Sunday 5 April 2015

Bab 12.8 : Mut'ah Yang Disalahguna



Orang-orang yang memanggil dirinya sebagai Syiah (pengikut) Ahlulbait bukan sekadar menghafal nama-nama para Imam saja, tetapi mereka adalah orang-orang yang benar-benar menghayati ajaran Ahlulbait, terutama sekali bahagian yang menekankan aspek akhlak dalam kehidupan.

Apakah Islam mengajar kita bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk berfoya-foya? Tidak.

Apakah Islam mendidik kita untuk menjadikan nafsu berahi dan aktiviti mengejar wanita sebagai amalan utama dalam kehidupan seharian?
Tidak.

Apakah Islam membenarkan kita menggunakan hukum agama sebagai cara untuk membenarkan segala tindakan tidak bermoral yang kita lakukan?
Tidak.

Namun hari ini, wujud di kalangan orang-orang yang mengaku diri sebagai pecinta Ab tetapi dalam masa yang sama mengabaikan aspek akhlak dalam kehidupan mereka. Menghabiskan masa dan tumpuan mereka dengan mencari tempat-tempat untuk melepaskan hawa nafsu seperti di Thailand, Indonesia dan lain-lain. Mereka membenarkan tindakan ini dengan menggunakan hukum mut’ah dan menyatakan itu sebagai Sunnah TERBESAR ajaran AhlulBayt.

Untuk mengasuh anak-anak dalam suasana rumah tangga yang kacau bilau (dimana si bapa sibuk mencari wanita lain manakala si ibu tertekan dengan sikap ‘playboy’ suaminya) maka  tugas mendidik, membentuk, mencorak, dan mendisiplinkan anak-anak menjadi suatu perkara yang mustahil. Bahkan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab ini, rumah tangga jadi goyah, sudah hilang percaya antara suami isteri, dan akhirnya jatuh musnah, manakala nasib anak-anak entah ke mana.

Sementara itu, saudara-saudara Muslim lain yang memerhati gelagat ‘Playboy’ ini, menjadi semakin benci dengan mazhab Ahlulbayt, semakin anti dengan pecintanya, dan lebih ligat berkumandang fitnah kononnya mazhab Ahlulbayt ini mengajarkan agar wanita itu dipermainkan sebagai alat melepaskan nafsu kaum lelaki saja.

Imam Al-Mahdi berkata: “Kalian semua harus melakukan perkara-perkara yang membawa kalian lebih dekat dengan kecintaan dan kasih sayang kami. Dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mencetuskan kemurkaan dan rasa tidak senang kami.”

Nah, apakah Imam merasa senang hati dengan fenomena “Playboy” di kalangan orang-orang yang mengaku sebagai pengikutnya? Tepuk dada tanya selera.

1.      Mengutip kembali pesanan Wilayatul Fakih, Yang Mulia Ayatullah Imam Ali Khamenei buat pasangan yang sudah berumahtangga:-



(Yang menghairankan sekali, ada sahaja suara-suara sumbang yang mengajak lelaki muda yang baru berumah tangga untuk berfikir tentang mut’ah dengan wanita lain. Ajakan ini dinyatakan betul-betul di hadapan isteri lelaki tersebut! Begitu juga wujudnya suara-suara   menawarkan mahu mencarikan isteri kedua buat temannya, dan tawaran ini dibuat tanpa mempedulikan perasaan isteri yang selama ini setia di sisi dan telah banyak berkorban. Sikap semacam apakah ini?

Ketika mana rumah tangga cuba dipelihara rapi supaya tidak goyah, tetapi suara-suara persis bisikan Syaitan ini mahu menjadikan rumah tangga orang lain segera rebah!

Sikap seperti ini bukan sahaja boleh menggoncang rumah tangga yang terbina lama, bahkan menyumbang kepada api fitnah yang telah tersedia menyala. Rumah tangga yang berakhir dengan perceraian, anak-anak yang hilang arah tujuan kehidupan, apakah ini yang kita mahukan bagi membina sebuah masyarakat muslim yang ideal? KISAH BENAR)




Jelas sekali bahawa Islam melarang keras sikap berfoya-foya walau apa pun alasan. Hidup berfoya-foya menuruti hawa nafsu adalah hasil bisikan Syaitan agar kita melupakan dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab utama dalam kehidupan kita. Orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan pasti akan gagal dalam apa jua aspek kehidupannya.


Mereka yang bersemangat untuk berkahwin lagi atas alasan untuk menghidupkan Sunnah Nabi, andai mereka bersungguh-sungguh, maka silakan memilih ibu-ibu tunggal yang tua, yang beranak lima, yang benar-benar memerlukan bantuan. Namun, setiap kali pilihan ini diajukan ke depan, majoriti mereka yang berkobar-kobar semangatnya untuk berkahwin lagi itu lenyap sekelip mata ibarat debu ditiup angin taufan.


Melihat sikap-sikap tidak bermoral sebegini, balasan yang paling jelas adalah anak-anak hilang rasa hormat dan tidak akan patuh pada bapa. Reaksi yang sama juga terjadi jika si ibu melakukan hal yang sama.


Usahlah membiarkan diri kita dijangkiti dengan penyakit ini dan jauhilah teman-teman yang korup. Apa jua perkara yang berisiko mengganggu-gugat rumah tangga, menjejas hubungan antara suami isteri, harus sedaya upaya kita jauhi.

1.      Sayyid Muhammad Rizvi dalam tulisannya menyatakan17 :

Konsep mut'ah boleh dilihat melalui kata-kata dari para Imam:

Pada suatu hari, Ali bin Yaqtin, seorang Syiah terkemuka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Abbasid, datang kepada Imam ar-Rida untuk bertanyakan mengenai mut'ah. Imam berkata, "Apa kena mengena anda dengan itu sedangkan Allah telah menjadikan anda tidak perlu akannya." (Wasa'il vol 14. p449)

Sayyid : Pesanan Islam itu cukup jelas. (Yaitu saranan utama adalah) perkahwinan kekal; jika itu MUSTAHIL, maka mengamalkan 'pantang sementara' (dengan berpuasa dan menjaga pandangan – bukankah ini yang diseru oleh Al-Quran); jika itu juga MUSTAHIL, barulah melakukan nikah mut'ah."


Ø  Dan Imam Musa juga berkata kepada seorang yang lain,

"Mut'ah hanya dibenarkan untuk mereka yang tidak mempunyai isteri. Dan bagi mereka yang beristeri, hanya dibenarkan jika mereka berjauhan."


Ø  Seseorang datang kpd Imam Sadiq as, lalu bertanya kepada Imam. "Apa pendapat anda tentang mut'ah?". Imam menjawab, : "Ianya ada di dalam Quran." Orang itu bertanya lagi, "Adakah anda akan melakukannya?" Imam berkata, "Sebahagian peraturan yang ditetapkan Allah adalah tidak perlu untuk kami laksanakan. Tetapi peraturan itu ada di situ bagi mereka yang lemah (tidak mampu menjaga diri) untuk melaksanakannya."


Ø  Berikut pula adalah fatwa dari Imam Ali Khamenei  tentang mut'ah seandainya ia boleh mendatangkan fitnah:


Q: Jika di negara/bandar tempat tinggal mukallaf, pandangan umum melihat bahawa nikah mut'ah sebagai satu (sumber) fitnah atau tuduhan sehingga seorang yang beriman itu dituduh sebagai seorang yang tidak beragama dan dituduh memiliki hubungan haram bahkan dihina kerana melaksanakan ini (nikah mut'ah) maka apakah hukumnya?


A: Walaupun nikah mut'ah adalah dibenarkan, atau mustahab (digalakkan) dalam pandangan kami, (namun) ia tidak diwajibkan shar'i. Oleh itu, jika ia bisa menjadi punca fitnah, konflik, tuduhan atau kesan-kesan buruk yang tidak dapat diterima oleh undang-undang Ilahi, maka ia (nikah mut'ah) menjadi haram bagi mukallaf untuk melaksanakannya.


2.      Sama-sama kita renungkan kata-kata Imam Khomeini ini20:-


“Anda yang mengisytiharkan diri anda sebagai pengikut Amirul Mukminin as, anda sekurang-kurangnya harus membuat sedikit kaji selidik mengenai kehidupan manusia hebat ini, dan lihat apakah anda benar-benar salah seorang pengikutnya! Adakah anda tahu dan mengamalkan mana-mana kezuhudan, ketaqwaan, dan kesederhanaan kehidupan beliau?

Adakah anda tahu apa-apa tentang perjuangannya menentang penindasan dan ketidakadilan, serta perbezaan kelas, dan pembelaan serta sokongannya yang tidak berbelah bagi terhadap golongan tertindas dan teraniaya, bagaimana beliau membantu kelas-kelas sosial yang sedang menderita? Adakah anda mempraktikkan hal ini? Adakah pengertian "Syiah" itu tidak lebih hanya sekadar hiasan Islam saja?

Jadi apa bezanya anda dengan Muslim yang lain, dari aspek yang mana mereka lebih jauh ke depan dari anda? Apa yang menjadikan anda lebih baik dari mereka?

Setiap langkah yang anda ambil dalam menimba ilmu, harus diiringi sekali dengan langkah untuk menundukkan keinginan hawa nafsudemi menguatkan kekuatan rohani, mencapai karakter mulia, dan mendapatkan tingkat spiritualiti serta taqwa.

-Berkelakuan baiklah dengan orang ramai, dan berbelas kasihan serta penyayang. Sudah tentu, anda tidak seharusnya bersikap baik dengan pendosa kerana dosa-dosa dan kedegilan mereka. Katakan terus kepadanya tentang perbuatan hodoh dan kesalahannya, dan halangi dia dari melakukannya;”



Sumber:-








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.