Rasulullah
menyifatkan tahap ini sebagai berikut: "Anak.. adalah seorang penasihat
untuk 7 tahun (seterusnya)." Pada usia 14, 15 tahun dan ke atas, seorang
anak Muslim diharapkan telah menjadi seorang remaja yang bertanggungjawab. Oleh
itu, Rasulullah SAW bersabda bahawa ibu bapa kini harus melayan mereka lebih
sebagai seorang 'kawan' daripada seorang 'hamba'.
Pada
tahap ini, ibu bapa perlu membimbing dan membantu anak remaja mereka dalam
membuat keputusan yang betul untuk diri mereka sendiri. Pada pertengahan dan
lewat usia remaja, anak itu harus memulakan latihan atau pendidikan yang khusus
untuk kerjaya yang mahu diceburi supaya kelak dia boleh berdiri di atas kaki
sendiri. Ia juga adalah masa di mana anak
tersebut menghampiri usia perkahwinan.
Islam
telah menekankan bahawa ibu bapa perlu mengahwinkan anak-anak perempuan mereka
pada usia yang muda ketika mana mereka telah mencapai kematangan mental - pendidikan tinggi
mereka boleh diteruskan bahkan selepas perkahwinan, tetapi perkahwinan tidak
seharusnya ditangguhkan atas apa pun alasan. Kematangan mental tidak boleh
diukur dengan umur atau masa. Penekanan yang sama diberikan juga buat anak-anak
lelaki.
Pada
usia 21, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka berakhir. Jika
sesiapa membesarkan anak-anaknya berdasarkan nilai-nilai Islam, maka pasti anak
itu akan menjadi penyejuk mata buat ibu bapanya dan menggembirakan hati mereka;
dan adalah anak-anak, yang mana gilirannya pula diharapkan bagi menunaikan
tanggungjawab terhadap ibu bapanya.
Rasulullah
SAW bersabda,
"Anak
yang soleh ibarat sekuntum bunga dari bunga-bungaan Syurga."
_________________________________________________________________________________________________________
Setakat
ini kita telah pun mendapat sedikit sebanyak gambaran secara ringkas, mengenai
hak-hak anak, kaedah didikan mengikut fasa-fasa berbeza, pentingnya hubungan
baik suami isteri dalam membentuk psikologi anak serta beberapa amalan Sunnah
yang boleh diamalkan sebelum dan selepas melahirkan anak. Kasih sayang,
perhatian, disiplin, pendidikan sekular dan agama telah sama-sama mendapat
penekanan dalam usaha mengasuh anak-anak dan memelihara psikologi mereka yang
sihat.
Kini
kita akan sama-sama bincangkan secara terperinci tentang setiap aspek tersebut
mudah-mudahan kita beroleh pemahaman yang lebih matang dan mendalam lagi.
InshaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.