Fatma: Bagaimanakah Islam melihat sifat semulajadi wanita?
Sayyid: Wanita dan lelaki dilahirkan dengan kualiti-kualiti
kemanusiaan yang sama dan mereka adalah pasangan dalam kemanusiaan, menurut
Islam. Seorang wanita adalah manusia asli sebagaimana lelaki, dan mestilah,
kerana itu, menikmati hak-hak yang tidak boleh disangkal atau dinafikan sebagai
makhluk Allah.
Wanita
sama sekali tidak dilahirkan secara tidak sempurna atau kurang inteleknya
berbanding pasangannya (lelaki).
Foto
:“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (lelaki dan wanita)
dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Quran 95:4)
Kecenderungan
semula jadi seorang wanita dalam membezakan antara yang benar dari yang salah
adalah sama sebagaimana seorang lelaki; wanita tidak lebih cenderung ke arah
kejahatan atau hasutannya24.
Foto:
“Demi jiwa yang disempurnakan dan diilhamkan kepadanya jalan kejahatan
dan jalan kebaikan,” (Quran
91: 7 & 8)
Imam Ali Khamenei23:-
“Islam melihat lelaki dan wanita sebagai manusia.Tidak terdapat perbezaan antara lelaki
dan wanita dari aspek kemanusiaan, kedudukan spiritual, dan kebanyakan bakat
intelektual dan saintifik yang mereka miliki. Tetapi mereka miliki
dua acuan yang berbeza. Satu acuan dibentuk untuk suatu tugasan tertentu dan
satu acuan lain dibentuk untuk tugasan lainnya.”
_________________________________________________
Fatma: Saya telah membaca hadis yang mendakwa bahawa Hawa
mempengaruhi Adam untuk bertindak bertentangan dengan perintah Allah, dan Hawa
adalah penyebab lelaki dibuang keluar dari Syurga, apakah ada kebenaran dalam
hadis-hadis ini?
Sayyid: Adam dan Hawa kedua-dua mereka dikeluarkan dari Syurga
kerana kedua-dua mereka tidak mematuhi arahan Allah SWT. (Qur’an, 2:36 &
7:20-24 – Ketidakpatuhan Adam dan Hawa tidak dikira sebagai dosa kerana arahan
yang diberikan Allah SWT tidak bersifat wajib. Sebaliknya ia adalah berbentuk
nasihat/saranan, menurut sekolah AhlulBait)
Walau
bagaimanapun Al-Quran meletakkan tanggapan bahawa Adam lebih dipersalahkan
berbanding Hawa (Qur’an, 20:115-121). Namun begitu, mereka berdua
bertaubat kepada Allah dan keduanya diampunkan. (Qur’an, 7:23 & 2:36.)
Di
samping itu, kepercayaan Kristian tentang “Dosa Asal” tidak memiliki tempat di
sisi Islam. Ini adalah berdasarkan kenyataan jelas dalam Al-Quran bahawa tiada
seorang pun yang dibebankan dengan dosa orang lain24. (Qur’an, 17:15.)
________________________________________________
Jawaban 1:-
Di
dalam Nahjul Balaghah, syarahan 80, Imam Ali menyebut beberapa perkara yang
dikaitkan sebagai kekurangan wanita. Dan sebahagian orang mentafsirkan ucapan
Imam Ali ini sebagai bukti bahawa wanita itu adalah inferior berbanding lelaki
dari segi ibadah, intelek dan sebagainya. Namun, komentar dari Ayatullah Nasir
Makarim Shirazi menjelaskan bahawa tafsiran yang sebenar adalah sebaliknya.
Kerana kata-kata Imam Ali itu tidak ditujukan kepada semua wanita. Jelasnya
wanita-wanita yang sholehah, mereka berdiri sebaris dengan lelaki-lelaki yang
soleh. Kita teliti sebahagian tulisan beliau untuk mendapat lebih kefahaman
tentang isu ini.25
_______________________________________________________________
Komentar
Nahjul Balaghah
Syarahan
80 – “Kekurangan” dalam diri Wanita
Oleh
: Ayatullah al-Uzma Hajj Shaykh Nasir Makarim Shirazi
“Untuk
kita benar-benar memahami status dan karakter wanita dalam Nahjul Balagha, kita
perlu merujuk kepada Al-Quran dan kemudian memahami kedudukan wanita dalam
Nahjul Balagha berhubung dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran.
Tanpa
keraguan, peristiwa-peristiwa sejarah mempunyai pengaruh yang besar ke atas
ucapan seseorang dan jika kita tidak mengetahui sejarah di sebalik kata-kata
Imam Ali, maka mesej di sebalik ucapan beliau akan hilang.
Oleh
itu, penerangan dan analisa mengenai wanita yang beliau berikan dalam
syarahannya mestilah dibaca dan difahami berdasarkan peristiwa sejarah tertentu
yang telah berlaku sehingga menyebabkan beliau terpaksa berucap mengenainya.
Seperti
yang telah disebutkan dalam perbincangan mengenai penyampaian syarahan ini
(seperti yang dilihat di bawah), Imam Ali menyampaikan khutbah ini selepas
Peperangan Unta (Perang Jamal) yang berlaku di Basrah (Iraq) pada tahun 656
CE/35 AH dan selepas kekalahan tentera (Ummul Mukminin) Aisyah binti Abu Bakar.
Dalam
khutbah ini, beliau mencela wanita, dan tentunya maksud beliau ‘mencela wanita’
hanyalah terhadap wanita-wanita yang telah melancarkan serangan (perhitungan
seperti itu) – yakni mereka yang bertanggungjawab mencetuskan Peperangan Unta.
Imam Ali merujuk kepada wanita-wanita terbabit sebagai memiliki “kekurangan”
dan adalah kerana kekurangan ini mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti
merosakkan seperti itu. Oleh itu, beliau menegur wanita-wanita tersebut dan
memberi amaran kepada orang-orang Mukmin untuk menjauhi pimpinan mereka.
Tidak
ada keraguan lagi bahawa tiga bentuk “kekurangan” tersebut mempunyai pengertian
yang tersendiri.
1. Jika Allah SWT telah
melepaskan tanggungjawab menunaikan solat dan puasa dari wanita ketika mereka
mengalami haid bulanan, maka itu adalah kerana sewaktu haid, mereka memasuki
tempoh “sakit” di mana mereka memerlukan rehat dan (justeru itu) mereka tidak berada
dalam posisi untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.
2. Jika kesaksian dua orang
wanita adalah sama dengan seorang lelaki, maka itu adalah kerana hakikat bahawa
sentimen dan emosi seorang wanita sering menguasai mereka dan mereka mungkin
memberikan kesaksian yang berpihak semata-mata berdasarkan emosi mereka.
3. Bahagian warisan seorang
wanita adalah separuh dari seorang lelaki, hanyalah dalam situasi di mana
anak-anak dan isteri-isteri mewarisi dari lelaki tersebut; manakala berhubungan
dengan pewarisan dari seorang bapa dan ibu – dalam banyak contoh – warisan (bagi
lelaki dan wanita) adalah sama, begitu juga mengenai pewarisan antara
adik-beradik lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka – dalam banyak contoh
– menerima bahagian warisan yang sama banyak sebagaimana lelaki.
4. Antara sebab lain
mengapa ada kalanya lelaki memperoleh 2x ganda harta warisan berbanding wanita
adalah kerana pemberian nafkah dan segala keperluan harian wanita adalah
tanggungjawab lelaki (dalam hidup wanita tersebut) dan bukan sahaja wanita
tidak perlu membelanjakan wang sendiri untuk nafkah anak-anaknya, tetapi
sebenarnya suaminya mesti menyediakan semua keperluannya (isteri), walaupun
sejumlah besar wang diperoleh wanita itu dari harta warisan atau dari
sumber-sumber lain.
Oleh
itu, segala perbezaan (antara jantina - dalam soal warisan, kesaksian,
kewajiban ibadah dan lain-lain) yang dibawakan Islam telah dianalisa secara
teliti dan terdapat sebab-sebab yang logik di sebalik setiap dari perkara
tersebut. (perbezaan ini bukan disebabkan kerana satu jantina lebih
superior/inferior dari yang lain).
Di
akhir khutbah, Imam membawakan kesimpulan pendek dan menyatakan:-
“Maka
berhati-hatilah dari kejahatan wanita. Berwaspadalah kalian walaupun dari
orang-orang dalam kalangan mereka yang (dilaporkan) baik.”
Beliau
mengakhiri khutbahnya dengan berkata :-
“Jangan
patuhi mereka walaupun dalam perkara-perkara kebaikan supaya mereka tidak akan
menarikmu ke arah perkara-perkara kejahatan.”
Adalah
jelas bahawa maksud perkataan “jangan patuhi mereka walaupun dalam
perkara-perkara kebaikan” tidak berarti bahawa jika mereka (wanita)
menggalakkan ke arah tindakan yang baik seperti solat, puasa, keadilan dan
kebaikan lalu kita harus mengingkari mereka; sebaliknya ia bermakna bahawa kita
tidak harus mengikuti (kata-kata) mereka secara mutlak. Dalam arti kata lain,
“kebaikan” mesti dilakukan kerana ia adalah baik, dan bukan kerana pasangan
masing-masing telah menyuruh supaya ia dilakukan, sehinggakan mereka menjadi
berani dan mereka menyangka bahawa mereka kini boleh memerintahkan anda
melakukan perkara-perkara buruk dan mereka akan ditaati.
Walaupun
perkataan dalam Nahjul Balagha dalam bahagian ini tidak secara khusus merujuk
kepada isteri seseorang dan semua wanita secara umumnya termasuk dalam
perbincangan ini, namun adalah jelas bahawa isu seperti ini selalunya terjadi
dalam konteks hubungan antara suami dan isteri.
Oleh itu, apa yang telah disebutkan dalam khutbah ini –
sambil mengingati ayat-ayat dalam Al-Quran yang bercakap tentang kewajiban menyeru kebaikan dan mencegah
kemungkaran, dan keperluan untuk menerima
(tindakan itu) dari orang lain – adalah SAMA-SAMA
wajib ke atas LELAKI DAN WANITA, dan maksud
dari khutbah ini bukanlah berarti seseorang itu harus mengabaikan dari
melakukan amalan kebaikan!
Sebaliknya,
maksud khutbah ini adalah tindakan seseorang itu tidak harus dilakukan
berdasarkan kepatuhan mutlak (terhadap
seseorang yang lain).
Dalam apa jua keadaan, wanita-wanita yang
benar imannya, kesedarannya, inteleknya dan dedikasinya (terhadap Islam) adalah
sepenuhnya dikecualikan dari peraturan ini. Wanita-wanita yang mana keredhaannya terletak pada
keredhaan Allah; kemarahannya terletak pada kemurkaan Allah SWT – seperti
Fatimah al-Zahra sa (salamullah ‘alaiha) – yang mana perintah-perintahnya tidak
lain adalah ke arah kebaikan dan kebenaran, dan sentiasa berusaha untuk
mencapai keredhaan Allah SWT dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
Poin
ini juga jelas apabila dikatakan, “Berwaspadalah walaupun dari orang-orang baik
dalam kalangan mereka” bahawa “baik” adalah istilah bersifat relatif (berubah
mengikut keadaan) dan bukannya mutlak, kerana seseorang itu tidak seharusnya
hanya memerhatikan orang-orang yang memiliki “kebaikan mutlak” sahaja,
sebaliknya
seseorang itu haruslah menerima nasihat dan mempertimbangkan
pandangan-pandangan sebagai sesuatu yang ada nilainya. Atas sebab inilah di
dalam sejarah Islam, kita mendapati lelaki-lelaki yang menitikberat
cadangan-cadangan dari isteri mereka.
Dalam
beberapa ayat Al-Quran, kita mendapati bahawa bertanyakan pandangan wanita
sebenarnya dilihat sebagai satu sifat yang mulia. Sebagai contoh mengenai soal
menyapih kanak-kanak dari susu ibunya, kita membaca berikut ini dalam Surah
Al-Baqarah, ayat 233:
“Ibu-ibu
akan menyusukan anaknya selama dua tahun genap – yaitu bagi orang-orang yang
mahu menyempurnakan penyusuan… dan jika keduanya (suami isteri) berkemahuan
untuk menghentikan penyusuan, dengan persetujuan bersama dan perundingan, maka
tiada dosa ke atas mereka…”
“Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang Islam dan orang-orang perempuan yang Islam, orang-orang
lelaki yang beriman, dan orang-orang perempuan yang beriman, orang-orang lelaki
yang taat dan orang-orang perempuan yang taat, orang-orang lelaki yang benar
dan orang-orang perempuan yang benar, orang-orang lelaki yang sabar dan
orang-orang perempuan yang sabar, orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada
Allah) dan orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), orang-orang
lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, orang-orang
lelaki yang berpuasa dan orang-orang perempuan yang berpuasa, orang-orang
lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya, orang-orang lelaki yang banyak mengingati Tuhan dan orang-orang
perempuan yang banyak mengingati Tuhan – Allah telah menyediakan bagi mereka
semua keampunan dan ganjaran yang besar,” (Quran, 33:35)
Ayat Al-Quran yang terkenal ini juga
mengklasifikasikan kedekatan rohani kepada Allah yang boleh dicapai oleh
sesiapa sahaja tidak kira jantina mereka – lelaki atau wanita.
Dalam
satu hadis yang disebut oleh Almarhum Shaykh Al-Kulayni dalam bukunya Al-Kafi,
kita membaca:
“Saudara
perempuan Nabi Muhammad (melalui penyusuan dari ibu susuan yang sama yang juga
menjaga dan memberi makan Nabi Muhammad) datang kepada Nabi dan apabila dia
masuk ke bilik Nabi dan melihat Nabi, dia menjadi sangat teruja dan
membentangkan selimutnya di atas tanah dan mempersilakan Nabi duduk di atasnya.
Dia kemudian mula bertutur mesra dengan Nabi dan apabila dia baru sahaja pergi
meninggalkan Nabi, saudara lelakinya (saudara perempuan dan saudara lelaki ini
adalah anak-anak kepada Halimatul Sadiyah yang merupakan ibu susuan Nabi
Muhammad). Namun, Nabi tidak melayan saudara lelakinya sebagaimana baginda
melayan saudara perempuannya (walaupun Nabi melayan keduanya dengan hormat dan
kasih sayang).
Beberapa
orang bertanyakan Nabi Muhammad:
“Tahap
kehormatan yang anda tunjukkan kepada saudara perempuanmu tidak anda berikan
kepada saudara lelakimu – adakah kerana dia lelaki?”
Rasulullah SAW menjawab:
“(Ini
kerana) dia (saudara perempuanku) lebih baik kepada kedua ibu bapanya
berbanding saudara lelakinya.”
Adalah menarik jika diperhatikan bagaimana para
sahabat merasakan cara melayan seseorang itu seharusnya berdasarkan jantina,
namun bukan sahaja Nabi tidak mengambil kira faktor itu sebagai tanda
kehormatan (dalam masyarakat), sebaliknya, baginda meletakkan seorang wanita –
yaitu saudara perempuannya - kerana dia menegakkan nilai-nilai Ilahiah
dan moral - di kedudukan yang lebih mulia.
Jawaban 2:-
Soalan
: Apakah pandangan Imam Ali mengenai daya intelek wanita berbanding lelaki?
Apakah yang dimaksudkan Imam Ali dengan kata-kata yang dikaitkan dengan beliau
dalam Nahjul Balagha, yang berkata: “Lelaki lebih unggul daripada wanita dari
aspek intelek dan emosi”?
Jawaban
Ringkas:
Imam
Ali (a) tidak pernah berkata bahawa lelaki lebih tinggi dan lebih superior
berbanding wanita dari aspek intelek dan emosi. Apa yang dikaitkan dengan Imam
Ali dalam Nahjul Balagha, jika ia adalah sebuah riwayat yang sahih, adalah
berkaitan dengan satu peristiwa yang sangat khusus (Perang Unta) dan tidak
boleh diambil pengertiannya secara umum. Begitu juga, dalam beberapa kes,
lelaki-lelaki tertentu telah menjadi subjek celaan juga. Kewujudan wanita yang
merupakan contoh di zaman mereka atau bahkan lebih bijaksana dari para lelaki
di zaman mereka (seperti Bibi Khadijah dan Bibi Fatimah) juga boleh digunakan
sebagai bukti untuk menyokong hujah ini.
Pada
masa yang sama, beberapa kemungkinan lain telah dikaitkan dengan ucapan
tersebut. Sebagai contoh, ada yang mengatakan ia merujuk kepada intelek
matematik atau intelek sosial, dan bukannya ‘intelek moraliti’ yang merupakan
penentu kedekatan kepada Allah dan kedudukan, serta tingkat spiritual seseorang
itu. Dari aspek intelek ini, tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita.
Mungkin juga Imam Ali menyatakan dari segi keunikan psikologi, di mana wanita
boleh didominasi oleh emosi mereka, dan jika mereka tidak dicipta sebegitu,
maka mereka tidak dapat memenuhi tugasan mereka sebagai ibu. Sebaliknya, ini
berbeza bagi lelaki yang mana intelek mendominasi emosi mereka dan dengan cara
ini kedua-dua jantina diciptakan, dan ia adalah atas dasar kebijaksanaan Ilahi;
tambahan pula, ini adalah perbezaan-perbezaan yang perlu bagi manusia. Jika
tafsiran ini benar, maka ianya tidaklah bermaksud Imam Ali (as) menyatakan
bahawa satu jantina itu lebih superior dari jantina satu lagi, beliau hanya
membicarakan tentang realiti semula jadi manusia.
Jawaban
Terperinci:
Sebelum
menjawab persoalan utama, terdapat beberapa perkara yang akan memberi manfaat
kepada pemahaman menyeluruh tentang perkara ini.
A:-
1. Yang pertama, kedudukan
kaum wanita sebagai pengasuh dan pendidik masyarakat dalam peranan mereka
sebagai ibu dan isteri adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Al-Quran
menyatakan ketaatan kepada ibu bapa datang selepas ketaatan kepada Allah, dan
ia telah menyebut perkara ini tanpa syarat tanpa membezakan antara lelaki dan
wanita. Di samping itu, telah direkodkan dalam buku-buku sejarah bahawa Nabi
Muhammad (s) memberikan penghormatan tertinggi kepada isterinya Bibi Khadijah
(a), begitu juga anak perempuannya, Bibi Fatimah (a). Ini adalah realiti sama
yang ditekankan dan diulas oleh Imam Khomeini (pengasas Republik Islam), yang
berkata: “Sejarah Islam memberikan penyaksian kepada penghormatan tidak
berbelah bahagi yang diberikan Nabi Muhammad kepada Bibi Fatimah membuktikan
bahawa kaum wanita mempunyai peranan penting yang khusus untuk dimainkan dalam
masyarakat, dan jika mereka tidak lebih superior dari lelaki, mereka pastinya
tidak inferior.”
2. Kedua, kesetaraan antara
lelaki dan wanita adalah satu konsep yang berasal daripada kata-kata Al-Quran
sendiri dan ia dinyatakan dengan sangat jelas sekali. Menurut Al-Quran, wanita
dicipta dari bahan semulajadi spiritual dan fizikal yang sama sebagaimana
lelaki; kedua-dua jantina adalah sama dari segi intipatinya dan sifat semula
jadinya.
Al-Quran
menyatakan:
“Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari
“Satu Entiti/Jiwa Yang Satu” dan menciptakan pasangannya dari jenis yang sama,
dan membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang mana melalui-Nya kamu saling
mendapatkan (hak) masing-masing, serta peliharalah silaturahim, sesungguhnya
Allah sentiasa mengawasi kamu,” (Quran 4:1)
Dan
ayat lain menyebut:-
“Dialah
yang menciptakan kalian semua dari jiwa yang satu, dan menciptakan pasangan
dari (entiti yang sama) agar dia menjumpakan ketenangan dengannya.” (Quran
7:189)
Dalam
ayat-ayat Al-Quran ini, kaum wanita dilihat sebagai sama tarafnya dengan lelaki
dari aspek nilai kemanusiaan dan lelaki tidak mempunyai apa-apa keunggulan ke
atas mereka. Setiap realiti manusia terdiri daripada rohnya, bukan tubuhnya;
manusianya mereka bergantung pada intipatinya, dan bukannya tubuh fizikalnya.
Oleh itu kita harus mengiktiraf manusia itu berdasarkan intipati mereka, dan
bukannya dari segi tubuh fizikal mereka.
Menurut
pemikiran Al-Quran, wanita memiliki potensi untuk menjadi ‘manusia sempurna’
sebagaimana lelaki, dan mereka mempunyai kapasiti untuk memahami dan juga
bertindak ke atas sesuatu sebagaimana yang diperlukan dalam perjalanan menuju
kesempurnaan manusia. Setiap kali Al-Quran berbicara tentang kesempurnaan
manusia dan nilai-nilai mulia, ia tidak meletakkan apa-apa perbezaan antara
lelaki dan wanita, dan menganggap keduanya setara dalam aspek ini. Bukan sahaja
Al-Quran melihat wanita dan lelaki itu sebagai setara, tetapi ia juga melihat
kesetaraan ini sebagai satu dari tanda kekuasaan Ilahi dan sebagai wadah
ketenangan fikiran dan persahabatan.
Atas
dasar inilah, Imam Khomeini adalah seorang yang beriman kepada konsep
kesetaraan antara lelaki dan wanita. Imam Khomeini dipetik sebagai berkata:
“Dari
perspektif hak-hak kemanusiaan, tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita;
mereka keduanya adalah manusia, dan seorang wanita memiliki hak untuk memilih
hala tuju hidupnya sebagaimana seorang lelaki. Beberapa perbezaan benar wujud
di antara lelaki dan wanita, namun ini tidak ada kena-mengena dengan nilai
sebenar kemanusiaan dan kehormatan mereka.”
3. Yang ketiga, tidak ada
hadis mahupun khutbah yang disampaikan Imam Ali, di mana beliau menganggap kaum
lelaki lebih superior berbanding kaum wanita dari aspek intelek atau emosi. Apa
yang dikaitkan dengan Imam Ali adalah beliau berkata kaum wanita adalah lebih
superior dari lelaki dari aspek emosi dan sentimennya.
Mengenai
syarahan ke-80 dalam Nahjul Balagha, dimana Imam Ali dipetik sebagai menyebut
beberapa perkara mengenai kekurangan mental kaum wanita, perkara ini terbuka
kepada beberapa persoalan:
Yang
pertama, jika kita menganggap hadis ini betul-betul adalah ucapan Imam Ali, ia
masih tidak berarti peraturan umum ini terpakai pada semua wanita. Mengikut
rekod-rekod sejarah, kata-kata ini merujuk kepada waktu selepas Perang Jamal
(yang mana Aisya –isteri Nabi- terlibat di dalamnya), di mana Talhah dan Zubair
menggunakan kedudukan sosial beliau sebagai isteri Nabi SAW dan memulakan
sebuah gerakan pemberontakan yang besar menentang kerajaan Imam Ali di Basra.
Imam Ali, selepas kekalahan mereka dan berakhirnya perang tersebut, dikatakan
telah menyampaikan syarahan ini (yang mana telah direkod di dalam Nahjul
Balagha).
Oleh
itu, dari segi konteks sejarah, adalah jelas bahawa syarahan ini berpotensi
disampaikan kepada kumpulan wanita tertentu dan bukannya kepada wanita secara
umumnya. Tanpa keraguan lagi, ketika itu telah wujud dan hingga sekarang masih
wujud kaum wanita, yang lebih bijaksana dari lelaki-lelaki di zaman mereka.
Siapa yang boleh menganggap wanita-wanita seperti Bibi Khadijah, Bibi Fatimah,
Bibi Zainab dan beberapa lagi wanita hebat dalam sejarah sebagai lebih inferior
dari lelaki? Adalah tidak mungkin untuk menafikan intelek mereka, begitu juga
usaha mereka dalam membawa barisan Islam maju ke hadapan dan perjuangan mereka
menentang penindasan. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa kata-kata Imam Ali
adalah suatu kecaman yang ditujukan kepada semua wanita.
Selain
itu, telah direkodkan bahawa Imam Ali mengeluh akan kelemahan para lelaki di
Kufah dan Basra. Sebagai contoh, dalam syarahan ke-14 Nahjul Balagha, beliau
dipetik sebagai berkata: “Intelek anda lemah dan pemikiran anda bebal.” Dalam
syarahan ke-34, beliau juga dipetik sebagai berkata: “Celakalah ke atas kalian
(para lelaki)… kalian tidak menggunakan intelek kalian.” Sekali lagi, dalam
syarahan ke-97, beliau berkata: “Wahai kalian yang tubuhnya ada (secara
fizikal) tetapi inteleknya tiada (seorang yang tidak berotak)…” Dalam syarahan
ke-131 beliau berkata: “Wahai (kalian) yang fikirannya berbeza-beza dan
terbahagi hatinya, yang mana tubuhnya ada tetapi kecerdikannya tiada.”
Di
sini, Imam Ali secara jelas mencela sekumpulan lelaki dan menyatakan mereka
sebagai tidak mempunyai kebijaksanaan dan berfikiran bebal. Ini terjadi bahkan
ketikamana kota Kufah dan Basra melahirkan begitu ramai ulama-ulama agama yang
berilmu. Untuk menjelaskan hal ini dalam arti kata lain, terdapat
situasi-situasi dan peristiwa-peristiwa sejarah tertentu yang boleh berlaku di
mana terdapat dasar untuk pujian, atau dalam konteks lain, terdapat dasar untuk
kritikan.
Sebagaimana
masa berlalu, dasar dan konteks bagi pujian dan kritikan ini dilakukan mungkin
turut berlalu pergi. Oleh itu, skop kritikan yang terkandung dalam Nahjul
Balagha mengenai kaum wanita, dan kaum lelaki Kufah dan Basrah adalah bersifat
khusus dan bukannya bersifat umum.
Bukti
lanjut mengenai perkara ini terletak dalam fakta dimana Imam Ali juga telah
mengaitkan kekurangan intelek kepada ramai orang. Dalam sebuah khutbahnya, Imam
Ali berkata: “Kesombongan adalah tanda kelemahan, ketidakcukupan, dan
kekurangan intelek.” Dalam hadis ini, dan juga hadis-hadis lain,
perkara-perkara seperti kesombongan, nafsu serakah, mengikut kehendak hati,
adalah antara faktor yang dikira sebagai penyebab kelemahan pada intelek.
Oleh
itu, adalah tidak mustahil bahawa kritikan terhadap intelek wanita (yang
disebut dalam syarahan ke-80) adalah selari dengan maksud hadis di atas, yaitu
semata-mata bermaksud bahawa, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan intelek
menjadi lemah dan bahawa faktor ini wujud dalam kes spesifik semasa Perang
Jamal. Oleh kerana puncanya bukanlah disebabkan oleh kejadian diri wanita itu
sendiri, maka mereka mampu untuk menyingkirkannya melalui latihan dan perbaikan
diri.
Secara
realitinya, kecaman seperti ini terhadap sekumpulan wanita tidak ditujukan
kepada sifat semulajadi mereka, sepertimana kecaman terhadap sekumpulan lelaki
tidak mencela sifat semulajadi mereka. Ia nampaknya ditujukan kepada keadaan
dan tindakan-tindakan yang mana adalah perkara yang berkaitan dengan
sifat-sifat luaran.
Selain
itu, hadis-hadis ini memiliki sebuah mesej didikan dan perubahan untuk
melindungi lelaki dari terlalu menyerah dengan kehendak dan keinginan wanita;
secara intipatinya, lelaki harus memiliki jiwa kemerdekaan dalam proses membuat
keputusan. Ini terutamanya terpakai ketika dalam keadaan masa perang dimana
mendengar nasihat dari wanita boleh membawa kepada kelemahan atau
ketidakaktifan dalam berdepan dengan musuh. Hal ini nampaknya mengambil tempat
semasa zaman kekhalifahan Imam Ali.
B:-Adalah
juga boleh dikatakan bahawa intelek terbahagi pada dua bahagian.
1. Yang pertama adalah
intelek matematika atau sosial
2. Kedua adalah intelek
moraliti. Mungkin juga Imam Ali bermaksud bahawa superiornya lelaki adalah dari
aspek intelek matematikanya dan bukannya intelek moraliti. Dalam arti kata
lain, mungkin terdapatnya perbezaan dalam intelek pengiraan lelaki dan wanita,
tetapi tiada perbezaan dari segi intelek moraliti yang mana merupakan alat yang
membolehkan lelaki dan wanita mendapat Syurga. Dalam intelek jenis yang kedua
ini, tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita.
C:-Sebanyak
manapun masyarakat mungkin cuba menafikan konsep ini, kita tidak boleh
menafikan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita.
Perbezaan ini termasuklah dari aspek fizikalnya, psikologinya dan emosinya, dan
telah disebut secara meluas dalam pelbagai buku, dan pelbagai medium lain juga,
sehingga tidak perlu untuk mengulanginya lagi. Kesimpulan dalam hal ini adalah,
oleh sebab kaum wanita adalah asas kepada penciptaan dan kewujudan umat
manusia, dan seterusnya dalam memberikan didikan dan asuhan, oleh itu mereka
telah diciptakan bersama dengan emosi dan perasaan yang lebih besar, sepadan
dengan peranan mereka.
Oleh
itu, kedudukan ibu dan didikan serta asuhannya terhadap anak-anak, begitu juga
bahagian cinta dan kasih sayang antara anak-anak dalam sebuah keluarga,
kesemuanya adalah peranan yang diberikan kepada seorang ibu (kaum wanita).
Dalam arti kata lain, lelaki dan wanita tidak mempunyai perbezaan dari segi
nilai-nilai kemanusiaan mereka, tetapi mereka ada perbezaan dari segi tubuh
fizikal mereka. Allah telah menciptakan manusia dengan cara yang sepadan dengan
tugas-tugas dan tanggungjawab mereka di bumi. Lelaki dan wanita tidak
terkecuali dari peraturan penciptaan ini. Lelaki dan wanita berbeza dari satu
sama lain dalam aspek tubuh mereka, psikologi mereka, dan emosi serta sentimen
mereka. Wanita mempunyai suatu ikatan dan minat yang istimewa terhadap
kekeluargaan, dan kesedaran mereka dalam hal seperti ini adalah lebih tinggi
dari lelaki. Mereka juga lebih sensitif hatinya dan perkataan Imam Ali
menunjukkan perbezaan fizikal dan psikologi ini. Ianya seolah-olah beliau
berkata: Emosi wanita lebih mendominasi dirinya, dan jika ia tidak seperti itu,
maka wanita tidak akan mampu melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai seorang
ibu.
Dari perspektif ini, lelaki berada dalam polar yang
sepenuhnya bertentangan dalam aspek penciptaan mereka dan ini adalah sebahagian
dari kehendak Ilahi, kewujudan perbezaan-perbezaan ini juga dilihat penting. Oleh itu, Imam Ali (as) tidak menganggap satu jantina itu lebih
superior dari jantina yang lain, beliau hanya semata menyebut bahawa terdapat perbezaan,
yang mana adalah merupakan sebuah realiti manusia. Realitinya adalah emosi dan
perasaan, ketika mana keduanya adalah bermanfaat dalam peranan dan tempat yang
sesuai, tidak seharusnya menjadi penentu utama dalam perkara-perkara yang besar
kepentingannya.49
_____________________________________________
Imam Khomeini22:-
“Beliau (Fatimah Zahra) adalah seorang wanita yang mencakupi semua kemuliaan para nabi,
seorang wanita yang, jika dijadikan sebagai lelaki, akan menjadi seorang Nabi,
seorang wanita yang, jika dijadikan sebagai lelaki, akan menjadi seorang Rasul
Allah. Kualiti rohani, kualiti syurgawi,
kualiti Ilahi, kualiti langit, kualiti insan dan malaikat, semuanya wujud dalam
dirinya. Beliau sepenuhnya adalah seorang manusia, dan sepenuhnya adalah
seorang wanita. Jibrail selalu datang kepada beliau dan memujuknya semenjak
kewafatan Rasulullah SAW.
Selepas
kewafatan ayahandanya, Fatimah, hidup selama 75 hari. Beliau di dunia ini dan
ditenggelami dengan rasa kesedihan. Jibrail, Ruh Kudus, datang kepadanya selalu
untuk menenteramkan dirinya dan menyampaikan kepadanya peristiwa masa hadapan.
Kemunculan Jibrail kepada seseorang tidak boleh dipandang remeh.
Saya tidak pernah mendengar Jibrail turun kepada para Imam
sepertimana kepada para nabi. Saya berpandangan kemunculan Jibrail kepada
Fatimah Zahra bila mana ia tidak muncul kepada sesiapa pun selain nabi, - dan
itupun bukan semua nabi, hanya yang berkedudukan tertinggi sahaja (seperti
Rasulullah, Ibrahim, Musa, Isa) - sebagai satu gambaran yang menunjukkan
kemuliaan dan kecemerlangan moral beliau yang lebih tinggi dari apa jua
nilai-nilai mulia yang dikaitkan dengan beliau. Kita semua harus mengambil teladan dari
Islam dengan melihat Fatimah Zahra dan anak-anak beliau. Berusahalah untuk mencapai keilmuan dan kewarakan,
ini adalah kewajiban kita semua.
Jika anda para wanita menerima hari kelahiran Fatimah Zahra
– dengan segala kesempurnaan yang ditunjukkan dan kedudukan yang ia nikmati
– maka anda mempunyai
satu tugas yang besar untuk dilaksanakan. Satu
darinya adalah perjuangan, sebagaimana beliau berjuang, sebaik kemampuan
beliau, dalam tempoh hidupnya yang singkat, berucap kepada kerajaan masa itu
dan menghakimi mereka. Untuk benar-benar menerima hari lahirnya sebagai Hari
Wanita, anda perlu
mencontohinya. Untuk benar-benar menerimanya anda mesti mencontohi teladan
beliau dalam menolak perkara-perkara duniawi, dalam ketaatan dan ketaqwaan
beliau, dan dalam segala nilai mulia yang dimilikinya. Jika anda tidak melakukan ini, maka anda masih belum
menghayati semangat Hari Wanita.”
Imam Ali Khamenei23 :-
“Pertama sekali, kedudukan
spiritual Fatimah Zahra (semoga Allah merahmatinya) adalah antara kedudukan
spiritual terbaik yang hanya dimiliki oleh segelintir individu tertentu. Beliau adalah maksum. Kemaksuman adalah khusus buat
segelintir individu yang dipilih Allah SWT, dan Fatimah Zahra adalah salah
seorang daripadanya.
Beliau adalah seorang wanita muda yang
menikmati kedudukan spiritual yang agung setara dengan para wali, nabi-nabi dan
seumpamanya, dan beliau digelarkan sebagai penghulu kepada semua wanita oleh
para utusan Tuhan. Selain daripada kedudukan
spiritual beliau, setiap ciri-ciri cemerlangnya dan setiap peranan penting di
dalam kehidupan peribadi wanita hebat ini, mengandungi pengajaran.
Kesolehannya, kesopanannya, dan kesuciannya, jihadnya,
penjagaan beliau terhadap suaminya, cara beliau mengasuh anak-anaknya,
pengetahuan beliau mengenai politik, dan kehadiran beliau dalam masa-masa
kritikal kehidupan individu pada masa itu - sama ada ketika zaman
kanak-kanaknya atau di zaman remajanya, atau selepas perkahwinannya - setiap
darinya mengandungi pengajaran. Ia adalah pengajaran bukan sahaja buat
anda para wanita, tetapi buat seluruh umat manusia.
_________________________________________________________________________________
Hadis
Diriwayat oleh Bibi Fatimah Zahra29
Fatimah diketahui berkata,
"Ayahku (Rasulullah SAW) telah
bersabda, orang yang terbaik adalah mereka yang suka bersikap santun dan
merendah diri, serta menghormati teman hidupnya (isteri atau suaminya),"
Fatimah diketahui berkata,
"Semua orang harus berlutut di
hadapan ibunya, kerana Syurga terletak di bawah kaki ibu,"
Suatu hari Rasulullah SAW bertanya beberapa wanita: "Apakah perkara yang terbaik untuk
dilakukan wanita?"
Oleh
sebab wanita-wanita itu tidak tahu jawabannya, mereka bergegas ke rumah Fatimah
Zahra untuk bertanyakan soalan yang sama. Beliau menjawab:
"Perkara yang terbaik untuk seorang wanita lakukan adalah
dia tidak melihat secara langsung mana-mana wajah lelaki, dan tidak membiarkan
lelaki lain menatapnya secara langsung,"
Sumber:-
25.The
Deficiencies of Women in The Eyes of Imam Ali in Nahjul Balagha – Ayatullah
Naser Makarim Shirazi
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.