Thursday 2 April 2015

Bab 5.3 : Kasih Sayang Berlebihan



Ibu bapa dikatakan memberikan kasih sayang berlebihan kepada anak-anak ketikamana ibu bapa menuruti segala permintaan anak-anak walaupun permintaan tersebut tidak relevan. Anak-anak sebegini akan mengambil ringan pelbagai perkara dan tidak akan belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, bersimpati dengan orang lain, dan sukar untuk berdisiplin.

Ibu bapa haruslah berpada-pada dan berusaha untuk tidak menuruti semua permintaan anak walaupun anak tersebut akan menunjukkan sikap tidak puas hati. Anak harus diajar untuk berfikir bahawa tidak semua permintaan dan kemahuannya membawa kebaikan pada dirinya. Jika anak ini telah dilatih untuk menerima pemikiran sebegini, maka mereka tidak akan mudah memberontak seandainya ibu bapa kelak tidak menuruti kemahuan mereka. Bahkan anak-anak akan belajar mencontohi sikap ibu bapa yang mengutamakan kesederhanaan dalam hidup mereka seperti menjauhi sikap pembaziran dan bermewah-mewahan.

Ibu bapa yang cenderung memanjakan anak-anak mereka dan enggan mendisiplinkan mereka, serta tidak mahu berusaha mengubah sikap negatif anak-anak (yang mungkin saja diwarisi dari ibu bapa atau nenek datuk), akan menyesal di kemudian hari. Perbincangan ini seterusnya membawa kita kepada tajuk: “Mendisiplinkan Anak”. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.