Kini
kita perhatikan beberapa contoh kontrak perkahwinan bersyarat:-
e) Sampel Kontrak 1 (Sheikh Jehad Ismail
– Australia):-
Dengan
Nama Allah
Kontrak
Perkahwinan bagi Mereka yang Berkenaan :-
Dengan
kontrak ni kami, Encik……………………………………………………………………… …………dan
Cik…………………………………………………………………….dengan rela hati bersetuju dengan syarat-syarat
berikut dengan nama Allah. Perlu diambil perhatian bahawa mulai saat ini
Encik……………………………………………………………… …………….akan dikenali sebagai suami dan
Cik………………………………………………….. …………….akan dikenali sebagai isteri di sisi Allah
Subhanahu Wa Taala.
1. Di bawah undang-undang Islam,
suami mestilah tidak menganiaya isterinya sama ada secara fizikal atau lisan,
begitu juga sebaliknya.
2. Semua pekerjaan hendaklah dikongsi
sama rata antara suami dan isteri dalam rumahtangga.
3. Suami tidak dibenarkan untuk
menghina, menjerit, menyumpah atau membuat tuduhan kesalahan palsu ke atas
isterinya, begitu juga sebaliknya
4. Suami tidak dibenarkan meminum
arak pada bila-bila masa, begitu juga sebaliknya, di bawah undang-undang Islam.
5. Suami tidak boleh menggunakan apa
jua dadah narkotik, yang mana boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan
mental, begitu juga sebaliknya.
6. Suami tidak boleh mengizinkan
tubuh isterinya disentuh lelaki lain atau di tempat pekerjaan contoh: demi
mendapatkan wang atau kedudukan.
7. Isteri harus menghormati, bersifat
rendah diri serta menjadikan isi rumah aman dan selesa untuk suami, begitu juga
sebaliknya.
8. Suami dan isteri tidak boleh
dipisahkan/berpisah melebihi dari 6 bulan kecuali atas persetujuan bersama.
9. Negara tempat tinggal mestilah
dipersetujui bersama antara suami isteri.
10. Semua yang dibawa atau dibeli oleh
isteri haruslah menjadi milik asetnya dan akan sentiasa menjadi miliknya
walaupun jika perpisahan berlaku. Semua pemberian hadiah yang diterima oleh
suami atau isteri adalah milik si penerima dan tidak perlu dipulangkan walaupun
perceraian berlaku. Apa-apa pertikaian undang-undang atau perkara-perkara lain
harus diselesaikan di Mahkamah Keluarga di Australia.
11. Suami tidak dibenarkan untuk
berkahwin dengan mana-mana perempuan secara daim atau mut'ah tanpa persetujuan
isterinya.
12. Suami dan isteri menerima Islam
sebagai agama mereka dan akan mematuhi semua tugas-tugas di bawah undang-undang
Islam untuk menghormati, dan menjaga satu sama lain begitu juga masa depan
anak-anak di masa susah, senang, sakit dan sihat untuk mengekalkan kontrak ini.
13. Suami bersetuju untuk menyediakan
makanan, tempat tinggal dan keselesaan untuk isteri dan keluarga.
14. Suami bersetuju untuk memberi
hadiah ( sebagai mahar) kepada isterinya untuk perkahwinan :
(Contoh
: Separuh dari mahar diberikan pada waktu aqad nikah dan separuh lagi selepas
perkahwinan disempurnakan – melalui hubungan intim suami isteri)
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
Jika
mana-mana peraturan dalam kontrak perkahwinan ini dilanggar oleh mana-mana
pihak, sama ada oleh Encik……………………………………………………………. ……………………………dan
Cik……………………………………………………………….. dalam apa jua keadaan maka mana-mana pihak
memiliki hak untuk bercerai di sisi Islam tanpa apa-apa komplikasi
undang-undang oleh Pihak Berkuasa Islam. Pampasan maksimum dari mana-mana pihak
tidak boleh melebihi jumlah yang telah dinyatakan dalam klausa 14.
Lima
belas syarat di atas ditulis dan dipersetujui pada ……………………………………
…………………………..di negeri ………….. di Australia pada ………………………………………………………………….
……………….oleh suami dan isteri dengan kehadiran :
Pihak
berkuasa Islam:
……………………………………
Tanda
Tangan Suami
………………………………..
Tanda
Tangan Isteri
………………………………..
Saksi
Pertama
……………………………
Saksi
Kedua
……………………………..
Semoga
Allah memberkati kedua-dua pihak.
Nota:
“Syarat-syarat ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat sama yang dirumuskan
oleh pihak berkuasa agama di Iran.” –Sheikh Jehad Ismail-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.