Sayyid Hossein al-Qazwini
Berikut
merupakan perkongsian oleh Sayyid Hossein al-Qazwini dalam ceramah beliau
mengenai “Keibubapaan Islam di Barat”. Selain dari berkongsi tips-tips mengasuh
dan mendidik anak, beliau juga menyentuh soal mendisiplinkan anak dalam
ceramahnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.
Antara
Tips2 Membentuk Jiwa Anak Soleh
Oleh :
Sayyed Hussein Al-Qazwini
1. WUDHU: Ibu disarankan berada dalam keadaan berwudhu ketika mahu
menyusukan anak. Keadaan spiritual ibu sangat mempengaruhi spiritual si anak.
2. SOLAT: Ibu
bapa disarankan solat di tempat yang boleh dilihat oleh anak (ini adalah
sebahagian dari proses didikan anak di awal usia mereka, Alunan azan, pembacaan
al-Quran yang sentiasa didengari anak memberi kesan yang besar pada spiritual
mereka.)
3. TARIK
MINAT: Ketika usia anak menjejak 3 tahun, ajak
dia solat di sebelahmu. Bentangkan sejadah untuk mereka. jadikan solat itu
perkara yang disenangi mereka sejak kecil lagi. Jangan gunakan paksaan.
4. Usah
terburu-buru dalam menunaikan solat. Sesetengah ibu bapa, balik kerja, baca
berita, kemudian terus tidur. Jangan begitu. Ambil masamu untuk ajak anak
lelaki atau anak perempuanmu untuk berdiri di sebelah dan melakukan solat.
5. PUASA: Ketika
anak menjejak usia 5,6 atau 7 tahun, latih mereka untuk berpuasa, selama lima
jam, kemudian enam jam dan seterusnya. Biarkan mereka berlatih puasa. Mulakan
sejak awal usia.
6. CINTA: Tanamkan dalam jiwa
anak supaya mereka cinta pada Allah, bukan sebaliknya. (apabila menyentuh soal
halal/haram, katakan kepada anak: "Jika kamu jauhi perkara haram, Allah
akan masukkan kamu ke dalam Syurga. Ceritakan mereka apa itu syurga.
Daripada
asyik mengancam dan menakutkan mereka dengan neraka, sebaliknya, bagilah
galakan kepada mereka dengan khabar gembira syurga. Sepertimana dalam Al-Quran,
syurga dan neraka diceritakan secara seimbang, kita juga harus seimbang. Jangan
asyik menakutkan mereka. Tetapi jadikan mereka mencintai Allah, berfikir baik
tentang Allah.
7. SEBAB: Berikan penjelasan/sebab ketika menyuruh/melarang anak
walaupun dengan penjelasan yang ringkas. Misalnya, mengapa harus menjauhi
musik, jelaskan sebabnya . Kerana musik boleh mencemarkan minda, mencemarkan
hati mereka. Mengapa tidak boleh memakan makanan haram. Kerana ia tidak bagus
untuk kesihatan. Mengapa kita berpuasa, supaya kita dapat merasai apa yg orang
miskin rasakan, dan seterusnya.
Berikan
penjelasan. Jangan hanya suruh buat itu, buat ini. Kerana anak2 mahu tahu
mengapa. Dan apabila mereka tahu sebabnya, itu akan lebih berkesan ke atas
mereka.
8. KAEDAH
CERITA: Lagi satu cara berkesan dalam mendidik
anak, adalah dengan menggunakan cerita. Ada kalanya anak tidak mahu patuh.
Misalnya apabila diingatkan supaya (menjauhi penggunaan bahasa tidak sopan).
Oleh
itu, sebelum mereka tidur, atau ketika memberi mereka makan, gunakan imaginasi
kita untuk ceritakan kisah menarik yang mengandungi pengajaran, yang
menunjukkan apa akibatnya sesuatu perbuatan buruk itu. Saya menggunakan kaedah
ini terhadap anak saya, Ali. Dengan kaedah teguran secara tidak langsung
ini, kamu tidak menyakiti hatinya, dan dia
tidak mudah memberontak.
Kita
orang dewasa juga belajar dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah yang
terdapat di dalam Al-Quran, apatah lagi kanak-kanak.
Kanak-kanak
sukakan cerita. Jadi berikan mereka apa yg mereka suka. Dan dalam masa yg sama
jadikan ia bermanfaat bagi diri mereka.Masukkan pengajaran, masukkan
nilai-nilai moral dalam cerita.
9. TEKNIK
DISIPLIN: Ada masanya ibu bapa perlu
tunjukkan, rasa senang hati, dan rasa tidak senang hati. Jika anak berbuat
baik, hadiahkan senyuman, puji mereka, bagi ganjaran pada mereka. Tetapi jika
sebaliknya, tunjukkan rasa tidak senang hati. Misalnya dengan mengerutkan dahi.
Jika tidak, anak itu akan berfikir bahawa dia melakukan perkara yang
betul/baik.
Ini
penting untuk menggalakkan anak berbuat baik dan menjauhi perkara buruk. Kerana
manusia belajar untuk memperbaiki diri melalui sistem ganjaran dan hukuman.
Secara semula jadinya, manusia lebih termotivasi melakukan perkara yang membawa
ganjaran dan menjauhi perkara yang membawa hukuman. Oleh itu, adalah satu
kesilapan jika ibu bapa buat endah tak endah dengan perlakuan anak.
Sewaktu
saya kanak-kanak, (alhamdulillah ayah saya tidak pernah memukul saya) tetapi,
hukuman paling teruk saya terima adalah apabila ayah saya tidak bercakap dengan
saya, tidak melihat saya, tidak memberi perhatian pada saya dalam tempoh
beberapa jam. Pada saya, ini adalah hukuman paling teruk sekali. Dan saya
belajar dari kesilapan melalui cara itu. Saya tidak lagi ulangi kesilapan yang
sama. Sekurang-kurangnyanya tidak di hadapannya.
10. PRIORITI
AGAMA: Sebagian ibu bapa hanya memuji anak
apabila mereka mendapat keputusan yang baik di sekolah. Tetapi bila menyentuh
soal agama, ibu bapa tidak mengambil peduli.
Tidak.
Soal agama seharusnya lebih utama. Apabila anak melakukan solat, puasa, atau
membaca Al-Quran, berikan ganjaran pada mereka, puji mereka, supaya mereka
lebih bermotivasi untuk melakukan lagi amalan tersebut. Dan jika anak melakukan
perkara buruk, tunjukkan rasa tidak senang hati, hukumi mereka.
11. KESEDERHANAAN: Tetapi satu perkara harus ingat, apabila kamu mengkritik
mereka, atau hukumi mereka, jangan melakukannya terlalu keras. Usah ucapkan
kata-kata yang boleh membuatkan anak-anak merasa rendah diri seperti "kamu
tak guna" "kamu tak boleh harap"
Ini
adalah salah. Sangat salah. Jangan sakiti
hati anak.Anak juga mempunyai perasaan. Kritik tingkah lakunya tetapi
jangan kritik dirinya.Perkara ini sangat penting. Terdapat ibu bapa melafazkan
kata-kata "Anak saya ini lebih teruk dari Syaitan, Syaitan pun belajar
darinya"
Ini
memberikan kesan negatif pada (psikologi) diri anak. Anak tidak akan lagi patuh
padamu. Dan malah, mungkin dia juga akan lari dari rumah
12. KRITIK
CARA BERHEMAH: Sebelum mengkritik sesuatu
tindakan anak, sebaiknya letakkan pujian terlebih dahulu. Ini sangat berkesan.
ia membantu anak bersikap positif dan mahu terus ingin memperbaiki dirinya
untuk menjadi seperti yang diharapkan ibu bapanya.
Sayyid Mousfata Al-Qazwini
Berikut
pula perkongsian dari Sayyid Mousfata Al-Qazwini, dalam ceramahnya yang
bertajuk “Garis Panduan Mengasuh Anak”9
1. Untuk
membesarkan anak-anak dengan selamat (dari kerosakan fizikal, moral dan
spiritual) adalah bukan satu perkara mudah. Ia adalah cabaran yang besar. Ia
memerlukan usaha yang penuh gigih dan ikhlas dari kedua ibu bapa.
2. Jika
kita memenuhi tanggungjawab kita, jika kita melaksanakannya dengan baik, jika
kita mengambil berat akan hal anak-anak, dan kita buat yang terbaik dalam
melindungi mereka, maka kita tidak akan kalah (dalam usaha ini). Kita tidak
akan putus harapan dalam perkara ini kerana Allah Taala berjanji pada kita,
jika anda melaksanakan bahagian (tugasan)mu, Aku akan melaksanakan bahagian-Ku
(dalam membimbing anak-anakmu).
3.
Tetapi jika kita tidak punyai masa, atau bersikap malas, atau tidak tahu
bagaimana untuk mendekati persoalan ini, maka di situ mungkin kita akan gagal.
Maka ia bergantung kepada usaha kita. Usaha kita akan menghasilkan perbezaan.
4. Kerisauan dalam
usaha mengasuh anak bukan terjadi pada hari ini saja (terutama ibu bapa yang
tinggal di Barat) bahkan sejak zaman dahulu lagi telah ada kebimbangan ini.
Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah : “Ya Allah lindungilah aku dan anak-anakku
dari menyimpang, dari menyembah berhala.” Nabi Ibrahim memohon perlindungan
Allah buat diri dan anaknya kerana 4000 tahun yang lalu zaman itu juga miliki
cabaran tersendiri dalam membesarkan anak.
5. Tiga perkara :- yang perlu diberi perhatian
hari ini, yang mana tiga perkara ini
mempengaruhi anak-anak kita, mencorak identiti, pemikiran dan personaliti
mereka, yaitu yang pertama:-
i. Persekitaran mereka (rumah,
sekolah)
ii. TV, Permainan Video
iii. Rakan Sebaya
Jika
ketiga-tiga perkara ini tidak diperhatikan dengan baik, maka seandainya ibu
bapa meletakkan anak mereka dalam negara atau bandar yang kuat beragama
sekalipun, anak-anak itu tetap tidak selamat dari kerosakan. Kerana ketiga-tiga
perkara ini memberi pengaruh besar dalam diri anak-anak.
6. Pengaruh Negatif :- Ini tidak semestinya datang dari luar, boleh jadi
ia datang dari ahli keluarga terdekat sendiri, atau bahkan dari orang-orang
yang hadir ke pusat-pusat agama, yang sama-sama mendengar ceramah dan solat,
tetapi tidak menjaga kelakuan mereka mengikut prinsip Islam. Oleh itu sikap
buruk dan pengaruh negatif ada dimana-mana (tidak kira di kalangan Muslim atau
bukan Muslim, Ab atau bukan Ab).
Begitu
juga sikap baik ada di mana-mana. Saya pernah berjumpa dengan keluarga bukan
Islam yang mempunyai disiplin yang baik. Mereka tidak merokok, tidak minum
arak, tidak keluar rumah lewat malam. Mereka miliki disiplin yang baik.
Oleh
itu, kita harus berhati-hati apabila berbicara tentang orang lain. Kerana
kadang-kadang pengaruh yang negatif datang dari dalam komuniti kita sendiri.
7. Jurang Antara
Ibu Bapa dan Anak : - Pertama sekali,
tanggungjawab ibu bapa terhadap anak tidak pernah terhenti walaupun anak itu
melepasi umur 30,40, 50an kerana kita sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan
dari ibu bapa, dari atuk nenek kita.
8. Yang kedua, kaedah terbaik untuk mendekati anak-anak
kita, mempengaruhi dan mendidik mereka, adalah “PERSAHABATAN” antara ibu
bapa dengan anak. Di mana ibu bapa menjadi rapat dengan anak-anak sehingga
mereka menghormati anda, bahkan jika mereka tidak bersetuju dengan anda
sekalipun, ia tidak akan membawa kepada pemberontakan dalam diri mereka.
Bahkan
anak-anak terus mahu berbincang dan berunding dengan anda. Dan melalui
perbincangan, anda mungkin mencapai penyelesaian. Kerana kadang kala, apa yang
dikatakan ibu bapa adalah betul, dan kadangkala apa yang dikatakan anak adalah
betul. Kita tidak mengatakan semua yang dikatakan bapa adalah benar dan yang
dikatakan anak adalah salah. Kita tidak mengatakan ini. Ini adalah sikap
bongkak. Sikap taksub.
Kadangkala pandangan ibu bapa adalah tidak tepat, dan
pandangan anak lebih tepat. Dan perkara ini boleh diselesaikan melalui
rundingan, perbincangan. Allah SWT mengurniakan manusia kebolehan untuk
mengekspresikan diri kita melalui akal. Maka kita harus gunakan ia, duduk
bersama-sama dan melakukan perbincangan tanpa emosi dari mana-mana pihak. Dengan sikap terbuka dan saling menghormati.
Kerana
kadangkala, ibu bapa merendahkan anak mereka dengan berkata “kamu masih kecil
tak faham apa-apa” atau anak merendahkan ibu bapa dengan berkata “saya belajar
lebih tinggi jadi saya lebih tahu”. Kita harus ketepikan sikap ini. Ini adalah
beremosi dan sikap angkuh.
Oleh itu
ibu bapa dan anak akan mencapai penyelesaian melalui perbincangan secara baik.
Jika gagal, maka temui orang-orang bijaksana di dalam keluarga kita atau dalam
masyarakat kita untuk bertanyakan pandangan. Kaunselor, orang agama, pakar
perubatan, pensyarah atau professor atau pakar terapi dan lain-lain.
9. Komunikasi yang
Baik : Saya tidak bersetuju kita memaksa
anak-anak akan sesuatu yang mereka tidak faham, atau tidak hargai. Institusi
keluarga bukanlah institusi ketenteraan. Anda tahu, dalam ketenteraan, anda
harus buat apa saja yang disuruh tanpa boleh bertanya. Dalam institusi
keluarga, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kita ibu bapa harus
jelaskan mengapa. Tidak ada masalah jika anak-anak saya bertanya, “Ayah,
mengapa kita buat ini, atau pergi ke sini, atau bercakap begini.”
Dan
adalah tanggungjawab saya sebagai bapa, bukan sekadar keluar mencari nafkah,
tetapi juga berperanan sebagai seorang guru, sebagai pembimbing. Jika anak-anak
saya bertanya kepada saya, saya harus menjawabnya. Saya tidak boleh berkata,
“Cukup, tak boleh tanya lagi, kamu memang tak kan faham.” Saya harus
menggunakan bahasa yang boleh difahami mereka. Kerana jika mereka tidak
memahaminya dari saya, mereka akan mendapatkan pemahaman dari orang lain, yang
mungkin akan mengajar perkara yang salah kepada anak-anak kita.
Oleh
itu, kita ibu bapa adalah merupakan guru bagi anak-anak kita. Dan kita harus
ada sikap toleransi, sabar dengan pertanyaan-pertanyaan, perbincangan,
hujah-hujah dan kadang kala penolakan dari anak-anak. Hanya ini
sahaja caranya. Saya tidak menjumpakan cara lain. Jika tidak, kita akan
terlibat dalam konflik, pergaduhan dan kemudian kita kehilangan anak-anak kita.
10. Perlukah
Memukul Anak? : Kita belajar dari
pemimpin-pemimpin kita. Kita tidak pernah membaca dalam sejarah Rasulullah SAW
dan keturunan baginda, dan ahli keluarga baginda, serta para Imam, bahkan tidak
ada walau satu pun peristiwa di mana mereka memukul anak atau mengenakan
tindakan fizikal untuk mendisiplinkan anak. Mereka tidak pernah melakukan itu.
Bukan kerana mereka tidak mampu bertindak sedemikian. Bahkan sebahagian mereka
adalah pahlawan hebat , seperti Amirul Mukminin Ali, beliau adalah seorang
hero. Tetapi di dalam rumah, beliau mempunyai personaliti yang berbeza.
Dalam
membesarkan Imam Hasan, Imam Husain, Bibi Zainab, Bibi Ummu Kulthum, dan
berhadapan dengan wanita terhormat, Bibi Fatimah Zahra, beliau adalah yang
paling baik, paling lembut, teman terbaik, seorang bapa dan suami yang paling
penyayang.
Mereka
tidak pernah menggunakan kekerasan. Dan saya tidak fikir kita perlu menggunakan
kaedah itu. Kerana, jika kita mempunyai pilihan lain, mengapa harus kita
menggunakan pilihan paling teruk ini. Kita mungkin boleh ‘mengancam’ mereka.
Sebahagian ulama dan pendidik mengatakan bahawa , katakan pada anak itu
:”Dengar sini, jika kamu berbuat begini, saya tidak lagi membawa kamu keluar,
atau tidak boleh lagi menonton TV,” Di sini anda mungkin boleh menggunakan
kaedah ancaman, tetapi tidak sesekali menggunakan hukuman fizikal. Kerana,
mendisiplinkan anak dengan menggunakan kekerasan fizikal, 99 kes dari tindakan
itu membawa kepada hasil yang tidak baik.
Sebenarnya
terdapat peristiwa di mana Rasulullah SAW datang ke rumah Fatimah Zahra, dan
baginda mendukung Imam Husain as yang mana pada ketika itu dalam keadaan basah,
Ummul Fadhl, pengasuh Imam Husain merasa sangat malu lalu segera menarik Imam
Husain dari Rasulullah SAW. Pada ketika itu Imam Husain usianya baru beberapa
bulan. Dia mula menangis. Rasulullah SAW berkata kepada Ummul Fadhl, usah
melakukan itu. Kerana ini, (merujuk pada pakaian baginda yang basah) saya boleh
membersihkannya dengan air, tetapi apa yang kamu ciptakan dalam hati bayi ini
(yaitu rasa sedih) tidak boleh dihilangkan.
Ini
adalah satu pengajaran buat kita. Tindakan (kekerasan) benar-benar meninggalkan
kesan mendalam kepada personaliti, hati dan jiwa anak. Mereka tidak akan pernah
melupakan memori itu. Terdapat sebahagian orang yang mencecah usia 40, 50,
60-an tetapi mereka masih ingat satu peristiwa di mana ibu mereka, ayah mereka,
atau atuk mereka memukul mereka. Mereka masih ingat memori itu.
Oleh
itu, mari kita elakkan tindakan itu. Dan berhentikannya. Kita boleh disiplinkan
anak-anak dengan cara lain. Dengan menarik kembali kelebihan yang kita berikan
sebelum ini pada mereka. Misalnya, “Anda tidak lagi boleh makan ais krim, anda
tidak lagi boleh makan gula-gula jika anda berbuat begini, tidak boleh bermain
permainan video selama 3 hari” misalnya. Kaedah ini lebih berkesan . Ini adalah
cara yang lebih baik dalam mendisiplinkan mereka.”
Perkongsian : Ahli Akademik
Nurul
Faizah Halim
Saya nak
berkongsi beberapa perkara di ruangan ini untuk renungan kita bersama. ini
adalah daripada hasil pemantauan saya sepanjang 6 tahun mengajar pelajar2
ijazah sarjana muda di sebuah universiti awam. Alhamdulillah disamping
mengajar, pihak pengurusan universiti juga memberi tangungjawab kepada saya
menguruskan pembangunan sahsiah dan akademik pelajar.
antara
bidang tangungjawab saya adalah menguruskan aktiviti pelajar, menguruskan
pelajar lemah (pointer below 2.00) dan pelajar cemerlang (pointer 3.75). di
sini saya nak kongsikan masalah2 dikalangan pelajar below 2.00 yang kesemuanya
adalah pelajar Melayu.
kebanyakan
pelajar2 ini bermasalah dengan subjek2 pengiraan dan analisis. kesilapan ini,
datang dari diri sendiri dan didikan di usia muda yang tidak banyak mencabar
minda mereka untuk menganalisa. mereka juga kurang fokus, tiada minat belajar
dan tidak pandai menguruskan masa. bila ditanya tentang impian atau cita2,
didapati mereka tidak mempunyai cita2 yang jelas. jadi bagaimana nak semangat
belajar jika tiada matlamat yang jelas dan jitu. lebih parah lagi bila
sebahagian besar menyatakan mereka mengambil bidang tersebut atas desakan
keluarga (ibu/bapa), sedangkan mereka tidak berminat dgn bidang tersebut.
alasan ibu/bapa adlh krn kursus ini mudah dapat kerja. banyak lagi alasan lain
yang diberikan, pokok pangkalnya mereka ini rata2 mmg tiada kesungguhan, tiada
strategi belajar yang efektif, tidak mampu memanfaatkan potensi diri dan tidak
pandai mempengaruhi persekitaran.
sebagai
ibu bapa, kenali minat anak2, kita memberi nasihat/dorongan ttp biarlah anak
yang memilih. cth, biarlah anak2 memilih baju/seluar y hendak dibeli (self
independence), puji pilihan yang dibuat (self esteem), dan tetapkan hanya satu
pilihan (math), buat perbandingan warna/corak dll (analisis) dll. latihlah
kemahiran ini (dalam semua aktiviti dalam rumah) sejak dari umur anak 2 tahun.
libatkan anak2 dalam pemilihan menu makanan keluarga. jadikan aktiviti mengemas
rumah suatu aktiviti keluarga dan libatkan anak2 dalam pembuatan keputusan2
tertentu, cth tema warna baju hari raya dll. insyaAllah, mereka akan membesar
menjadi insan yang lebih praktikal, inovatif, yakin diri dan bijak membuat
keputusan.
jika
anak kita kurang bijak/lambat belajar janganlah berputus asa kerana 10% hingga
20% kepintaran dipengaruhi oleh tahap genius, manakala 80% lagi adalah usaha.
ingat satu perkara, kerjaya anak2 atau pencapaian kademik anak2 bukanlah satu
ukuran kejayaan semata2, jika ditakdirkan anak2 tidak cemerlang dlm pelajaran
atau bekerjaya collar biru, janganlah bersedih dan sesekali melebelkan anak2
ini gagal. rezeki itu ditangan Allah,
apabila
anak2 tidak berjaya dan kita telah berputus asa dgn mereka, inilah kegagalan
kita y akan menjadikan anak2 hilang diri mereka sendiri... kenali kemahiran
anak2 agar boleh dilentur menjadi kemahiran untuk kehidupan mereka nnt.
ingatlah anak2 yang soleh itulah harta dunia akhirat bukan anak2 yang kaya dan
bekerjaya. ttp jika dapat kedua2nya, Alhamdulillah.
saya
juga mengendalikan bengkel2 kecemerlangan dan kaedah belajar, boleh tanya
soalan2 u kaedah belajar, insyaAllah saya boleh kongsi. Kaedah2 belajar y saya
ajar, adalah cara saya sendiri dari hasil pembacaan dan amalan yang saya buat,
hingga mencapai kejayaan dan impian saya. saya dah cuba pelbagai cara belajar,
tidaklah memberansangkan, hinggalah saya belajar di IPT, dengan kaedah belajar
y menarik/praktikal, alhamdulillah, pelajar terbaik universiti telah menjadi
hadiah termanis dalam hidup saya. (sekadar berkongsi, tiada niat riak)46
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.