Thursday 2 April 2015

Bab 5.2 : Dakapan dan Ciuman



Terdapat pelbagai cara menzahirkan kasih sayang. Satu darinya adalah dengan mencium dan mendakap mereka ketika mereka masih kecil(Perhatikan penekanan ketika masih kecil di sini. Anak yang telah baligh tidak sesuai dipeluk cium sepertimana ketika mereka masih bayi.  

“Sebuah hadis menyatakan kita harus berhenti mencium kanak-kanak perempuan sebaik sahaja dia mencecah usia 6 tahun” – Sayed Abbas Ayleya)

Imam Ali a.s berkata: “Mencium anak (kecil) adalah belas kasihan. Mencium wanita adalah nafsu. Mencium ibu bapa adalah ibadah, mencium saudara seiman adalah agama.”

Imam Sadiq berkata, “Lelaki tidak harus mencium kanak-kanak wanita yang berumur lebih dari 6 tahun dan wanita tidak harus mencium kanak-kanak lelaki berumur lebih dari 7 tahun.”

Nota : Sikap sesetengah ayah yang suka mencium dakap anak gadisnya yang semakin dewasa telah menyebabkan anak-anak gadis mereka menjadi tertekan, dan tindakan ini jelas mengganggu kestabilan emosi dan psikologi mereka. Mungkin sahaja ini adalah permulaan kepada perlakuan sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita hari ini. Semoga kita dijauhkan dari penyakit sebegini.

Jelasnya anak yang TELAH melepasi peringkat bayi dan kanak-kanak, mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian bukan dari segi dakapan ciuman, tetapi dari segi ibu bapa berkomunikasi baik dengan mereka, berkongsikan pandangan & pengalaman, menjadi pendengar yang baik kepada masalah mereka, bersikap terbuka dan bermesyuarah dengan mereka sebelum membuat keputusan.

Dengan ini, anak-anak remaja akan tumbuh rasa cinta dan hormat dengan lebih mendalam lagi terhadap kedua orang tuanya. Bahkan menganggap kedua orang tuanya sebagai “TEMAN KARIB” mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.