Saturday 4 April 2015

Bab 12.5 : Perkahwinan Antara Mazhab


Ayatullah Khamenei


Bolehkah seorang syiah bernikah dengan Sunni?
-Tidak ada bantahan dalam berbuat demikian. (wilayat.org)

Ayatullah Khamenei : (leader.ir)
Q : Saya adalah lelaki muda. Saya melamar seorang gadis Sunni dan memberitahu keluarganya bahawa saya adalah (pengikut) Syiah Imamiyyah dan mereka… memberikan izin untuk berkahwin. Tetapi sebelum membuat kontrak perkahwinan ayahnya memberitahu saya bahawa saya harus tukar menjadi Sunni. Adakah saya dibenarkan untuk bertaqiyah dalam situasi ini dan beritahu mereka saya telah menukar sekolah pemikiran saya? Dan adakah kontrak perkahwinan itu sah jika ia telah dilakukan selepas saya memberitahunya atas dasar taqiyah?

A: Adalah tidak dibenarkan untuk menolak sekolah pemikiran yang betul, walaupun hanya sekadar berpura-pura, dalam kes seperti perkahwinan dan yang semacam itu.

Sayyid Muhammad Rizvi


"Seorang lelaki Muslim Syiah boleh berkahwin dengan wanita Muslim Syiah atau wanita Muslim non-Syiah. Tetapi jika terdapat bahaya berlakunya penyimpangan (pemikiran) maka ia adalah haram"

“Seorang wanita Muslim Syiah boleh berkahwin dengan lelaki Muslim Syiah atau lelaki Muslim non-Syiah, walaupun lebih baik tidak berbuat demikian; dan jika terdapat bahaya berlakunya penyimpangan, maka ia adalah haram”



Sheikh Mansour Leghaei


Soalan :

Bolehkan seorang lelaki Syiah berkahwin dengan wanita Sunni? Dan bagaimana mereka akan memberitahu ibu bapa mereka tentang perkara ini sedangkan ramai ibu bapa tidak suka anak-anak mereka berkahwin dengan pasangan dari berbeza mazhab?

Jawaban :

Walaupun secara fikih ia adalah dibenarkan bagi seorang lelaki Syiah mengahwini wanita Sunni, tetapi ia tidaklah digalakkan memandangkan kekeliruan yang dibawakan dalam perkahwinan berlainan mazhab terhadap anak-anak. Juga, dalam masyarakat kita yang serba moden, anak-anak di bawah pengaruh yang besar dari ibu mereka - kerana mereka meluangkan lebih masa bersama dengan ibu - dan kerana itu seorang lelaki Syiah harus mempertimbangkan kemungkinan kepercayaan ibu akan mempengaruhi anaknya. Pengalaman menunjukkan lagi banyak keserasian antara suami dan isteri, maka lagi terjamin hubungan yang lancar pada masa hadapan.

Tentu sekali, keserasian dalam keimanan adalah satu isu yang besar. Mereka yang solat bersama-sama, tinggal bersama-sama. Pertimbangkan hakikat ini di mana masjid (mungkin) berbeza, menyambut peristiwa kalendar Islam (pada tarikh berbeza), dan menyambut Eid berbeza. Diet pemakanan juga berbeza berbanding sekolah fiqh Sunni, dimana semua makanan laut adalah Halal, dan lain-lain.

Kesemua ini jika gadis itu tidak bersikap anti-Syiah. (Jika dia bersikap anti-Syiah) maka adalah dilarang. Imam Baqir mempunyai seorang isteri Sunni, tetapi sebaik saja isterinya menghina Imam Ali, maka Imam menceraikannya. Apabila beliau ditanya sebabnya, beliau berkata, "Aku tidak mahu sebahagian api neraka menyentuh tubuhku"

Begitu juga, seorang wanita Syiah berkahwin dengan Sunni adalah tidak digalakkan."

Ayatullah Sistani



"Menurut Ayatullah Sistani, anda boleh berkahwin dengan Sunni dengan syarat anda tidak menyimpang.. Dan jika anda takut akan kemungkinan menyimpang disebabkan lelaki (Sunni yang dinikahi) , jika anda fikir dia akan cuba menukar mazhab anda kepada Sunnisme, maka adalah dilarang untuk berkahwin dengannya.." ~Sistani.org~


Nota : "menyimpang" di sini bukan berarti Syiah melihat Sunni sebagai bukan Muslim, tetapi menyimpang di sini bermaksud menyimpang dari aspek pendapat majoriti ulama Syiah Imamiyyah . Sebagaimana majoriti ulama Sunni melihat Syiah sebagai "menyimpang", yaitu menyimpang dari pendapat mereka. Namun, keduanya sepakat bahawa Sunni dan Syiah keduanya adalah Muslim oleh itu dilarang mana-mana pihak menghina mahupun mengkafirkan mereka. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.