Sayyid Muhammad Rizvi
dalam bukunya menulis17 :-
"Apa
yang boleh dilakukan oleh komuniti umat Islam untuk generasi akan datang?
Walaupun
dengan masalah-masalah yang telah dibincangkan (masalah ekonomi, masalah perlu
menghabiskan pelajaran dll), saya percaya terdapat jalan di mana golongan belia
Muslim boleh bernikah pada usia muda tanpa merasa risau dengan aspek kewangan.
Di sini saya mencadangkan 4 cara:-
1. DENGAN SOKONGAN KELUARGA
Jika ibu
bapa adalah dari golongan berada dan mampu membantu perkahwinan anak muda
mereka sehingga mereka boleh berdikari, maka saya sangat menyarankan agar
mereka menggalakkan anak-anak mereka berkahwin dan membantu mereka sehingga
mereka boleh berdiri atas kaki sendiri.
Apabila
bercakap soal kontrak yang dibuat antara hamba dan tuannya, Quran berkata,
"...dan berikan mereka harta kekayaan yang diberikan Allah kepada
kamu…" (24:33)
Jika Islam memberikan begitu banyak penekanan mengenai
keutamaan menghulurkan bantuan kepada hamba yang dibebaskan supaya dia boleh
berdiri atas kaki sendiri, maka tak perlu disebut betapa mulianya untuk menolong anak
sendiri berdiri atas kaki sendiri!
2. DENGAN SOKONGAN MASYARAKAT
Pada
peringkat yang lebih luas, pertubuhan-pertubuhan Islam haruslah mewujudkan dana
(contohnya pinjaman tanpa faedah jangka panjang) untuk menyokong golongan muda
Islam yang ingin berkahwin tetapi tidak memiliki sumber kewangan yang cukup.
Ada
suatu ketika, di mana seorang yang didapati bersalah kerana melakukan tindakan
tidak sopan telah dibawa kepada Imam Ali. Selepas menghukumnya, Imam
mengaturkan perkahwinan untuknya dengan menggunakan dana kerajaan. Imam
menunjukkan sebuah contoh bagaimana sesebuah masyarakat itu harus membantu
golongan muda untuk memulakan kehidupan bekeluarga.
Dengan
melihat situasi yang terjadi di dunia Barat (di mana belianya mengamalkan gaya
hidup bebas bersosial tanpa batas), pertubuhan-pertubuhan Islam harus
sekurang-kurangnya merasa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk
menyediakan bantuan seperti itu kepada para belia mereka. Ini bukan sekadar
soal kebajikan semata-mata, tetapi ini adalah soal bagaimana untuk kita semua
memelihara sebuah komuniti Islam untuk hidup dalam suasana persekitaran yang
berisiko tinggi menjatuhkan moral (anak-anak muda kita).
3. PERKAHWINAN (-) BEBAN KEWANGAN
Si
pemuda dan si gadis boleh melakukan aqad (kontrak perkahwinan Islam) tetapi
menangguhkan majlis perkahwinan mereka hingga mereka tamat belajar.
Dalam
perkataan lain, mereka akan berkahwin tetapi tetap tinggal bersama ibu bapa
masing-masing. Mereka boleh berjumpa satu sama lain tanpa halangan syariah, dan
jika mereka membuat keputusan untuk mengadakan hubungan seksual, maka mereka
harus menggunakan kaedah kontraseptif yang dibenarkan untuk menangguhkan dari
mendapat anak.
Dengan
jalan ini, mereka boleh memenuhi naluri seksual mereka (melalui saluran yang
halal) dan dalam masa yang sama bebas dari bebanan kewangan. (ya, itu lebih
baik daripada mereka terlibat dalam aktiviti seksual haram seperti zina, onani,
dan tabiat seksual pelik seperti pornographi dll yang akhirnya merosakkan diri)
4. PERKAHWINAN (+) GAYA HIDUP SEDERHANA
Si
pemuda dan si gadis boleh melakukan aqad malah majlis perkahwinan juga tetapi
menangguhkan dari mendapat anak DAN mengamalkan gaya hidup simple. Dengan ini
mereka boleh memenuhi keinginan seksual mereka dan bebas dari bebanan kewangan
yang berat.
Walaubagaimanapun,
saya ingin menekankan betapa pentingnya peranan yang dimainkan ibu bapa dalam
mengawasi segala pertimbangan-pertimbangan cadangan ini. Saya sama sekali tidak
menyokong idea di mana si pemuda dan si gadis membuat keputusan dalam perkara
ini secara sendiri-sendiri tanpa pandangan dari ibu bapa atau tanpa
mendaftarkan perkahwinan mereka di pusat masyarakat masing-masing. Ini adalah
penting bagi melindungi reputasi si gadis kalau berlaku apa-apa yang tidak
diingini.
Tambahan
lagi, apa yang telah saya cadangkan di atas ini juga bermaksud bahawa para ibu
bapa dan belia, kedua mereka harus merubah sudut pandangan mereka secara
radikal mengenai aspek material dalam kehidupan.
Mereka
harus mengamalkan gaya hidup yang sangat sederhana. Jika golongan muda pada
hari ini mahu mempunyai kedudukan kewangan yang 'standard' sebelum berumah
tangga, maka itu tidak mungkin berlaku di lewat usia muda; mereka harus tunggu
hingga mereka mencecah usia 30-an!
Satu
dari kelebihan utama cadangan-cadangan ini adalah, golongan muda di peringkat
kolej/universiti akan bebas dari mengalami 'kerunsingan seksual' dan akan boleh
memberikan tumpuan yang lebih dalam pelajaran mereka.
Jika
golongan muda Muslim yang dibesarkan dalam masyarakat Barat tanpa apa-apa
didikan agama , tidak diberikan sokongan moral serta kewangan dari ibu bapa,
maka dia berisiko tenggelam dalam budaya bebas yang membenarkan seks berlaku di
luar alam perkahwinan.
Dan jika
ini berlaku, nauzubillah, golongan belia tidak lagi melihat hubungan seksual
itu sebagai sesuatu yang memiliki nilai dan komitmen. Hubungan seksual yang
bebas akan menghasilkan akibat-akibat yang serius seperti : pengguguran anak,
pembuangan bayi, peningkatan kes cerai, dan berlaku peningkatan dalam jumlah
keluarga dengan ibu/bapa tunggal. Juga ditambah lagi dengan penderitaan emosi
yang dialami orang ramai secara umum dan anak-anak yang mengalami krisis ini.
Sumber:-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.