Oleh
Sayyid Muhammad Rizvi
“Apakah
pandangan Islam mengenai pendidikan seksual? Biarlah saya memulakan dengan
berkata bahawa Islam tidak menentang idea pendidikan seksual. Walau
bagaimanapun persoalan yang penting adalah tentang kesesuaian umur bagi
kandungan bahan tersebut, dan bahan serta kandungan itu sendiri. Islam adalah sebuah agama yang komprehensif
(menyeluruh) yang berbicara tentang kesemua aspek kehidupan, termasuk
perkahwinan dan seksualiti, bahkan isu-isu yang berkaitan dengannya. Dan itu
adalah sebahagian daripada ajaran agama kita.
Oleh itu
kita tidak bermasalah dengan idea yang dipanggil sebagai pendidikan seks, namun
faktor umur yang menjadi isu bagi kita, begitu juga kandungannya.
Saya
belum lagi melihat (kurikulum pendidikan seksual yang dicadangkan) secara
terperinci tapi dari apa yang saya telah baca dari laporan tersebut,
kelihatannya terdapat dua isu. Satu adalah nilai-nilai yang
mereka bawakan, dan satu lagi adalah mengenai keselamatan dan
keamanan kanak-kanak. Mengenai apa yang mereka perlu tahu untuk menjaga diri
mereka supaya selamat. Apabila berbicara soal keselamatan dan keamanan
kanak-kanak, itu tidak menjadi isu bagi kita. Kita perlu sedar bahawa dalam masyarakat
di mana gangguan seksual adalah masalah yang serius, dan masalah ini tidak
mengenal bangsa mahupun agama. Semua masyarakat secara berbeza mengalami
masalah ini.
Oleh
itu, adalah penting bagi semua orang untuk melindungi anak-anak mereka yang
masih kecil dan naif dengan melengkapkan mereka:
1) Dengan ilmu mengenai apa yang
betul apa yang salah
2) Dengan kebolehan untuk menyatakan
“Tidak” apabila mereka didekati dengan cara yang salah.
3) Dan bahkan mendidik mereka tentang
risiko yang berkaitan dengan teknologi komunikasi.
Cuba
fikirkan. Selain dari kewujudan orang ‘pervert’,
lihatlah ISIS. Mereka sebenarnya menarik anak-anak muda dari Eropah dan Amerika
Utara, melalui internet. Oleh itu jika alat ini boleh digunakan dengan cara
menarik orang muda dari tempat yang sangat jauh untuk pergi dan berkhidmat
untuk ISIS, di sinilah kita perlu sedar akan potensi media berkenaan dengan
kaedah berkomunikasi yang dibincangkan.
Oleh itu
saya tidak fikir kita mempunyai apa jua masalah apabila kita membicarakan
sebuah kurikulum yang misalnya, bercakap tentang kepentingan mengajar
kanak-kanak bagaimana melindungi diri mereka dari pelbagai jenis pervert. Bahkan anda juga akan dapati dalam
Islam, banyak di antara ajarannya, yang mana sayangnya di dalam masyarakat
moden ini, dalam masyarakat sekular ini, merendahkan kita sebagai Muslim kerana
beberapa perkara yang kita pegang, mereka tidak sedar bahawa undang-undang itu
dan tindakan-tindakan Islam itu, dan cara kita melakukan sesuatu perkara adalah
sebenarnya menjurus ke arah pencegahan kepada situasi-situasi seperti ini.
Islam
misalnya apabila berbicara mengenai asuhan anak-anak, ia mengatakan sebaik
sahaja anak-anak yang berbeza jantina mencapai umur 6 TAHUN, tempat tidur mereka harus diasingkan.
Mengapa? Inilah Islam. Sejak dari awal lagi dalam persekitaran keluarga ia
membicarakan perkara ini bagi membasmi apa jua kemungkinan yang boleh menjurus
ke arah kerosakan. Dan kerana inilah kita bercakap soal memelihara kehormatan
mereka yang berlawanan jantina. Misalnya, kita (bahkan) tidak boleh menyentuh
mereka yang tidak ada hubungan (darah) dengan kita, yang berbeza jantina.
Dan
segala isu mengenai “Ohh lihat tu, mereka tidak berjabat tangan, ini adalah
sikap biadap”. Ini tidak ada kena-mengena dengan sikap biadap. Kita.. sayangnya
masih tidak dapat menyampaikan perspektif kita dengan cara di mana orang lain
boleh memahaminya. Ini adalah satu batasan. Yaitu anda tidak boleh menyentuh
seseorang yang berbeza jantina. Jika itu adalah batasannya, maka segala isu
mengenai gangguan seksual di pejabat misalnya tidak akan berlaku. Ini adalah
masalah yang besar, sangat besar. Bahkan masyarakat tidak banyak membicarakan
perkara ini. Tetapi jika anda melihat beberapa kajian, ini adalah masalah yang
serius.
Jadi
seandainya anda bergerak maju dengan perspektif Islam, (yang tidak membenarkan
bahkan menyentuh jantina berbeza) maka anda sudah pun memelihara diri anda
supaya berada dalam lingkungan selamat.
Apabila
kita berbicara mengenai isu interaksi antara berbeza jantina, interaksi itu,
Islam mengatakan, haruslah dalam suasana yang formal. Bukannya dalam suasana
percampuran yang bersifat sosial. Dan tentu sekali hal ini menjadi isu bahkan
dalam komuniti kita sendiri. Segala perkara ini bukan bertujuan untuk
merendahkan satu jantina dari jantina yang lain, atau bersikap biadap itu dan
ini, tetapi semua ini adalah satu bentuk perlindungan sejak peringkat awal lagi
agar gangguan/penyimpangan moral dapat dicegah. Begitu juga apabila kita
berbicara mengenai isu Hijab, di mana Islam mengetengahkan elemen kesopanan.
Semua itu sebenarnya menjurus kepada tujuan tersebut.
Oleh itu
apabila timbul isu pendidikan kanak-kanak tentang bagaimana melindungi mereka
agar aman dan selamat daripada ‘perverts’ di dalam masyarakat yang datang dalam
pelbagai bentuk yang berbeza, kita tidak bermasalah dalam hal ini. Masalah yang
kita ada adalah dua isu ini, yaitu kesesuaian umur, dan isi kandungannya serta
bahan yang mereka sediakan dalam kurikulum pendidikan seksual tersebut. Kerana
kita percaya bahawa isu yang berkaitan dengan nilai-nilai, haruslah berada di
bawah pengawasan ibu bapa dan institusi keagamaan mereka. Ia bukan tugas
kerajaan untuk terlibat dalam mengajari anak-anak mengenai nilai-nilai. Kita
harus sedar bahawa anak-anak ini datang dari pelbagai latar belakang budaya,
dan agama. Nilai antara mereka mungkin sahaja tidak sama. Sebagai contoh,
antara yang diajarkan dalam kurikulum ini adalah mengenai hubungan sejenis dan
ia diajarkan pada murid darjah 3. Boleh anda bayangkan? Sebagaimana pihak
gereja tidak boleh memaksa kerajaan menerima nilai mereka. Begitu juga kerajaan
tidak boleh memaksakan nilai mereka kepada institusi gereja. Dan anda tidak
boleh memaksakan satu set nilai ke atas semua orang. Oleh itu berdasarkan
undang-undang akta pendidikan Kanada, ibu bapa mempunyai hak untuk menarik
balik anak mereka dari mengikuti subjek ini.
Kita
sebagai Muslim harus sedar bahawa kita mempunyai satu tugasan yaitu untuk
mendidik anak-anak kita mengenai isu berkaitan seksualiti, di sekolah-sekolah
agama kita, dan kelas hujung minggu. Tentu sekali ia haruslah berdasarkan
nilai-nilai Islam, diajarkan pada umur yang sesuai dan isi kandungannya
haruslah berdasarkan nilai-nilai agama kita. Kita tidak melarikan diri daripada
membincangkan isu ini.
Cuma
kita harus sentiasa mempertimbangkan faktor umur, tempat dan bahkan hadirinnya.
Sebagai contoh, jika kita mempunyai majlis atau khutbah Jumaat, kita tidak
boleh membincangkan segalanya di sini. Kerana anda mempunyai pelbagai lapisan
generasi duduk di tengah para hadirin. Ibu bapa bersama anak-anak mereka duduk
bersebelahan, Jadi adalah penting untuk memahami bahawa iya, Islam berkata
“Tidak ada malu dalam mempelajari agama” , tetapi itu tidaklah berarti anda
mengatakan apa sahaja yang anda mahu di mana-mana sahaja yang anda mahu, dan
dengan apa sahaja cara. Anda perlu mengambil kira tempat dan hadirin anda.
Bahkan
Allah SWT tidak mengelak dari membicarakan hal ini seperti di dalam Surah
an-Nisa, di mana Dia berfirman, “Jika kamu ‘menyentuh’ wanita…”. Kita semua
faham apa yang dimaksudkan Allah Taala apabila Dia menyebut “menyentuh wanita”.
Bahkan Allah Taala juga melaksanakan konsep haya’ (elemen kesopanan) dalam
membicarakan aspek tertentu. Dia telah memberikan kita ‘aqal, Dia tahu kita
faham apa yang Dia maksudkan. Allah Taala juga menggunakan bahasa yang sesuai
dalam membicarakan isu ini. Oleh itu adalah penting bagi kita mempertimbangkan
pelbagai faktor sebelum ingin menyampaikan sesuatu perkara. Kita harus
mempertimbangkan faktor umur, hadirin, dan juga isi kandungannya.
Hari
ini, Alhamdulillah terdapat informasi sahih yang tersedia online. Di sini saya menekankan ‘informasi
yang sahih’. Tidak semua yang berada di internet adalah sahih atau boleh
dipercayai. Anda harus meneliti sumbernya. Oleh itu bagi yang mungkin mahu
mendirikan rumah tangga, terdapat bahan yang sahih tersedia online, mereka
boleh belajar apa yang betul dan apa yang salah dan segala perspektif Islam
mengenainya. Tidak semestinya tulisan saya, tetapi saya gunakan ia sebagai
contoh di sini, yaitu buku saya, ‘Marriage and Morals in Islam’ membicarakan
tentang segala isu ini, dengan jelas, untuk memastikan mesejnya dapat
disampaikan.
Jadi,
bahannya ada di luar sana, dan kita tidak mengelak dari membincangkan isu ini.
Kita hanya mengambil berat akan kesesuaian umur dan kandungannya. Kita mahu
anak kita diajarkan perkara-perkara yang berdasarkan Islam seperti yang
dibawakan oleh Ahlul Bait a.s. Saya boleh katakan pada anda bahawa anak-anak
anda lebih tahu tentang isu ini berbanding diri anda. Satu perbezaannya adalah
mereka tahu dari pelbagai sumber yang tidak Islamik. Tidakkah anda mahu mereka
mengetahuinya daripada sudut perspektif Islam mengenai isu ini? Islam adalah
agama yang merangkumi segala aspek kehidupan. Dan inilah keindahan Islam81”
Sumber:-
81.Sayyid
Muhammad Rizvi : Sexual Education :Discreation not Denial, https://www.youtube.com/watch?v=tlesgCzY298
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.