Rasulullah SAW telah
bersabda :
"Antara
hak-hak seorang anak dari ayahnya adalah memberikan mereka nama yang baik,
mengajarnya tulis dan baca, membesarkan dengan cara yang baik, mengajarnya
Al-Quran dan mengahwinkannya bila dewasa."
Nasihat oleh Syed Mahdi
al-Moderressi kepada ibu bapa perihal
membesarkan anak-anak.
1. Beliau menekankan
pertama-pertama sekali, ibu bapa HARUS menjadi contoh “Role
Model” yang baik untuk anak-anak. Adalah satu kesilapan meletakkan sepenuhnya
kepercayaan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam, di sekolah-sekolah
agama atau Madressah (tanpa ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak)
2. Sebaik saja
anak-anak mencapai usia dewasa, Syed menekankan
supaya ibu bapa mempermudah pernikahan anak-anak. Syed berpendapat isu perkahwinan ini
tidak diberi perhatian yang sewajarnya sebagaimana yang disebut dalam hadis
Rasulullah (saw)
"Apabila seorang pemuda menikah pada waktu mudanya, Shaitan
tertekan dan menjerit sambil berkata, "Akhirnya! Dia telah melindungi satu
pertiga dari agamanya, sekarang dia akan melindungi dua pertiga lagi dari
agamanya"
Syed menafsirkan hadis ini sebagai berikut : Kita
boleh menghalang dua pertiga dari masalah-masalah sosial dengan cara
mempermudah perkahwinan untuk anak-anak muda.
Syed juga menambah: Tidak cukup dengan hanya mempermudah perkahwinan mereka,
tetapi kita juga harus mendidik anak-anak muda ini tentang keperluan dan faedah
perkahwinan serta menghulurkan
bantuan dalam fasa pertama perkahwinan.
3. Ajarkan anak-anak untuk mencintai
Ahlulbayt. Syed berkata kita boleh menanam rasa cinta pada Ahlulbayt dalam diri
mereka dengan cara menceritakan sejarah para ma'sumeen, kelebihan-kelebihan
mereka, akhlak mulia dan pencapaian mereka. Syed melakukan ini hampir setiap
malam menceritakan kisah Ahlulbayt kepada anak-anaknya.
4. Syed menekankan
bahawa agama tidak harus dipaksa ke atas
anak-anak. Tetapi sebaliknya kita harus menyemai rasa cinta dengan cara
menghubungkan kebaikan dengan agama. Syed berkongsikan hadis ini di mana Allah
berfirman kepada Nabi Musa a.s
"Buatlah hamba-Ku mencintai-Ku. Jangan memaksa (agama) ke
atas mereka"
5. Beliau juga berpesan : Kita harus
melihat diri kita bukan sekadar Muslim sahaja, tetapi juga sebagai duta agama
Islam dan sebagai orang-orang yang membuka jalan bagi kemunculan Imam Zaman
(Imam Al-Mahdi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.