Berikut perkongsian dari Sayyed
Moustafa Qazwini dari ceramahnya di Youtube38:-
“Perkahwinan,
adalah satu institusi pembelajaran dan pendidikan. Kita tidak sempurna pada
hari pertama. Sama ada suami atau isteri. Mereka tidak mempunyai
pengalaman, usianya muda, tetapi mereka mengimpikan sebuah kehidupan yang lebih
baik, mahu menjadi hamba Allah yang sejati, menerusi kehidupan perkahwinan
mereka. Jadi, apabila mereka berkahwin, mereka belajar dari satu sama lain.
Dan
mereka mulakan perjalanan menuju kesempurnaan ini, selangkah demi selangkah.
Dan perjalanan ini mengambil tempoh masa yang sangat panjang. Saya tidak akan
katakan ianya beberapa tahun, tetapi berpuluh-puluh tahun.
Oleh
itu, mereka tidak seharusnya meletakkan (kriteria) harapan tinggi seperti 'Saya
mahukan seorang isteri yang paling cantik, berpendidikan paling tinggi, pada
masa yang sama datang dari keluarga paling terkenal, dan sangat kaya. Dan
mengenai soal (mengurus) anak-anak, dia seorang suri rumah, yang pandai
memasak, pandai mengemas dll.
Ini
tidak akan berlaku. Jika seseorang, menyimpan harapan seperti ini di dalam
fikirannya, saya akan memberitahunya, anda tidak akan berkahwin. Dia tidak akan
menjumpakan wanita seperti itu. Dan perkara yang sama juga buat wanita.
Jika dia
mahu lelaki yang paling kacak, paling bijak, paling terkenal, seorang
selebriti, mahu itu mahu ini dan pada masa yang sama seorang yang sangat kaya,
dan dia tinggal di sebuah mahligai besar, ini adalah cerita dongeng. Kamu hanya
melihat ini di dalam movie sahaja. Bahkan movie hari ini tidak lagi
menghasilkan cerita seperti ini. (Mentaliti) sebegini sudah ketinggalan zaman.
Jadi.. kita mesti bersikap realistik. Dan dalam perkahwinan, kita harus
bersikap realistik.
Namun
terdapat beberapa kriteria tertentu yang tidak harus kamu lepaskan. Bahkan kamu
perlu bertegas mengenainya. Yaitu dua perkara asas, yang merupakan tunggak
utama kepada sebuah perkahwinan yang bermoral.
Menurut
Rasulullah SAW, (kriteria pertama adalah) Deen, yaitu merujuk kepada
kepercayaan, aqidahnya, yakni pegangannya, kepercayaannya kepada Tuhan, Nabi,
al-Quran, para Imam, Ahlulbait, jalan yang benar, (semua ini) dalam keadaan
baik. Kerana ada kalanya seseorang itu boleh menjadi Muslim, tetapi bukan
Mukmin. Dan ada kalanya dia seorang Mukmin, tetapi dalam aspek keimanannya
terdapat beberapa salah faham di bahagian itu dan ini. Maka aqidahnya haruslah
selamat (betul).
Ada
kalanya dia seorang Mukmin, tetapi dia sangat keterlaluan, sangat keras. Ini
juga tidak boleh diterima. Dia harus bersikap sederhana. Jadi ini adalah satu
sisi (yang perlu kita perhatikan).
Kriteria
yang kedua adalah karakternya, kelakuannya, personalitinya. Adakah dia seorang
yang pemurah? atau kedekut. Ini sangat penting. Adakah dia seorang yang cepat
marah..? Atau boleh bertoleransi, dan sabar. Sekali lagi, ini sangat penting.
Kamu
tidak mahu menyerahkan anak perempuanmu kepada seorang yang pemarah. Dia
menunaikan solat pada waktunya, pergi menunaikan haji setiap tahun, berpuasa di
bulan Ramadhan, bersedekah, dia melakukan ini semua, tetapi, apabila berkaitan
soal urusan keluarga, dia tidak mempunyai kesabaran apa pun. Dia menggunakan
kekerasan di rumah, dia menyakiti keluarganya, isterinya, anak-anaknya. Kita
tidak mahu hidup dengan orang seperti itu.
Maka,
Akhlak juga sangat penting. Dua perkara ini. Jika terdapat dua kriteria ini,
maka kamu tidak perlu terlalu bimbang tentang aspek-aspek lain. Sama ada dia
mempunyai lulusan ijazah dari universiti ini atau universiti itu, tentang
berapa banyak kah simpanannya, dll.
Allah telah berbicara mengenai soal kewangan (di dalam Al-Quran). Usah
risaukan perkara itu. Kami akan memberikannya. Mungkin pada waktu ini dia tidak
memiliki apa-apa. Tetapi
pada masa akan datang (Allah memberinya rezeki).
Saya
mengenali ramai orang, ketika mereka berkahwin, ibu bapa mereka membantu
mereka. Mereka tidak miliki rumah untuk tempat tinggal. Mereka tinggal bersama
ibu bapa dalam rumah yang sama. Selepas dua tahun, mereka mula
bekerja dan Allah memberikan mereka begitu banyak rezeki sehingga mereka boleh
membantu orang lain juga.
Oleh
itu, dua kriteria ini (Deen dan Akhlak) adalah sangat penting. Yang lain-lain
hanyalah perkara sampingan. Jika kriteria-kriteria lain juga ada, itu adalah
perkara baik.
Seseorang
memberitahu saya, “Saya perlu berkahwin dengan Sayyid, yaitu keturunan Nabi
SAW. Jika saya tidak berkahwin dengannya, perkahwinan saya tidak akan berjaya.”
Saya
akan memberitahu dia, itu adalah perkara yang baik. Saya setuju dengan kamu.
Saya tahu kamu melakukan ini kerana kamu cinta kepada Nabi SAW, kamu cinta
kepada keluarganya. Tetapi itu tidak bermakna setiap Sayyidah, adalah lebih
baik dari setiap non-Sayyidah. Tidak berarti sedemikian.
Kamu
harus lihat pada karakter terlebih dahulu. Sebelum kamu melihat pada gelaran
seseorang itu, sama ada dia Sayyidah, keturunan Nabi, atau keturunan apa pun,
kamu harus lihat pada karakter. Karakter adalah penting. Kemudian barulah
gelaran. Jika gelaran yang diinginkan itu ada, itu adalah baik.
Tetapi
jika tidak ada, lupakan saja perkara itu.
Oleh
itu, ya, saya setuju bahawa (meletakkan kriteria) yang tinggi adalah sangat
merbahaya, dan saya telah melihat sebagian orang telah mencecah umur 40-an,
pertengahan 40-an, lewat 40-an, tetapi masih mencari pasangan yang
sempurna. Masih mencari.
Dan saya
beritahu mereka, dengar ya, kamu menjejaki usia 80-an sekalipun, tetap akan
masih mencari-cari pasangan yang sempurna, dan kamu tidak akan menjumpakannya.
Pasangan yang sempurna, di syurga nanti, Insya Allah. Kehidupan di sini, adalah
kehidupan untuk berusaha keras, dan bekerja, serta memajukan diri kita. Kita
cuba untuk menyempurnakan diri kita, dan semestinya kita berazam ke arah itu,
tetapi tiada siapa yang sempurna.
Kita
belajar dari satu sama lain. Kita belajar semasa dalam kehidupan perkahwinan
dan kita majukan diri satu sama lain dan belajar dari satu sama lain.
Perkahwinan adalah mengenai perkongsian. Dan ia adalah komitmen sepanjang
hayat. Sebahagian orang hari ini mereka berfikir, baiklah saya akan
berkahwin, dan jika ia tidak berjaya selepas 6 bulan, atau selepas setahun, dua
tahun, saya akan… tidak, bukan seperti itu. Ia haruslah satu komitmen penuh,
bersama kesungguhan, dan anda harus korbankan kehidupan anda, bukan hanya
sekadar wang anda, masa anda, tetapi anda harus berikan hayat anda kepada
perkahwinan anda, kepada pasangan anda, kepada anak-anak anda.
Hari
ini, tidak boleh hanya menjadi suami separuh masa atau isteri separuh masa.
Sepenuh masa. Dengan perhatian yang penuh, niat yang ikhlas, Dan anda perlu
membina 'kepercayaan' dalam perkahwinan ini. Ini adalah berdasarkan kepada
kejujuran, integriti.
Kamu
harus membina 'persahabatan' ini, kerana perkahwinan, bukan sekadar
perkahwinan.
Ia adalah 'persahabatan sebenar'. Orang paling rapat dengan
kamu haruslah pasanganmu. Orang yang paling rapat denganmu. Bahkan dia adalah
lebih rapat dari ibu bapamu, walaupun kamu harus menghormati ibu bapamu, dan
bertanggungjawab ke atas mereka, tetapi mereka tidak tinggal bersamamu. Mereka
tinggal di negara lain, di rumah lain, di bandar lain. Orang yang tinggal
bersamamu adalah pasanganmu. Dan anak-anakmu. Kamu haruslah menjadi orang paling rapat
dengan mereka. Dan ini hanya akan tercapai
melalui persahabatan yang jujur dan tulen.
Dan
juga, kita harus bersikap sabar dan pemaaf. Dalam perkahwinan, jika kita
bertengkar, dan mahu pergi ke mahkamah, pergi ke hakim, untuk failkan
perceraian, ini bukanlah sebuah perkahwinan. Dalam perkahwinan, kita harus
menjadi sangat pemaaf, dan kita harus mendidik pihak yang satu lagi, melalui
kemaafan kita, melalui kesabaran dan toleransi kita. Ianya bukan satu arena
untuk membalas dendam.
Institusi
perkahwinan adalah sangat suci, Allah SWT melihat apa yang kita lakukan, dan ia
adalah satu tanggungjawab yang besar, dan kita harus bertanggungjawab di
hadapan Tuhan pada Hari Pengadilan, kerana Dia akan bertanyakan kita mengenai
semua yang kita lakukan, apa yang kita katakan, semasa dalam kehidupan
perkahwinan itu38.”
Sumber
:-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.