Perkahwinan antara Bibi Fatimah (Penghulu bagi Wanita seluruh Alam Semesta) dengan Imam Ali (Ketua Pemimpin Orang-orang Mukmin)
"Banyak
peminangan untuk Fatima datang kepada Rasulullah SAW tetapi baginda selalu
menolaknya dengan berkata bahawa baginda sedang menunggu perintah Ilahi.
Akhirnya, Ali bin Abi Talib datang kepada Rasulullah SAW untuk meminang Fatima.
Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah dan bertanyakan Fatimah mengenai peminangan
Ali itu (sama ada terima atau tidak).
Fatimah
hanya menundukkan kepalanya dengan sopan. Menurut Ummu Salama, isteri
Rasulullah, "Wajah Fatima berseri-seri dengan kegembiraan, dan diamnya
Fatima jelas menggambarkan jawabannya sehingga Rasulullah SAW berdiri sambil
berkata 'Allahu Akbar, diamnya Fatimah adalah tanda setujunya."
Rasulullah
SAW bertanyakan Ali mengenai mahar (maskahwin; hadiah perkahwinan yang
diberikan pengantin lelaki kepada pengantin wanita). Ali berkata beliau hanya
memiliki tiga perkara saja daripada harta benda di dunia ini; sebilah pedang,
sebuah perisai dan seekor unta yang digunakan beliau untuk menyirami
ladang-ladang. Rasulullah SAW berkata bahawa kamu perlukan pedangmu untuk
jihad, dan untamu untuk mencari rezeki, jadi pergilah dan jual perisaimu. Ali
menjual perisainya untuk kira-kira 500 dirham dan memberikan wang itu kepada
Rasulullah SAW sebagai mahar. Rasulullah SAW menggunakan sebagian dari mahar
itu untuk membeli jahiz (keperluan-keperluan dalam rumah, yang diberikan kepada
pengantin wanita oleh keluarganya)
Jahiz
bagi penghulu sekalian wanita ini terdiri daripada berikut : 1. sehelai
pakaian, 2. sehelai kain tudung yang besar, 3. jubah hitam, 4. katil, 5. dua
tilam, satu diperbuat dari kapas dan satu lagi dari fiber kelapa sawit, 6.
empat kusyen yang diisi dengan daun-daunan wangi, 7. tirai/langsir diperbuat
dari kapas. 8. tikar, 9. beberapa jag dan beberapa pinggan mangkuk, 10, bekas
air diperbuat dari kulit dan beberapa barangan lain.
Lihat betapa mudahnya perkahwinan antara Ali dan Fatima ! Ia harus
dijadikan pengajaran buat mereka yang berfikir seseorang itu harus memiliki
'kesemuanya' sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga!"18
_______________
"Dalam
Islam perempuan bukan barang ataupun budak. Mahar juga bukan harga jual
beli(transaksi) tetapi mahar adalah pemberian dan hadiah dari seorang laki-laki
yang dia persembahkan kepada isterinya untuk menghormatinya dan menunjukkan
tingkatan-tingkatan kasih sayangnya."19
Tanggungjawab Keluarga, Masyarakat dan Kerajaan dalam
Usaha Mempermudah Perkahwinan
Imam Ali
Khamenei :-
“Isu perkahwinan, adalah sepenuhnya perkara individu dan
peribadi seseorang. Keluarga harus memikirkan tentangnya dan organisasi
kerajaan serta bukan kerajaan seharusnya memberikan beberapa saranan umum. Saranan
saya sendiri adalah anda seharusnya menjadikan perkahwinan itu mudah; jangan
jadikan mahar terlalu tinggi, hantaran tidak seharusnya berat, dan majlis
perkahwinan tidak seharusnya terlalu mewah dan berlebih-lebihan.
Perkara-perkara ini harus dijadikan amalan.
Adalah sangat baik jika ini disebarkan melalui budaya dan seni demi menjadikan
orang ramai mengambilnya sebagai amalan.Jika cara ini diamalkan, saya fikir
perkahwinan akan menjadi perkara yang sangat mudah.
Juga,
umur bagi seseorang individu itu seharusnya berkahwin, di satu sisi ekstrim,
anda mempunyai orang-orang yang berfikir bahawa perkahwinan harus berlaku pada
usia yang sangat-sangat muda. Tidak, saya tidak bersetuju dengan pandangan ini.
Tiada halangan jika seseorang mahu berkahwin pada usia yang sangat muda tiada
langsung masalah dengannya, tetapi dalam hal ini, adalah tidak perlu bagi kita
untuk menggesanya.
Dan
tidak juga seharusnya (kita berpendirian di) satu sisi ekstrim yang
bertentangan, seperti yang dilakukan orang-orang Barat, yaitu berkahwin pada
umur 30-an atau 40-an. Tentu sekali, pada pandangan saya, sikap pentingkan diri
boleh menjadi begitu menonjol sekali sehinggakan lelaki berumur 30, 40, 50-an
tidak kisah berkahwin dengan gadis muda, maksud saya umur-umur sebegini adalah
umur orang lelaki yang telah dewasa, tetapi masih juga dia mengejar gadis muda
yang jauh lebih muda daripadanya dengan jurang umur yang besar antara mereka,
yang mana tentu sekali, berlaku di sana (di Barat), betul-betul tempat yang
sama berlakunya perkahwinan tidak selamat (di ambang perceraian), oleh itu
terdapat ramai orang-orang bujang di negara Barat, di mana buat seluruh umurnya
hidup berseorangan, suatu perkara yang mujurlah sangat jarang berlaku di Iran
dan mana-mana negara Islam lain.
Pada setiap peringkat, perkahwinan harus
dipermudahkan dan tidak harus dilakukan demi mengejar prestij (populariti),
agar ia menjadi mudah bagi anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga. (Amalan) ini harus diwujudkan dalam keluarga-keluarga,
antara anak-anak muda, dan dalam diri lelaki dan wanita muda itu sendiri. Tidak
seharusnya wujud halangan bagi perkahwinan. Jika kerajaan boleh menyediakan
kemudahan-kemudahan, itu adalah sangat bagus. Saya sudah sekian lama menggesa
hal ini, dan sentiasa memberi nasihat kepada pihak berkuasa mengenai perumahan,
pinjaman dan keperluan hidup lain untuk para belia.
Kita
telah mengambil kira semua perkara ini, walau bagaimanapun saya ingin
menyatakan bahawa tanggungjawab pada peringkat pertama dalam tugasan ini adalah
keluarga dan diri sendiri,”21
Jumlah Mahar dalam
Shari’ah (leader.ir)
Soalan:
Apakah terdapat jumlah mahar tertentu dalam shari’ah? Berapa banyak jumlah
mahar yang dikira sebagai mustahab pada zaman ini?
Jawaban
: Ia tidak mempunyai batas maksimum atau minum. Walau bagaimanapun,
adalah mustahabb agar ia tidak melebihi mahar Sunnah yang bersamaan dengan 500
dirham perak (setiap dirham bertanya 2.52gm)
Sumber:-
18. ‘Islam: Faith, Practise
and History’ oleh Sayyid Muhammad Rizvi
19. “Bangga
Menjadi Muslimah” oleh Ayatullah Ibrahim Amini
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.