Monday 6 April 2015

Bab 14.5.1 : Imam Khomeini: Larangan Menyakiti Isteri



Imam Khomeini22:-

"Terdapat satu perkara khusus mengenai wanita yang harus diberikan perhatian.

Apabila wanita ingin berkahwin, terdapat beberapa hak istimewa tertentu yang boleh mereka tetapkan untuk diri mereka, yang tidak bertentangan dengan syariah mahupun kehormatan diri mereka.

Sebagai contoh, seorang wanita boleh menetapkan syarat bahawa seandainya suaminya ternyata bersifat korup akhlaknya, atau menyakitinya (secara fizikal, mental mahupun psikologikal), maka dia akan memiliki hak untuk melaksanakan perceraian.

Ini adalah hak yang diberikan Islam kepada wanita. Jika Islam mengenakan sekatan tertentu ke atas kedua-dua wanita dan lelaki, ia adalah untuk kebaikan kedua-duanya. Semua peraturan Islam, sama ada dalam bentuk membenarkan atau melarang sesuatu, adalah untuk kebaikan semua pihak.

Begitu juga, sebagaimana Islam memberikan lelaki hak untuk menceraikan, hak itu juga diberikan kepada wanita, dengan syarat kedua-dua pihak telah menetapkan perkara tersebut pada masa perkahwinan yaitu jika suami berkelakuan begini begitu, maka isteri akan memiliki hak untuk melaksanakan perceraian.

Sebaik sahaja pihak lelaki menerima ketetapan tersebut (pada masa perkahwinan), maka dia tidak akan boleh menyangkal (hak tersebut).

Selain dari membenarkan syarat seperti itu dimasukkan dalam kontrak perkahwinan, Islam melarang suami menyakiti isterinya, dan jika dia selalu menyakiti isterinya, dia harus dihukum dan mujtahid akan memberikan cerai kepada isteri."

Sumber:-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.