Saturday 4 April 2015

Bab 12.1 : Bilakah Anak Harus Berumah Tangga



Waktu dan umur sesuai untuk berumah tangga adalah apabila individu tersebut mencapai kematangan seksual dan mental. Kematangan mental dapat diartikan sebagai keupayaan mewujudkan sebuah kehidupan berumah tangga yang mesra dan keupayaan memenuhi hak-hak ahli keluarga.

Keperluan memiliki pasangan dan hidup bekeluarga adalah naluri dan keperluan semula jadi yang mana telah Allah letakkan dalam diri manusia atas dasar kebijaksanaan-Nya, dan naluri ini akan terjaga pada masa dan musim tertentu dan membuat permintaannya. Jika permintaan itu dijawab pada masanya dan keperluannya dipenuhi, maka naluri itu akan merentasi perjalanan yang sepatutnya dan menjadikan diri tersebut sempurna. Tetapi jika jawaban bagi permintaan itu tertangguh atau dijawab dengan cara yang tidak betul, maka ia akan terpesong dari jalan yang sepatutnya, dan memberontak, dan bukan sahaja ia menjadi rosak, malah ia menghancurkan manusia itu sendiri.

Siapakah Yang Layak Berumah Tangga

Bagi melayakkan seorang lelaki meminang seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga, Islam telah mengesyorkan beberapa perkara. Mengikut undang2 Islam, apabila seorang budak lelaki mencapai umur 15 tahun atau menjadi kuat naluri seksualnya, dia dikira telah mencapai akil baligh. Tetapi ini tidak mencukupi bagi melayakkan dirinya berumah tangga.

Selain dari undang-undang berkenaan aqil baligh, terdapat sebuah konsep Rushd yang boleh diterjemahkan sebagai "keupayaan bersikap/bertingkah-laku secara munasabah" atau disebut kematangan (berfikir). Seorang suami haruslah Rashid dan isterinya Rashidah; supaya tanggungjawab dalam kehidupan perkahwinan dapat dilaksanakan dengan betul. Buku-buku sekaitan undang-undang Islam boleh dirujuk untuk dapatkan penerangan lebih terperinci mengenai kematangan fizikal dan mental.




Galakan Kahwin Awal

Islam sangat mengesyorkan sebuah perkahwinan awal. Walaupun mereka yang merasakan dirinya tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga, digesa agar bertawakkal kepada Allah, kerana Dia sebaik-baik Pemberi Rezeki.16

___________________________________________________________________________________________________

Di sisi Islam, kematangan mental diperlukan untuk seseorang itu layak mendirikan rumah tangga. Nah, bagaimana kita mendefinisikan kematangan mental itu, ia merangkumi:- 


  • ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab anda, 
  • keseriusan anda dalam melaksanakan tanggungjawab anda, 
  • keupayaan anda menyelesaikan masalah seandainya konflik-konflik timbul, 
  • pemahaman dan penghayatan anda terhadap ajaran Islam mengenai hak-hak setiap ahli keluarga anda, 
  • nilai-nilai moral anda, 
  • kesediaan anda untuk mengorbankan masa, wang dan tenaga demi kehidupan perkahwinan anda, 
  • kesudian anda untuk berkongsi dan hidup bersama bakal pasangan di saat suka mahupun duka, 
  • keikhlasan anda untuk menjadikan perkahwinan ini sebagai jalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, dan 
  • kesediaan anda untuk menonjolkan diri anda sebagai contoh yang baik bukan sahaja kepada isteri anda tetapi juga kepada anak lelaki dan anak perempuan anda.

Tentu sekali perkahwinan awal adalah digalakkan dalam Islam, namun ibu bapa harus memainkan peranan mereka bukan sahaja dengan membantu anak mereka berkahwin, tetapi juga memberikan nasihat, garis panduan, sokongan moral dan kewangan kepada mereka demi membantu pasangan memelihara rumah tangga mereka dan mengurangkan kemungkinan-kemungkinan berlakunya konflik.

Terlalu banyak godaan yang wujud hari ini yang menyebabkan peningkatan tekanan emosi dan psikologi bukan sahaja terhadap anak lelaki  bahkan juga terhadap anak perempuan. Wanita-wanita naif pula terus mempamerkan kecantikan mereka di khayalak ramai tanpa menyedari perbuatan tersebut membawa mudarat kepada masyarakat.

Wujudnya keperluan untuk mendidik masyarakat tentang perkara ini. Untuk membantu generasi muda memelihara moral mereka, melindungi diri mereka dari pencemaran spiritual. Dan akhirnya membantu mereka menjalin hubungan sihat dengan jantina yang berlainan melalui ikatan perkahwinan. Malang sekali, masyarakat seperti itu mungkin hanya wujud di Iran (di mana kerajaannya mengambil berat hal ini). Namun, kita harus berusaha yang terbaik untuk terus melindungi generasi muda dari korupsi moral serta memohon pertolongan Allah untuk mempermudahkan cabaran yang mereka hadapi.


Sumber:-





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.