungan karib antara ibu bapa dan
anak akan memudahkan anak untuk mengadu kepada orang tua andai dia merasa ada
sesuatu yang tidak kena berlaku. Anak-anak harus diterangkan bahawa mereka
bebas memberitahu apa saja kepada ibu bapa dan mereka tidak akan dimarahi atau
dipersalahkan.
7. Usah tinggalkan kanak-kanak dengan
orang-orang yang berbeza jantina dalam bilik, rumah atau membiarkan mereka
bermain tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.
8. Anak-anak harus diajar untuk
menolak pemberian atau hadiah seperti gula-gula atau apa saja dari orang asing
tanpa terlebih dahulu memberitahu ibu bapa.
9. Ibu bapa sendiri tidak seharusnya
mudah-mudah menyerahkan anak-anak di bawah jagaan seseorang yang baru dikenali.
10. Google di Internet mengenai “Child
Abuse”, “Child Grooming”, untuk garis panduan lanjut mengenai perlindungan
anak-anak dari gangguan fizikal/seksual. Kejadian ini boleh mula berlaku dari
perbualan ‘cyber’ di mana pemangsa menggunakan peluang itu untuk
menarik dan membina kepercayaan dengan si mangsa.
11. Hati-hati dari berkongsi foto
anak-anak kecil di Facebook, Twitter, Istagram dan sebagainya, begitu juga
mendedahkan lokasi di mana mereka kini berada.
Ikuti beberapa garis panduan lanjut dalam blog ini: http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/12/pedophilia-semua-ibu-bapa-patut-tahu.html
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.