Sunday 5 April 2015

Bab 14 : Wanita Di Sisi Islam



Dalam bab ini InshaAllah kita akan membincangkan beberapa isu yang kurang jelas mengenai wanita. Semoga dengan ini pandangan dan pemahaman kita mengenai kaum wanita akan meningkat dan sikap negatif yang sering ditonjolkan terhadap kaum wanita dapat dihapuskan.

Anak-anak lelaki dan perempuan juga harus jelas akan isu ini agar dewasa kelak mereka tidak akan mengulangi kesilapan generasi hari ini (yang rata-rata memiliki banyak persepsi salah terhadap wanita) dan mudah-mudahan mereka akan terus menjadi barisan paling hadapan dalam membela nasib kaum wanita dari disakiti dan dizalimi. 

Budaya menghormati kaum wanita harus diterapkan dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Ini adalah salah satu SUNNAH TERBESAR yang ditekankan oleh Rasulullah SAW dan para Ahlulbait baginda yang sering kita terlepas pandang kerana menganggapnya isu remeh-temeh.

Sikap ‘chauvinis’ lelaki yang sering merasakan diri lebih superior dari kaum wanita justeru cenderung mendominasi dan mengetepikan kaum wanita harus dihindar sama sekali.

Wanita yang sering ditindas atau dipandang rendah pula sama ada dalam keluarganya atau masyarakat, tidak mungkin mampu memainkan peranannya sebagai seorang bakal ibu, yang memikul tugasan berat lagi mulia yaitu mendidik, mengasuh dan mencorak generasi cemerlang akan datang.  Justeru itu, marilah kita sama-sama belajar menghargai dan menghormati kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah orang yang memuliakan para wanita melainkan orang-orang yang mulia, dan tiadalah orang yang menghina para wanita melainkan orang-orang yang keji"
_________________________________________________________________________________________________

“Tiada satu puak melebihi puak yang lain kecuali Taqwa” ~Imam Khomeini~
________________________________________________________________________________________________

" Wanita adalah sumber ketenteraman di rumah. Mereka adalah satu sumber kedamaian buat lelaki dan anak-anak termasuk kanak-kanak perempuan & lelaki. Jika wanita itu sendiri tidak menikmati ketenangan psikologi, maka mereka tidak dapat berkongsi ketenangan mereka dengan keluarga mereka. Seorang wanita yang dimalukan, dihina dan ditekan kerana pekerjaannya tidak mampu menjadi wanita terhormat dalam rumahnya. Dia tidak akan mampu menjadi pengurus keluarga. Sedangkan, pada hakikatnya, wanita adalah pengurus dalam keluarga.Ini adalah isu utama23.”

~Imam Ali Khamenei~



Sumber:-


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.