Wanita
sebagaimana lelaki dicipta dari tanah, bukan dari tulang rusuk lelaki. Ayat
Quran jelas menyatakan bahawa Adam dan Hawa dicipta pada masa yang sama dari
satu entiti tanah yang dibahagi dua.
Sayyid Moustafa Qazwini
Fatma :
Saya telah membaca dalam beberapa rujukan Islam bahawa Hawa dicipta dari tulang
rusuk ataupun sisa ciptaan Adam, saya selalu mengaitkan konsep ini dengan
kepercayaan Kristian bukannya Islam. Apakah pendirian Islam terhadap isu ini?
Sayyid :
“Terdapat beberapa rujukan Islam yang tidak jelas yang mendakwa bahawa Hawa
dicipta dari tulang rusuk atau sisa ciptaan Adam, tetapi tidak ada bukti kukuh
akan kesahihan rujukan tersebut… Berbalik kepada persoalan anda, terdapat
beberapa hadis Islam yang berasal dari kitab-kitab terdahulu, yang mendakwa
Hawa dicipta dari ruling rusuk Adam atau sisa ciptaannya, tetapi sumber-sumber
sahih MENAFIKAN kebenaran dakwaan tersebut.
Foto :
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu
dari “Satu Entiti/Diri Yang Satu” dan menciptakan pasangannya dari jenis yang
sama, dan membiakkan dari keduanya (Adam dan Hawa) – zuriat keturunan – lelaki
dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah…” (Quran 4:1)
“Terdapat
sebahagian ulama Islam mendakwa bahawa lelaki dicipta terlebih dahulu, kemudian
wanita diciptakan dari sisa bahan ciptaan lelaki. Walau bagaimanapun dengan
mengkaji ayat di atas, Allah menunjukkan bahawa wanita dan lelaki telah dicipta
pada masa yang sama, dan penciptaan mereka adalah dari bahan yang sama.
Inilah yang dimaksudkan dengan “satu entiti/diri yang satu;
min-nafsin waahida”. Penciptaan manusia adalah suatu dikotomi dimana satu tubuh
atau jisim dibahagikan kepada dua bahagian. Oleh itu, kedua jantina dicipta
dari bahan yang serupa, pada masa yang sama, dan oleh itu tidak ada elemen
dalam penciptaan
jantina (yang menunjukkan salah satunya) lebih superior dari yang lain24.”
Ayatullah Sayyid Hussain Tabatabai
Menurut Allama Tabatabai, ayat ini menunjukkan bahawa Adam dan
Hawa berasal dari satu entiti, dari spesies yang sama, justeru memiliki nilai
kemanusiaan yang serupa, dan bahawa semua manusia adalah anak cucu kepada
pasangan asal ini yaitu Adam dan Hawa (tanpa campur tangan dari spesies lain).
Oleh itu, ini menunjukkan bahawa pendapat yang menyatakan Hawa dicipta dari
sisa atau tulang rusuk Adam, dan pendapat yang menyatakan bahawa anak-anak
lelaki Adam-Hawa berkahwin dengan jin-jin adalah tidak tepat. Beliau menulis :
“Ayat ini (4:1) menyeru agar mereka takut kepada Tuhan
mereka, menyeru kepada sifat Taqwa, mengenai diri mereka, kerana mereka semua
adalah manusia, serupa dalam kemanusiaan mereka, tidak ada perbezaan di antara
mereka dalam realiti ini, lelaki atau wanita, besar atau kecil, tua atau muda,
lemah atau kuat, semua mereka adalah sama dalam kemanusiaan mereka. Oleh itu, kaum lelaki tidak harus
menindas wanita, begitu juga tidak harus seseorang yang besar dan kuat
menginjak-injak rakan-rakan yang lebih kecil dan lemah darinya,”
Foto : “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu semua dari lelaki dan wanita dan menjadikan kamu semua
berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah adalah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu…” (Quran 49:13)
(Merujuk ayat Quran, 49:13) “Ayat ini bertujuan untuk
menunjukkan bahawa semua manusia adalah satu/sama (dalam aspek kemanusiaan)
sepertimana semua manusia lain, dan tidak ada perbezaan di antara mereka dalam
aspek ini kerana setiap mereka lahir dari seorang bapa manusia dan seorang ibu
manusia; oleh itu tiada
siapa di antara mereka yang seharusnya berfikir bahawa dirinya lebih superior
dari yang lain, kerana tidak ada perbezaan atau superioriti kecuali melalui
Taqwa.”
“Walaupun dengan maksud yang jelas ini, beberapa pentafsir
telah menulis bahawa ayat ini (4:1) cenderung menunjukkan bahawa pasangan
diperoleh dari (sisa) diri yang satu dan dicipta dari salah satu bahagiannya.
Penjelasan ini bertujuan untuk menjadikan ayat ini selari dengan beberapa
hadis, yang menyatakan Allah telah mencipta isteri Adam dari salah satu tulang
rusuknya. Tetapi
hakikatnya ayat ini tidak menyokong pandangan sedemikian.”
Foto:
“…dan membiakkan dari keduanya (Adam dan Hawa) – zuriat keturunan – lelaki dan
perempuan yang ramai,” (Quran, 4:1)
“Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa bangsa manusia berasal
dari Adam dan Hawa tanpa pihak lain mempunyai apa-apa bahagian di dalamnya.
Allah berfirman [dan membiakkan dari keduanya, lelaki dan perempuan yang
ramai], Allah tidak berfirman [dan membiakkan dari keduanya & pihak lain].
Lanjutan dari tafsiran ini, kita tiba kepada dua kesimpulan berikut :-
“Perkahwinan generasi pertama selepas
Adam dan isterinya (iaitu anak-anak mereka yang terdekat) dilakukan di antara
saudara lelaki dan perempuan (anak lelaki Adam berkahwin dengan anak perempuan
Adam), kerana mereka adalah satu-satunya
manusia lelaki dan perempuan pada masa itu. Tidak ada masalah dalam hal
ini. Kerana ia adalah soal hukum dan ia bergantung kepada budi bicara Allah
SWT.Dia boleh menghalalkannya di satu masa dan tidak membenarkannya di masa
yang lain59.”
Nota :
Kita, tidak mengatakan hukum Allah itu mudah berubah-ubah, tetapi
kita telah melihat beberapa contoh dalam sejarah di mana, dalam proses
menjadikan Islam itu satu agama yang sempurna, Allah tidak menurunkan segala
syariat sekaligus dalam satu masa, tetapi sedikit demi sedikit, mengikut
keadaan dan situasi yang dialami masyarakat pd zaman itu.
Ali Ibn Abi Talib:
"Dalam apa jua keadaan, berbaik-baiklah dengan
isteri-isterimu, dan bertuturlah dengan mereka dengan bicara yang mesra dan
tutur kata yang baik, mudah-mudahan mereka akan menukar tindakan mereka ke arah
yang lebih baik,"
"Wanita adalah amanah Allah kepadamu. Maka jangan lukai
mereka dan jangan menjadikan hidup sukar buat mereka,"
Sumber:-
24.A New Perspective : Women of Islam oleh Sayyid Moustafa
Qazwini http://www.al-islam.org/wii-persp-edt2/
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.