Sikap
asshobiyah atau taksub kepada sesuatu perkara sama ada yang berdasarkan kaum,
mazhab, hubungan keluarga dan sebagainya boleh menghalang seseorang itu dari
bersikap adil dan saksama. Sebagai contoh, apabila ahli keluarga sendiri, atau
seseorang yang sama kepercayaan dengan kita, atau sama warna kulit dengan kita,
melakukan sesuatu kezaliman (seperti mengambil hak orang lain), kita lantas
membelanya walaupun jelas perbuatan saudara kita itu adalah batil. Sikap ini
yang turut dibincangkan oleh Imam Khomeini dalam bukunya 40 hadis, akan
membuahkan kejahatan demi kejahatan dalam sesuatu masyarakat, kerana kebatilan
terus dibela atas sikap asshobiyah itu tadi.
Ibu bapa
haruslah berusaha melindungi anak-anak dari sikap ini dan ia bukan perkara yang
sukar untuk dilakukan seandainya anak-anak dilatih untuk bersikap telus dan
tidak ‘double standard’ sejak dari kecil lagi.
Sikap
taksub/asshobiyah boleh lahir dari keadaan di mana seseorang itu merasakan
dirinya jauh lebih baik dari orang lain hanya kerana warna kulitnya yang lebih
cerah, atau keluarganya keturunan Arab, atau dia lahir dalam keluarga yang
mengamalkan mazhab AhlulBait justeru memandang orang lain sebagai lebih rendah
kedudukannya berbanding dirinya. Dia mungkin terlupa bahawa yang menjamin
status seseorang di sisi Allah SWT adalah sikap Taqwa, Amal Soleh, dan Akhlak
Mulia. Bukannya warna kulit, atau suku, atau label ‘Syiah’ semata-mata.
Faktor-faktor ini tidak dapat melindungi seseorang itu dari murka Allah
seandainya dia melakukan kezaliman atau bermalas-malasan dalam melaksanakan
kewajiban yang diperintahkan-Nya.
Misalnya Imam Ja’far as
Sadiq sebelum beliau meninggal berpesan kepada
ahli keluarganya : “Mereka yang mengambil ringan akan solatnya tidak akan
mendapat syafaat kami.”
Imam Jafar berpesan
kepada pecintanya :
"Wahai
Shia! Jadilah penghias bagi kami (Ahlul Bait) dan sebaliknya jangan jadikan
kami malu kerana (perlakuan) anda. Bertuturlah dengan manusia dengan cara yang
baik dan peliharalah lidahmu. Peliharalah lidahmu dari kata-kata yang tidak
perlu dan kata-kata yang keji (seperti kata-kata kesat, lucah, mencarut)."
Sikap
taksub/asshobiyah yang mengaburi mata hati seseorang dalam soal membezakan
antara yang hak dan batil, pastinya akan menjejaskan hubungan antara manusia,
merosakkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Sikap adil dan toleransi
sesama manusia akan merosot apabila masyarakat dikuasai oleh sikap
negatif ini. Sikap ini juga menghalang seseorang itu untuk menjalin hubungan
baik dengan orang lain, justeru menjejaskan silaturahim antara anggota
masyarakat.
Sebagai
contoh, seseorang itu akan cenderung menahan dirinya dari menziarahi orang
lain, mengunjungi majlis orang lain, bahkan tidak mahu menyertai solat Jumaat
hanya kerana terhalang oleh sikap taksub dalam dirinya (kerana warna kulit,
bangsa, atau mazhabnya), dan memandang orang lain sebagai tidak pantas atau
tidak layak mendapat kunjungannya. Boleh kita bayangkan seandainya setiap
anggota masyarakat bersikap seperti ini, pastilah tidak akan wujud keharmonian,
kemesraan dan perpaduan di kalangan mereka.
Kita
cuba menyingkap semula sejarah di waktu Revolusi Islam di Iran. Kita
menyaksikan pertembungan antara Imam Khomeini dan Shah Iran. Mengapakah
pertembungan itu berlaku. Seandainya Imam Khomeini memiliki sikap asshobiyah
mazhab, pasti beliau tidak akan bangkit menentang Shah Iran memandangkan mereka
berdua berpegang kepada mazhab dan kepercayaan sama yaitu 12 Imam. Namun, Imam
Khomeini tetap bangkit berjuang menentang Shah Iran bahkan menyeru rakyat
sama-sama menentangnya kerana Shah Iran menzalimi rakyat, menjadi ‘pak turut’
kepada Zionis dan Amerika serta mempromosikan budaya Barat yang menggalakkan
hiburan melalaikan, pergaulan wanita lelaki tanpa batas, melarang pemakaian
hijab dan lain-lain.
Semoga
contoh yang ditonjolkan Imam Khomeini ini kita jadikan teladan dalam usaha
membasmi asshobiyah mazhab di dalam diri, ahli keluarga dan teman-teman di
sekeliling kita. Tambahan lagi, usaha ke arah perpaduan Muslim tidak akan
tercapai andai penyakit ini terus berakar umbi di dalam masyarakat. Latihlah
anak-anak untuk bermain mesra dengan anak-anak dari keluarga Sunnah, bersekolah
dengan mereka, belajar bersama-sama mereka dan sertai majlis-majlis mereka
sebagaimana anak-anak kecil lainnya.
Pesanan
dari Imam Khomeini ini cukup buat peringatan kita semua :-
“Islam adalah agama perpaduan, persaudaraan dan
kesamarataan. Tidak
ada yang lebih dari satu puak ke atas puak yang lain melainkan dengan ketaqwaan. Wajiblah saudara
saudara syiah dan sunnah menjauhkan diri daripada sebarang perselisihan.
“Risalah
Ath-Thawrat al-Islamiyyah” bilangan
30
Rabi’ul Awwal 1404H
i) Legasi Imam Ali
“Malam
ini kita dikhabarkan sebagai malam syahadahnya Bibi Fatimah Zahra. Lantas
tragedi pahit yang menimpa beliau pun menerjah dalam ingatan para pecintanya.
Ada yang bersedih, ada yang sesal, dan tidak kurang juga yang membaca laknat
itu laknat ini.
Supaya
tidak terlupa soal memelihara perpaduan ummah, apakah kiranya memadai dengan
mengingatkan diri agar mencontohi sikap Imam Ali yang mengambil langkah diam
dan sabar di waktu tragedi itu berlaku, dan Imam Ali memilih jalan itu adalah
semata-mata demi mengelak perpecahan ummah pada masa itu dan pada masa akan
datang.
Tidakkah
kita wajar mencontohi beliau dalam hal mengingati prioriti perpaduan ini..?
Hakikatnya
tragedi semacam ini sering membangkit gelora emosi Syiah sehingga secara sedar
atau tidak sedar timbul rasa benci pada Sunni kerana menganggap Sunni menyokong
tindakan tragis itu (dan hal ini pastinya tidak benar)..
Apakah
mustahil untuk bersikap sederhana dalam hal ini dengan cara di mana tragedi
Fatimah tetap diratapi dan perpaduan ummah tetap menjadi prioriti mencontohi
Imam Ali,
Sikap
Imam Ali adalah bukti jelas bahawa perpecahan adalah musibah terbesar yang
bakal merugikan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan kerana itu sedaya
upayanya beliau menjadikan itu sebagai satu keutamaan sepanjang hidup beliau.
Juga adalah tanggungjawab setiap yang mengaku Muslim untuk meneruskan legasi
beliau ini.
Mendoakan
untuk semua86”.
ii) Seruan Perpaduan
Muslim :
Berserah
Diri Oleh
: FB/Nurr Wahda Islamiah
Sunni
berbangga dengan pegangan Sunninya. Syiah berbangga dengan pegangan Syiahnya.
Tetapi apakah mereka sedar, bahawa rasa bangga ini bukanlah perhiasan bagi
seorang Muslim sebaliknya ia ibarat kudis yang akan bernanah andai tidak
disertai dengan penyucian jiwa dari penyakit-penyakit hati seperti ujub, riak,
sombong, dan sebagainya. Penyakit hati inilah yang cenderung menjadikan kita
mudah menghukum seseorang itu sebagai sesat, menyimpang manakala merasa diri
sudah terjamin masuk syurga.
Jika
benar kita berbangga dengan pegangan Quran dan Sunnah
atau
berbangga dengan pegangan Quran dan Rasulullah
atau
berbangga dengan pegangan Quran dan Ahlulbayt..
atau apa
sahaja pegangan/keyakinan kita
Maka
terjemahkan ia dalam bentuk akhlak yang mulia, ketaqwaan kepada Allah, berusaha
mencontohi akhlak Rasulullah dan menyucikan hati. Kerana ini sahajalah yang
boleh membantu kita dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Label
Sunni dan Syiah hanya tinggal sekadar label apabila kita gagal menzahirkan
keyakinan atau fahaman yang dipegang teguh itu dalam bentuk tindakan; seperti
amar makruf nahi mungkar, membantu orang-orang yang memerlukan, memelihara
martabat kaum wanita, dan tidak bersikap tamak dengan perkara-perkara material.
Oleh itu
tidak hairanlah hari ini kita dijumpakan dengan manusia-manusia yang berbangga
dengan label Sunni dan Syiahnya namun dalam masa yang sama bersikap kedekut,
tidak peduli akan kesusahan orang lain, memihak kepada diktator, mengabaikan
akhlak Islami, tidak kurang juga yang menggunakan bahasa kotor, sesat, memaki
dan sebagainya. Bahkan ada yang masih terperangkap dengan hawa nafsu,
berfoya-foya dan menggunakan agama sebagai alasan untuk membenarkan
tindakannya.
Jelas,
label Sunni/Syiah yang dibanggakan itu tidak memberi apa-apa manfaat andai diri
masih terperangkap dengan sifat ego, sombong, gila kuasa, gila wanita dan
sebagainya. Dan pastinya sikap-sikap negatif ini adalah tercela di sisi Islam,
di sisi Rasulullah SAW, di sisi Allah Subhanahu wa Taala.Lantas, lalu bagaimana
seseorang itu boleh bersikap bangga dan merasa diri terjamin masuk Syurga,
sedangkan sifat-sifat tercela ini masih menjadi sebahagian dari dirinya?
Semoga
kita saling bermuhasabah diri... dan belajar untuk saling menghormati...
Meraikan perbezaan dan menjumpakan titik persamaan, perbaiki akhlak dan lisan..
Semoga
kita berusaha menjadi Muslim dalam arti kata yang sebenar. Yaitu seorang yang
sentiasa berserah diri kepada-Nya.
Tidak
Ekstremis Tidak Liberal
Sunni
Syiah Bersaudara87.
Sumber
:
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.