Saturday 4 April 2015

Bab 11.4 : Kesan Masturbasi (Fizikal & Psikologikal)



Ayatullah Makarim Shirazi & Ayatullah Subhani

Soalan: Adakah masturbasi (melancap/beronani) memudaratkan?

Jawaban: Sebahagian doktor yang jahil dan ahli falsafah yang kurang berpendidikan cuba membuktikan bahawa masturbasi tidak semestinya satu perkara ‘taboo’ bagi remaja. Namun, majoriti surat yang diterima dari pesakit mengenai perkara ini, dan pemerhatian menunjukkan bahawa ini menafikan hal yang jelas dan adalah sebuah penipuan bagi remaja.

Sekarang kami bentangkan petikan dari sebuah karangan ilmiah yang cukup mendasar, yang diambil daripada risalah seorang pakar psikologi (Dr. Shirazi), yang memberikan jawaban jelas kepada persoalan ini.

“Remaja menghadapi banyak isu yang rumit, yang mana satu darinya adalah seks. Dan pada hakikatnya, pada fasa kehidupan ini, keinginan seksual mula mengambil tempat, dan selepas beberapa tinjauan, remaja menjadi sedar bahawa ini adalah perkara semulajadi. Dan segala jenis godaan dan cetusan seksual menghembuskan api nafsu ke dalam jiwanya.

Di zaman silam, di bawah pengaruh disiplin agama, sistem sosial dan etika, apabila remaja memiliki keinginan seksual, mereka biasanya menundukkannya dan mengawal diri mereka. Jarang sekali mereka mendekatkan diri mereka dengan cetusan-cetusan seksual.

Tetapi dalam dunia hari ini, pemandangan di jalan-jalan dan di rumah-rumah, propaganda seksual, iklan-iklan dan kebogelan di majalah-majalah, akhbar, panggung wayang dan filem serta cerita menghiburkan di televisyen (yang bersambungan dalam banyak episod seperti Soup Opera buat jangka waktu yang agak lama) kesemua ini bertindak sebagai sebuah model yang berkesan. Yang mana akibatnya adalah, remaja dunia baru hari ini berdepan dengan terlalu banyak kebangkitan nafsu berahi.

Ini adalah peringkat di mana para remaja belajar daripada saat keghairahan usianya atau mereka mengalami ejakulasi dan oleh sebab mereka mendapat  kenikmatan melaluinya, mereka mengulangi faktor yang memberikan mereka keseronokan ini dan ini secara perlahan-lahan membawa kepada tabiat masturbasi dan mewujudkan satu masalah besar di dalam kehidupannya.

Beberapa doktor dan pakar psikologi berpendapat bahawa masturbasi adalah satu perbuatan semulajadi. Mereka menganggapnya sebagai perkara asas bagi manusia dan haiwan. Tetapi mereka lupa bahawa jika perbuatan ini dilakukan berulang kali dan keadaan itu berlanjutan hingga sampai ke tahap di mana perbuatan ini dilakukan beberapa kali setiap minggu, berapa banyakkah kehilangan yang dialami remaja itu dari aspek kemajuan fizikal dan psikologikalnya. Malangnya tabiat ini tumbuh sehingga ke tahap yang tinggi dan oleh sebab saluran ini adalah mudah diakses maka ia menjadi kebiasaan dan adalah sangat sukar baginya untuk membuang tabiat ini.             


1)    Akibat Malang Tabiat Ini

Kajian telah dilakukan dalam beberapa tahun lepas, terutamanya kajian dan pemerhatian ini, yang telah kami lakukan terhadap 2000 orang belia, adalah terbukti dan secara universalnya diakui bahawa subjek maturbasi ini tidak seharusnya dikira sebagai satu perkara biasa. Bagi menjelaskan perkara ini secara terperinci adalah perlu untuk menyebut perihal kelenjar dan organ seksual (fisiologi).

Tanda kedewasaan adalah keluarnya air mani dari sel-sel testikel. Dalam setiap titisan air mani terdapat million telur lelaki dan suatu cecair melekit khas keluar daripada kelenjar skrotum dan melalui saluran air mani, ia sampai ke kantung air mani (sperma), yang terletak di belakang pundi kencing.

Kantung air mani perlahan-lahan menjadi penuh dan sebahagian air mani diserap masuk ke dalam tubuh dan membantu tumbesaran anggota badan dan adalah peransang kepada keinginan seksual, tetapi adalah perlu bagi kuantiti yang lebih besar darinya keluar dari tubuh dan berguna dalam proses pembentukan zuriat.

Para remaja yang kurang gemar dengan cetusan-cetusan seksual dan beramal dengan kepercayaan agama serta peraturan hidup yang sihat, mereka menjauhkan diri dari ransangan yang salah, apabila kantung air mani mereka menjadi penuh. Secara umumnya, air mani keluar melalui mimpi basah dan melalui cara ini sisa biologi di dalam tubuh dapat dikeluarkan. Oleh itu, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tetapi anak-anak remaja yang mana faktor cetusan seksualnya terlalu banyak dan melalui hari-hari mereka dengan keinginan yang tidak terpenuhi menganggap masturbasi sebagai satu-satunya cara untuk memberi kelegaan sementara kepada minda. Dan oleh sebab setiap kali adanya cetusan seksual seseorang itu cuba menjumpakan ketenangan dengan bermasturbasi, maka dia mengulangi perbuatan ini setiap kali.

Dan apabila tindakan ini dilakukan berulang kali dan mencapai sehingga beberapa kali seminggu, keadaan psikologikal dan fizikalnya menjadi berbeza dari keadaan asalnya dan sistem keseimbangan seksualnya musnah. Tanda paling besar hal ini berlaku adalah kelemahan pada organ seksualnya. Penjelasannya adalah:

Apabila kepuasan seksual diperoleh dengan cara semulajadi yaitu melalui perkahwinan, tindak balas yang terhasil akibat ransangan dari deria sentuhan dan juga deria-deria lain, di dalam minda manusia, menjadikan pusat keinginan seksualnya terbangkit. Dan berdasarkan struktur tubuh manusia, kesan yang dibawa ke pusat minda melalui deria penglihatan dan sentuhan menghasilkan tindak balas kelakuan seksual, yang mana sebagai hasilnya kelakuan seksual itu dilaksanakan dengan cara semulajadi.

Tetapi masturbasi adalah sebaliknya dimana imaginasi dan tindak balas terhadap beberapa adegan khas dan sentuhan terhadap satu bahagian tubuh menggantikan faktor-faktor semulajadi bagi menghasilkan tindak balas kelakuan seksual. Melalui cara ini ia mewujudkan satu sistem tindak balas yang salah di dalam orbit kelakuan seksual.

Apabila perbuatan ini diulang beberapa kali dan tindakan salah ini berakar umbi dalam diri anak muda, ia menyebabkan dirinya gagal untuk berhubungan seks secara semulajadi. Kerana sistem seks semulajadi dalam dirinya telah pun musnah dan kerana itu pada saat ‘penyempurnaan’ perkahwinan dia mendapati dirinya tidak mampu melakukannya.

Situasi ini menjadikan dirinya sangat takut dan berasa malu, kerana tindakan masturbasinya yang berulang kali atas tujuan kelegaan sementara telah menjejaskan personaliti dan psikologinya.

Tidak diragukan, dalam situasi seperti itu disebabkan tindakan (masturbasi) yang dilakukannya dengan cara paksaan (dilakukan berulang kali) telah menjadi punca kepada tekanannya, rasa malu dan takut serta keliru, dan bukannya melepaskan dirinya dari tekanannya. Walau bagaimanapun jika dia menolak sepenuhnya tabiat keji ini dan menjaga ketenangan mindanya, serta mengamalkan tabiat yang baik pastinya dia akan menjadi sihat dan nyaman.  


2)    Kesengsaraan Fizikal Dialami


Satu perkara penting, yang berbaloi diberikan perhatian di sini, adalah seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, sebahagian air mani diserap ke dalam tubuh dan menyumbang kepada tumbesaran remaja. Ia berkesan bukan sahaja dalam kemajuan kekuatan fizikalnya, tetapi mempunyai kesan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan dirinya.

Apabila air mani ini dibuang keluar melalui perbuatan masturbasi yang berulang kali, maka selain dari menyebabkan kecacatan dalam pembentukan kekuatan lengkap organ seksualnya, ia menjadi punca kepada kekurusan, kelemahan dalam personaliti, kelemahan dalam keinginan, kekurangan dalam kekuatan, rasa malu, dan kekurangan dalam kekuatan psikologi.

Adalah lebih baik bahawa, bagi menekankan dua subjek ini kita halusi pengakuan oleh mereka yang melibatkan diri dalam masturbasi, dan gagal berhubungan seksual bersama isteri selepas berkahwin atau tidak mendapatkan kenikmatan dalam melakukannya atau mereka bersikap dingin dalam mendekati isteri mereka dan menjadi mangsa kepada kelemahan seksualiti.

Seorang pemuda yang telah berkahwin mengatakan ini:
“Saya mencintai isteri saya sehingga tahap menyembahnya, tetapi saya tidak mendapat kenikmatan ketika berhubungan seksual dengannya, dan ini menyakiti saya.”


Seorang wanita berkata:
“Tiga bulan telah berlalu sejak perkahwinan saya, tetapi saya tidak faham mengapa di mata suami saya, saya hanyalah tunggul (yang tidak menarik perhatiannya),”


Seorang pemuda berkata:

“Sejak saya mencapai akil baligh, saya biasa melakukan perbuatan keji ini berulang kali. Selepas itu saya tidak berjaya dalam berhubungan seksual bersama isteri saya, tetapi apabila saya bersendirian, hanya dengan berfikir tentangnya saja saya mengalami ereksi.”

Apabila dua orang pemuda dihubungi, mereka berkata disebabkan perbuatan yang dilakukan berulang kali ini kami tidak berada dalam posisi yang membolehkan kami berhubungan seksual dengan isteri kami, dan kami berasa sangat malu disebabkan hal ini.

Seorang lagi pemuda berkata:
“Saya telah berkahwin sejak enam bulan lalu, tetapi malangnya, disebabkan tabiat (masturbasi) ini, saya tidak mampu menunaikan tugas saya terhadap isteri (penyempurnaan perkahwinan).”

Adalah juga perlu untuk mengetengahkan satu perkara ini bahawa mereka yang kekal sendirian dan menjalani kehidupan yang terpencil adalah lebih cenderung untuk terjerumus dalam tabiat ini, oleh itu para remaja haruslah menghindar diri dari bersendirian tanpa sebab dan dia harus memilih kawan-kawan yang baik dan beriman untuk dirinya, dan mengawal dirinya atau menghentikan tabiat yang berisiko ini.


3)    Kelemahan Personaliti & Gelisah




Satu lagi kehilangan yang menimpa remaja disebabkan tabiat ini adalah, sebahagian besar dari mereka selepas melakukan perbuatan ini merasa malu dan menyesal dan berjanji kepada diri sendiri bahawa mereka tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi malangnya apabila perkara-perkara yang mendorong mereka mudah tersedia, mereka sekali lagi melakukannya.

Penyesalan yang berulang ini dan dengan melakukan niat berulang kali (tetapi menemui kegagalan) memberikan terlalu banyak kesakitan kepada jiwa mereka. Dan ia mempengaruhi personaliti anak muda, melemahkan keazamannya dan dia menjadi mangsa kepada rasa ragu, tahyul dan sebagainya.

Ringkasnya, berkenaan isu sekaitan seks, perbuatan masturbasi dengan meletakkan sistem tindak balas psikologikal di atas laluan yang salah, telah mengakibatkan gangguan dari aspek rasa kenikmatan dan kekuatan diri dan akibatnya jelas dalam bentuk perasaan malu, rasa rendah diri yang kompleks, dan personaliti yang berserakan, selain itu, kesannya turut menimpa tumbesaran anak muda itu sendiri”.(Petikan dari tesis Dr Shirazi)

4)    Peringatan Penting     


     
Untuk mengelakkan bahaya ini, remaja tidak semestinya harus menjadi mangsa kepada rasa takut dan cemasnya, tetapi sebaliknya dia harus melawan tabiat jahat ini dengan segala kekuatan, keazaman dan keimanan yang penuh.

Pertama sekali,

·         mereka harus menjauhkan diri dari apa jua saluran yang memberi ransangan luaran seperti pornografi dan sebagainya. Mereka harus membuangkan segala itu dari jangkaun mereka dan membuat sebuah keazaman yang kukuh bahawa mereka tidak akan mendekati perkara-perkara tersebut.

·         Selepas itu, mereka haruslah memilih teman-teman yang baik, menghindar diri dari bersendirian dalam bilik sehingga ke tahap dia tidak seharusnya tidur seorangan,

·         memilih senaman yang baik dan bermanfaat serta mengisi masa lapangnya dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kesihatan. Dia tidak boleh kekal bermalasan tanpa berbuat apa-apa.

·         Dia haruslah secara serius menjauhkan diri dari orang-orang yang menyimpang dan berfoya-foya dan dia harus menanamkan tabiat yang baik serta menjauhi tabiat yang tidak elok.

·         Mereka tidak harus terpedaya dengan tulisan-tulisan beracun yang ditulis oleh doktor separa terlatih dan para psikologi yang jahil yang cuba membenarkan dan meyakinkan dirinya akan perbuatan keji ini88.      

Sumber :-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.