Isu ini
jarang dibicarakan secara terbuka, mungkin disebabkan rasa malu atau merasakan
isu ini hanyalah perkara remeh. Namun mengakui hakikat bahawa perkara remeh
seringkali menjadi punca kepada masalah yang lebih besar menjadikan kita perlu
menangani isu ini.
Prinsip
asas yang kita pegang dalam usaha melindungi moral diri, anak-anak, serta orang
lain adalah dengan menjauhkan perkara-perkara yang berisiko menimbulkan ghairah
seksual.
Oleh
itu, tindakan menyidai pakaian dalam terutamanya pakaian dalam wanita di tempat
terbuka adalah suatu tindakan yang wajar dielakkan. Anak-anak harus diajar
bahawa pakaian dalam sebolehnya ditempatkan di bahagian rumah yang terlindung
terutamanya dari mata orang asing.
Jika
sebuah keluarga itu mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan, maka tugasan
kerja rumah seperti mengurus kain baju (membasuh, menyidai, melipat) lebih
sesuai dipercayakan kepada anak-anak perempuan. Ini sebagai langkah
berjaga-jaga yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko berlakunya perkara
yang tidak diingini, selain dari mengasingkan bilik tidur anak lelaki dan
perempuan.
*Rasa
malu yang tumbuh dalam diri ada hikmah-hikmah tersendiri. Antaranya adalah demi
mencegah dari berlakunya perkara-perkara yang berisiko menjurus ke arah
penyimpangan moral sama ada dalam bentuk fikiran mahupun tindakan. Namun,
apabila manusia itu lalai dari memelihara martabat dirinya, maka rasa malu itu
beransur-ansur hilang dengan sendirinya. Maka tidak hairanlah kita melihat
wujud manusia-manusia yang tidak malu untuk mempamerkan pakaian dalam mahupun
berkelakuan tidak sopan di khayalak ramai…
Ikuti
perbincangan lanjut di link-link berikut:-
1.Di
mana sepatutnya menyidai pakaian dalam?
2.Memelihara
maruah ketika menyidai pakaian.
3.Ruang
jemur kain 3 dalam 1
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.