Memetik
tulisan dari page FB/Membina Keluarga Sakinah:-
-Hidup
Berpasangan di sisi Islam-
Islam
tidak melarang manusia untuk hidup berpasangan, bahkan digalakkan. Kerana
setiap makhluk ciptaan Allah tu sememangnya Allah jadikan supaya hidup
berpasangan.. Cuma Islam memberikan garis panduan apakah cara terbaik untuk
hidup berpasangan.. bukan hanya sekadar cintan-cintun, dan memenuhi hawa nafsu
semata, tetapi hidup diiringi dengan rasa tanggungjawab, komitmen, pengorbanan,
kerjasama, kerana hanya dengan cara hidup seperti ini sahaja manusia itu boleh
bergerak ke arah yang lebih baik, menuju kesempurnaan.
Tetapi
seandainya hidup berpasangn itu tidak mengikut garis panduan Islam, maka
seseorang itu akan terdedah kepada risiko-risiko tertentu, dan risiko-risiko
ini bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri bahkan terhadap
orang lain. Islam tidak mahu perkara negatif ini berlaku.. Islam mahukan
manusia hidup berpasangan dengan cara di mana ia memberi manfaat yang
berpanjangan kepada diri, teman hidup, institusi keluarga, masyarakat dan
negara.
Oleh itu
kita dapat menyimpulkan bahawa Islam tidak menentang hidup berpasangan, hidup
berkasih sayag, saling berinduan. Islam tidak melarangnya. Cuma biarlah ia
dalam cara yang tidak merosakkn diri dan orang lain. Yaitu melalui ikatan yg
halal (perkahwinan), yang Dia redhai.. Seandainya sesuatu hubungan itu Allah
tidak redha, maka tidak mungkin kebahagiaan yang diidamkan itu dapat dicapai,
dan seandainya ada rasa bahagia sekalipun, ia hanya bersifat sementara sahaja.
Garis
panduan yang diberikan Islam adalah semata-mata demi menjamin kebahagiaan
manusia itu di dunia mahupun di akhirat.
Ini
termasuklah:-
-
Kriteria utama dalam memilih pasangan hidup (agama dan akhlak)
- Tugas
& tanggungjawab setiap pasangan dalam memelihara hubungan agar berkekalan
- Garis
panduan melahirkan generasi soleh solehah yang bakal menyumbang kepada
masyarakat serta mendoakn kedua ibu bapanya
- Garis
panduan dalam membina Keluarga Sakinah,
- Tugas
dan tanggungjawab keluarga, masyarakat, negara untuk membantu anak-anak
mendirikan rumah tangga
Terjumpa
blog ini, menarik perkongsiannya
Cuma,
ada perbezaan pandangan sedikit di akhir penulisan blog. Dalam blog itu penulis
dgn tegas memutuskn hubugn terus dgn pasangannya atas sebab bercouple itu
haram, Admin pula berpandangn, dari diputuskan mcm tu, apalah salahnye jumpa
terus ibu bapa si gadis untuk minta restu hubungan dan seterusnya jalinkan
ikatan halal..?48
Nota: Jika
wanita itu sejak awal-awal lagi menetapkan sesuatu prinsip buat dirinya,
inshaAllah dia tidak mudah terikut-ikut budaya bercouple hari ini yang
sebenarnya berisiko menjejaskan maruah serta membahayakan wanita itu sendiri.
1.
Prinsip bahawa pertama, untuk tahu si lelaki itu serius berkenalan dengannya
atas tujuan mulia atau tidak, suruh dia pertama sekali berhubung dengan ibu
bapa gadis minta restu terlebih dahulu. (ini juga sebenarnya langkah
perlindungn supaya wanita tidak mudah ditipu atau dipermainkan, di luar sana
ada bermacam jenis lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas sifat lurus
wanita)
2.
Apabila ibu bapa memberi restu, maka komunikasi itu dibolehkan namun atas
tujuan 'ta'ruf', saling kenal, untuk tahu apa prinsip moral dan tujuan hidup
masing-masing. Bukannya untuk saling meluah rasa cinta rindu yang pastinya
menumbuh gejolak nafsu. Hati-hati kerana ini dikira jalan mendekati 'Zina'..
Apabila perasaan menguasai diri, hati boleh menjadi buta untuk menilai, adakah
dia ini bakal menjadi bapa/suami yang baik?
3.
Selepas menjumpakan keserasian (tujuan hidup sama), prinsip moral sama,
keseriusan dalam beragama juga sama, barulah melakukan proses ke arah
perkahwinan - jumpa ibu bapa masuk meminang, dan seterusnya dan seterusnya..
Sumber:-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.